BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jambatan roboh, penduduk keluar beraya jatuh dalam laut

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
14193569855118317-383820.jpg

14193569855118317-383821.jpg


Jambatan roboh, penduduk keluar beraya jatuh dalam laut


PETALING JAYA – Kegembiraan penduduk Kampung Selamat, Lok Kurai, Pulau Gaya di Sabah meraikan Hari Raya Aidilfitri bertukar cemas apabila sebuah jambatan dilaporkan roboh, pagi semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong Hong Jun, kejadian tersebut menyebabkan beberapa penduduk terjatuh ke dalam laut.

“Ketika rakan-rakan kita sedang bergembira meraikan Aidilfitri setelah sebulan berpuasa, sebuah jambatan di Kampung Selamat, Lok Kurai, Pulau Gaya dilaporkan roboh.

“Amat memilukan apabila kejadian ini menimpa mereka yang sedang berbaju baharu dan bersiap menyambut Aidilfitri, namun terpaksa berdepan dengan dugaan yang tidak dijangka,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak kerajaan memberi perhatian serius terhadap aspek penyelenggaraan dan pemantauan fasiliti awam seperti jambatan usang dan berisiko.

Tambahnya, keadaan tersebut bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk malah boleh mengakibatkan kecederaan jika tidak ditangani segera.

Beliau turut berharap tindakan pantas dapat diambil bagi memastikan keselamatan penduduk serta mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register