BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadikan ‘sakau’ perkataan rasmi - MP Langkawi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Jadikan ‘sakau’ perkataan rasmi - MP Langkawi​

2670775cedfb34cfa5a68c9ed3cd49ea.png

51e2038ffae55ff307886cb58be8ad21.jpg

57fca4d03a591d0e0ec88aaa7db4e561.jpg


PARLIMEN | Ahli Parlimen Langkawi Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan supaya perkataan ‘sakau’, yang menjadi bahan perdebatan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), dijadikan perkataan rasmi.

Wakil rakyat PN itu mengemukakan cadangan berkenaan selepas Azli Yusof (PH-Shah Alam) menjelaskan perkataan tersebut tidak terdapat dalam laporan RCI TH kerana ia merupakan bahasa slanga.

"Saya ingin agak berhati-hati dalam perkara ini, di awal tadi saya menyebutkan supaya kita menghukum dengan adil. Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan persepsi.

"Tetapi pada masa sama kita juga tidak boleh menutup kemungkinan berlakunya salah laku, penyelewengan, kepincangan dan sebagainya. Maksudnya sakau lah tu.

"Susah sangat kita nak sebut, memang RCI tak boleh nak sebut sakau, sebab sakau ini bahasa kampung, bahasa daerah. Takkan kita nak letak RCI ini sama taraf dengan percakapan kita di kampung," katanya ketika membahaskan laporan RCI TH di Dewan Rakyat hari ini.

Perkataan ‘sakau’ sebelum ini menjadi perdebatan di media sosial selepas kerajaan mendedahkan laporan RCI yang menyiasat isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Sesetengah pihak turut menggunakan perkataan yang dipopularkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu untuk melontarkan sindiran berhubung dapatan laporan berkenaan.

Pada awal perbahasannya, Suhaimi menjelaskan ‘sakau’ istilah slanga atau ungkapan tidak formal yang bermaksud mengambil atau mencuri sesuatu, khususnya secara diam-diam tanpa izin.

Wakil rakyat Bersatu itu turut memberikan contoh penggunaan perkataan berkenaan. Menurutnya, dalam konteks tertentu, ‘sakau’ juga boleh merujuk kepada perbuatan mengambil sesuatu demi kepentingan diri, termasuk dalam kes rasuah atau penyalahgunaan wang.

"Jadi saya nak mencadangkan kepada Shah Alam (Azli) selepas ini kita boleh formalise perkataan sakau dan sekiranya ada RCI lagi selepas ini, dimasukkan sakau supaya penyangat-penyangat ini faham apa itu sakau," katanya.

Azli kemudian bertanya jika Suhaimi turut mencadangkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memasukkan perkataan ‘sakau’ ke dalam kamus.

“Terima kasih, (ahli parlimen) Shah Alam,” balas Suhaimi.

 
Back
Top
Log in Register