BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kestabilan politik bukan jaminan reformasi, kata pakar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Kestabilan politik bukan jaminan reformasi, kata pakar​

b7962fcd-anwar-ibrahim-dan-zahid-hamidi-pada-mesyuarat-kabinet-fb-pic-22726.jpg

PH pimpinan Anwar Ibrahim dan BN diketuai Zahid Hamidi hampir melengkapkan satu penggal penuh bersama dalam kerajaan walaupun berdekad mereka menjadi seteru politik. (Gambar Facebook)

Profesor Madya University of Nottingham Malaysia, Tricia Yeoh, berkata tekanan politik dan ketakstabilan kadangkala mendesak kerajaan melaksanakan reformasi yang biasanya cenderung dielak.

Beliau memetik pentadbiran bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, yang tidak mempunyai sokongan majoriti Parlimen dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 2021 dengan PH, yang ketika itu pembangkang.

“Apabila kerajaan merasakan terlalu selesa dan stabil, ia cenderung percaya tidak perlu melakukan reformasi ini untuk memujuk atau memenuhi mana-mana kelompok masyarakat, sebaliknya akan melakukan apa yang mereka anggap sebagai keutamaan sendiri,” katanya kepada FMT.

Di bawah MoU itu, kerajaan bersetuju tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022, manakala PH bersetuju menyokong atau berkecuali dalam isu belanjawan dan rang undang-undang perbekalan, serta tidak menyokong usul yang boleh membawa ke arah undi tidak percaya.

MoU itu membuka laluan untuk pindaan terhadap Perlembagaan yang melarang Ahli Parlimen melompat parti, dan pindaan berasingan mentakrif semula Sabah serta Sarawak sebagai ‘negeri Borneo’.

Dalam pada kerajaan perpaduan pimpinan BN-PH mengusahakan reformasi ekonomi dan subsidi, reformasi institusi utama, termasuk had dua penggal untuk perdana menteri, mengasingkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, serta Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat, belum selesai.

Agenda reformasi tertangguh itu turut menjadi isu politik untuk DAP yang mempertimbangkan keluar daripada kerajaan perpaduan, walaupun perwakilannya kemudian mengundi untuk kekal.

Penganalisis politik, Asrul Hadi, berkata kestabilan dibawakan BN-PH jelas membawa manfaat khususnya selepas bertahun-tahun ketakstabilan politik serta perubahan kerajaan.

“Kekuatan model itu bukan hanya mengekalkan keutuhan kerajaan, malah kestabilan politik dapat memastikan kebolehramalan dasar dan keyakinan pelabur yang diperlukan untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang,” katanya.

Jelasnya, pengaturan BN-PH juga memastikan semak dan imbangan lebih baik kerana tiada satu komponen mampu mendominasi kerajaan seperti ketika pemerintahan BN.

“PH, BN dan parti di Malaysia Timur masing-masing mempunyai kekuatan politik, kawasan pilihan raya dan kepentingan mereka.

“Ini mungkin menyukarkan proses membuat keputusan, tetapi turut memaksa lebih banyak rundingan dan persefahaman.”

BN dan PH merupakan seteru politik selama berdekad sebelum menjadi rakan persekutuan selepas PRU 2022 apabila dua gabungan itu gagal mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Walaupun mempunyai perbezaan sejarah dan ideologi, dua blok itu berjaya mentadbir bersama untuk satu penggal penuh.

Bagaimanapun, BN dilihat semakin menjauhkan diri daripada PH dan mengintai kerjasama lebih mendalam bersama Perikatan Nasional (PN) pimpinan PAS, selepas bergabung secara tidak rasmi dalam PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan blok itu berjaya meraih majoriti dua pertiga daripada 36 kerusi DUN. BN memenangi 18 kerusi, manakala tujuh dimenangi PN.

Bagi Yeoh, kelebihan BN-PH bukan sekadar perbezaan ideologi, sebaliknya perbezaan itu mampu memaksa gabungan berkenaan membina agenda nasional lebih inklusif.

Katanya, mana-mana gabungan dalam kerajaan masih perlu menegakkan semangat Perlembagaan Persekutuan dan mewakili kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.
 
Back
Top
Log in Register