BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan mega jangan sekadar Umno dan PAS, kata Pejuang

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Himpunan mega jangan sekadar Umno dan PAS, kata Pejuang​

6d0dd20d-muafakat-nasional-resize-271225.jpg

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata parti itu menyambut baik cadangan Umno dan PAS untuk untuk menganjurkan Himpunan Sejuta Umat.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata perhimpunan tersebut perlu dibuka kepada semua yang mahu melihat perpaduan Melayu dan Islam dibina semula.

Katanya, orang Melayu sudah terlalu lama berpecah dalam pelbagai wadah politik termasuk Umno, PAS, Pejuang, Wawasan, Bersatu, dan parti-parti lain.

“Sebab itu himpunan sejuta umat ini jangan sekadar jadi himpunan Umno dan PAS. Bukalah pintunya kepada semua yang mahu melihat perpaduan Melayu dan Islam dibina semula.

“Jangan tanya dulu dia ahli parti mana. Jangan tanya siapa kawannya dulu dan siapa lawannya dulu. Kalau setiap kali hendak bersatu kita buka semula buku sengketa lama, sampai bila pun kita tak akan bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata Pemuda parti itu diberi mandat untuk mengerakkan cadangan mengadakan suatu perhimpunan besar-besaran, dengan kerjasama PAS.

Zahid berkata wakil PAS ke Perhimpunan Agung Umno minggu lepas mencadangkan perhimpunan itu, sempena usaha kedua-dua parti untuk menjalin kerjasama politik.

Pejuang adalah parti komponenan Perikatan Nasional yang turut dianggotai PAS dan Bersatu.

Rafique berkata perhimpunan yang menyasarkan sejuta peserta itu adalah besar tetapi angka itu tidak bermakna sekiranya selepas ia selesai orang Melayu kembali mencaci, menjatuhkan dan mengkhianati satu sama lain.

“Kita pernah lihat apa yang berlaku bila orang Melayu bersatu. Kita juga sedang lihat apa yang berlaku bila orang Melayu memilih untuk terus berpecah.

“Kita tak perlu bubarkan semua parti untuk bersatu. Kita hanya perlu setuju bahawa dalam perkara yang melibatkan masa depan bangsa, agama dan negara, kepentingan bersama mesti mengatasi kepentingan parti dan individu,” katanya.
 
Aduhai, dah kalau semua nampak perpecahan melayu ni dalam bentuk bilangan parti2 politik melayu, maka yg sebenarnya perlu dilakukan adalah PENYATUAN PARTI2 POLITIK MELAYU. Tu baru betul penyatuan, sebab masing2 dakwa melayu berpecah sbb kewujudan banyak parti.
 
Back
Top
Log in Register