BTC USD 82,302.9 Gold USD 4,157.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadi liar terikut aksi filem

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
Jadi liar terikut aksi filem

SOALAN

SAYA berharap sangat Dang Setia memaparkan rasa hati saya supaya penerbit dan pengarah filem atau drama televisyen terbuka fikiran mereka untuk memajukan anak bangsa sendiri.


Saya remaja berusia 20 tahun yang sangat terkilan dengan dunia perfileman sekarang. Saya mendapati remaja sekarang banyak terpesong akidah mereka.

Apabila saya bertanya kepada kawan sebaya, mereka berkata mereka jadi liar dan jadi mat rempit kerana terikut-ikut dengan aksi yang dipaparkan dalam filem mengenai golongan itu yang popular tidak berapa lama dulu.

Kata mereka, jadi mat rempit seronok kerana boleh hidup bebas, berzina dan ada ramai kawan. Senang cakap, ‘keseronokan’ itu mereka lihat menerusi filem berkenaan.

Masalah mat rempit dan zina memang sudah lama wujud, tapi keadaan kini semakin menjadi-jadi disebabkan adanya filem seperti itu. Saya kesal sangat kerana filem seperti itu dibenarkan untuk tayangan umum.

Pengeluar filem itu kata ia ada mesej, mesej apa? Yang saya tengok, mesejnya ialah ajar remaja berzina dan merempit. Mereka tahu remaja suka begitu, mereka pun buat filem seperti itu supaya dapat untung. Ya, kerana duit dan nama, maruah anak bangsa dan agama Islam tercemar.

HAMBA ALLAH
Pahang


JAWAPAN

Mungkin ada benarnya kata saudara bahawa filem berkenaan tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum kerana ia lebih banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat berbanding kesan positif.

Bagaimanapun, Dang Setia berpendapat kita perlu berlaku adil dan bersikap lebih rasional. Kegawatan moral dan berleluasanya gejala sosial di kalangan remaja sekarang berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Tidak adil untuk mengatakan ia disebabkan semata-mata disebabkan oleh satu filem, drama TV atau media massa. Semua ini antara penyumbang masalah, tapi ia bukan penyumbang tunggal.

Banyak unsur atau penyumbang lain turut perlu diambil kira, antaranya kurang kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran agama, kelemahan institusi kekeluargaan dan masyarakat serta kelemahan penguatkuasaan dalam hal berkaitan agama.

Dang Setia tidak mampu menghuraikan semua faktor itu di dalam ruangan ini yang terlalu terhad, namun rumusannya kita perlu faham bahawa persekitaran sekarang tidak kondusif untuk membentuk generasi ke arah positif, sebaliknya ia membentuk ancaman yang sungguh kuat untuk menghanyutkan mereka ke kancah negatif.

Bagaimanapun, dalam berdepan situasi ini kita tidak boleh sekadar menuding jari untuk mencari kesalahan pihak lain, sebaliknya perlu berusaha sebaik mungkin untuk memainkan peranan setakat yang termampu bagi memperbetulkan keadaan.

Apa yang perlu dilakukan? Setiap kita ada tanggungjawab atau amanah masing-masing. Tidak perlu bercita-cita terlalu besar.

Memelihara diri dan keluarga kita sudah mencukupi sebagai permulaan sebelum memperluaskannya ke persekitaran lebih besar secara perlahan-lahan.

Filem melayu ni tak berkualiti..
nak bagi kesedaran konon!!!~X(~X(~X(
 
memang xberminat ngn cite2 melayu yg drift2 n rempit2 tu.....siyes xsuke.....​
 
bila pengarah filem tu pun dr golongan mude2..x mustahil if niat diorg sebenarnye nak menunjukkan keseronokkan melalui amalan hidup mcm tu..and x mustahil gak if diorg pun mengamalkan cara idup mcm tu..reason "saya buat filem nie sebab nak bagi pengajaran kepada golongan muda supaya jgn ikut cara idup yang x tentu hala dan teruk tu" aku anggap totally bull..seriously..filem sampah..just like mohaideen punyer production..
 
Perosak anak bangsa jer...

Pendapat peribadi saya,
Filem-filem mcm tu boleyh dikatakan smua sama jer jalan cerita dia
85 minit tunjuk sronoknya hidup bergejala
4 minit berlaku konflik / 'twist' dalam cerita
1 minit pengajaran / insaf

94% cerita merosakkan anak bangsa

1% cerita ada pengajaran/justifikasi

X justified langsung!!!
:(scam:(scam:(scam


Respect cerita Syurga Cinta. X sampai 5 minit pun tunjuk gejala buruk, hampir keseluruhan filem tentang bagaimana org muda boleyh insaf dan bertaubat tidak kira berapa besar dosa-dosa yang lampau.:)paid:)paid:)paid
 
Back
Top
Log in Register