BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadah Panama Dance Sampai Tular ??

Panama Dance haram

Untitled-1.jpg

TARIAN Panama tersebut bukan sahaja dilakukan individu malah telah ‘berjangkit’ kepada agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang seolah-olah berlumba-lumba menunjukkan ‘kehebatan’ Tarian Panama masing-masing. - UTUSAN ONLINE/SOSIAL MEDIA

Muhammad Azim Zaid

12 Mac 2018 5:52 PM

KUALA LUMPUR 12 Mac - Tarian Panama atau Panama Dance menjadi ‘kegilaan’ masyarakat hari ini haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, kata Mufti Negeri Sembilan, , Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Selain itu tindakan berkongsi persembahan itu menerusi video di media sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya boleh dilihat oleh mahram mereka.

“Mungkin ada sesetengah itu hendak menggunakannya sebagai rujukan melakukan senam robik di dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kita untuk menyebarkan secara terbuka wanita menutup aurat berjoget sebegitu.

“Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa.

“Jaga maruah dan jaga aib anda sebagai seorang muslimah,” katanya ketika dihubungi Utusan Online bagi mengulas isu Tarian Panama yang tular di laman sosial ketika ini.

Tarian Panama tersebut bukan sahaja dilakukan individu malah telah ‘berjangkit’ kepada agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang seolah-olah berlumba-lumba menunjukkan ‘kehebatan’ Tarian Panama masing-masing.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menasihati orang ramai tidak mengajak dan terikut-ikut dengan trend tarian itu.

Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

“Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.

“Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/panama-dance-haram-1.625981
 
penyakit baru. suruh bersenam mxm2 alasan, baju x bwk la, pakai baju kurung la, seluar ketat la.. bile berjoget x kira semua tu.. leh je joket ya
 
pelik aku..bila tgk videoclip asal..x pun dorg menari mcm tu..apsal plak org malaysia memandai cipta dan kata "panama dance"??? kepala hangguk dorg la..
 
Benda lara, x ada faedah..

Aku x dapat hadam kenapa agensi kerajaan macam JPJ, Bomba dengan Hospital tu buat benda alah ni upload kat media sosial..dapat dana ke?

Kalau budak2 student atau sekolah buat aku x kisah sangat..sebab diaorang banyak masa lapang

By the way, mufti dan ulama semua dah kata haram
 
Back
Top
Log in Register