hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,513
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,513
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Puluhan video lucah ditemui dalam telefon bekas MP
BENGALURU - Pemeriksaan forensik menemukan puluhan video lucah dalam telefon bimbit yang digunakan bekas Ahli Parlimen India, Prajwal Revanna ketika menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Pusat Parappana Agrahara, Bengaluru.
Telefon berkenaan dirampas selepas pegawai Cawangan Jenayah melakukan pemeriksaan mengejut di penjara pada 11 Ogos lalu dan mendapati Prajwal menggunakannya di dalam sel.
Pegawai turut merampas pengecas, pemacu pena dan sebuah buku nota dari berek keselamatan tinggi yang menempatkan bekas ahli politik berkenaan.
Telefon dan pemacu pena itu kemudiannya dihantar untuk pemeriksaan forensik dengan laporan terbaharu mendedahkan puluhan video lucah disimpan dalam telefon, manakala pemacu pena mengandungi beberapa siri web.
Penemuan itu sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai layanan dan keistimewaan yang didakwa diberikan kepada banduan berprofil tinggi di penjara berkenaan.
Susulan penemuan telefon tersebut, pihak berkuasa menggantung seorang pegawai penjara dan mengarahkan siasatan dijalankan.
Prajwal merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri India, HD Deve Gowda dan anak saudara Menteri Kesatuan, HD Kumaraswamy.
Dia sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah ladang keluarganya di Holenarasipura, daerah Hassan.
Penggunaan telefon bimbit peribadi, kad SIM dan peranti komunikasi elektronik adalah dilarang di dalam penjara, manakala komunikasi banduan hanya dibenarkan melalui kemudahan yang ditetapkan dan dipantau pihak berkuasa.