BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Ada Kegiatan Songsang Di Pahang, Titah Al-Sultan Abdullah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
01babd85156dd4fbe2ad3d93058649be6865f16dab69b

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini.

Mengulas berkenaan isu yang berlaku dan hangat diperkatakan kini, baginda mengakui terkejut dengan perkara berkenaan dan berharap agar kegiatan seumpamanya dihentikan.

“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini...saya harap ini tidak berlaku di Pahang. Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran di semua daerah memantau kegiatan seumpama ini.

“Kalau ada pun tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang,” titah baginda yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini.

Dalam pada itu, baginda turut bertitah tindakan sewajarnya perlu diambil jika terdapat mana-mana pihak terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 208 individu ditahan dalam serbuan terhadap sebuah premis kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral di ibu negara, Jumaat lepas.

 
Tak heran lah kalau banyak bencana alam yang tidak pernah berlaku di Malaysia, telah berlaku dan akan terus berlaku.
Nasihat ulama tak nak dengar, sekarang tanggung semua rakyat Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register