BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jade Camp 2026: Persatuan Pandu Puteri Malaysia Lakar Sejarah Pecah Rekod ASEAN, Asia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
dac0cadeca49a8612d86d6d09ea631a269edacbf96ea8

Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datuk Yeoh Soo Keng (dua, kiri) menerima sijil daripada Asean Records pada majlis Perkhemahan Pandu Puteri terbesar serta upacara perarakan masuk secara besar-besaran di Stadium Merdeka hari ini.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) melakar sejarah apabila Jade Camp 2026 sempena ulang tahun ke-110 penubuhannya diiktiraf memecah dua rekod peringkat ASEAN dan Asia.

Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk Yeoh Soo Keng berkata perhimpunan besar itu memecah rekod serta diiktiraf pencapaian Largest Girl Guide Camp & Grand March-In Ceremony at a Stadium Alongside The World's Second-Tallest Building for a 110 Year Celebration, sekali gus mengangkat nama Malaysia di pentas serantau dan antarabangsa.

“Perkhemahan tiga hari bermula 24 April menghimpunkan 2,031 ahli Pandu Puteri dari seluruh negara merangkumi pelbagai peringkat termasuk Kelip-Kelip, Tunas, Remaja, Renjer, Klover serta pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program di Stadium Merdeka hari ini.

Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan kekuatan dan kesinambungan peranan persatuan dalam membentuk kepimpinan wanita sejak penubuhannya pada 1916.

“Daripada hanya lapan ahli ketika ditubuhkan di Kuala Lumpur, kini PPPM mempunyai lebih 100,000 ahli di seluruh negara. Kejayaan ini hasil komitmen berterusan dalam memperkasakan wanita muda,” katanya.

Yeoh berkata pemilihan Stadium Merdeka sebagai lokasi penganjuran dengan latar Merdeka 118 yang merupakan bangunan kedua tertinggi dunia memberi simbolik aspirasi tinggi kepada ahli Pandu Puteri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) Merdeka Ventures Datuk Izwan Ibrahim berkata penganjuran program berskala besar itu mencerminkan semangat kesatuan, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan gadis muda dan wanita.

“Jade Camp bukan sekadar perkhemahan tetapi platform pembelajaran holistik yang membentuk generasi muda. Sepanjang program ini, peserta berpeluang mengasah kemahiran kepimpinan, memperkukuh disiplin diri serta memupuk semangat kerjasama dan daya tahan melalui pelbagai aktiviti,” katanya.

Izwan berkata nilai yang diterapkan bukan sahaja melahirkan ahli Pandu Puteri yang cemerlang malah mempersiapkan mereka sebagai pemimpin masa depan negara.

 
Back
Top
Log in Register