BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu V.K Lingam complete discussion

....

Mana nasiayampedas ni? Hari tu bukan main membela Ahmad Fairuz?Hakim seperti ini adalah penghianat orang melayu apabila sanggup ambil rasuah dari taukeh judi semata mata kerana nak naik pangkat.Sungguh memalukan orang melayu sahaja.Kalau setakat buat keputusan untuk tolak rayuan Lina Joy belum cukup nak angkat beliau sebagai hero dan menutup kes rasuah ini.Adalah amat malang kerana selama ini hakim hakim kanan negara di tentukan oleh tauke tauke judi.Patut lah VK Lingam selalu menang dalm beribu ribu kes.Cuba bayangkan berapa ramai orang yang mungkin sudah teraniaya kerana penghakiman berat sebelah ahmad fairuz akibat di pengaruhi oleh tauke judi?Contoh paling jelas adalah dato anwar ibrahim yang ternyata di fitnah.Perbicaraan di hadapan suruhanjaya di raja ini adalah medan terbaik dato anwar untuk membersihkan nama beliau yang di fitnah oleh dr mahathir dengan menggunakan hakim hakim yang di belakangi oleh tauke judi.
 
Kita tunggu je keputusan Suruhanjaya Pilihanraya.
apapun aku terbaca dlm klpos. kononnya pendedahan ini akan menyebabkan Adnan tersingkir dari calon MP Putrajaya dan digantikan dgn khairy
 
Nampaknya pembangkang semakin terdesak untuk menyaingi pengaruh BN dalam pilihanraya umum akan datang sehingga cuba menimbulkan isu klip video yang kononnya seorang peguam terkenal, VK Lingam sedang menelefon seorang hakim kanan yang didakwa Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim, Ketua Hakim Negara sekarang. Klip video ini didakwa kononnya sebagai bukti skandal terbesar kehakiman negara.


Individu yang membuat pendedahan tentang klip video tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media baru-baru ini. Anwar Ibrahim memang 'terkesan' dengan tindakan kedua-dua individu tersebut berkenaan beberapa kes mahkamahnya. Yang paling 'terkesan' ialah keputusan Tun Ahmad Fairuz terhadap rayuannya dalam kes salahguna kuasa sehingga Anwar dinafikan untuk bertanding dalam pilihanraya sehingga April tahun depan.

Pembangkang dan penyokong mereka tentunya begitu ghairah sekali dengan pendedahan klip video terbabit. Satu senjata terbaru mereka untuk menyerang kerajaan. Walhal kesahihan klip video tersebut belum pun dapat dipastikan.

Jika hanya dengan rakaman klip video selama 8 minit yang ‘dicuri’ rakam itu menjadi sumber keyakinan mereka tentang skandal kehakiman negara. Bagaimana pula dengan bermacam-macam rakaman video dan audio lain yang menunjukkan gelagat sumbang dan tidak bermoral orang yang membuat pendedahan klip video VK Lingam iaitu Anwar Ibrahim.

Kenapa mereka boleh mudah menerima dan menjadikan klip video 8 minit itu sumber bukti tetapi tidak rakaman-rakaman video dan audio bersabitan perilaku Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu?


WALAUAPAPUN... KITA TUNGGU APA KESUDAHANNYA..... MUEHEHEHE..

dah pun disahkan suara tu milik Linggam...
 
Sejak dari awal lagi saya telah terbayang bahawa PKR sekali lagi akan membuat masalah di dalam melicinkan prosiding perjalanan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes Pita Lingam.Agak terkejut apabila saya membaca kenyataan Sivarasa selaku Naib Presiden PKR yang mengharap agar keanggotaan Suruhanjaya Di Raja tersebut dianggotai oleh orang dari negara luar. Dengan kata lain, PKR memang dan beria-ia sangat ingin menjemput pengaruh asing dalam mana-mana jua proses siasatan. Sejak dari Anwar menjadi TPM, beliau memang suka menjemput orang luar datang dan mentadbir negara. Anwar adalah tokoh yang beria-ia menjemput IMF datang ke Malaysia.Namun, ketika itu, idea Tun Mahathir dapat menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku di dalam negara.Berikut ialah kenyataan Sivarasah di dalam Harakahdaily yang jelas menampakkan PKR ialah agen asing yang bertujuan memusnahkan Islam dan bangsa Melayu secara senyap.


"Selain itu Sivarasa juga menyatakan bahawa kerajaan boleh memanggil keanggotaan dari kalangan bukan hakim dan bekas hakim dari luar negara untuk menyiasat kes tersebut.
Antara yang disebut Sivarasa sebagai yang layak menggangotainya ialah Presiden Tansparency International (TI), Ramon Navaratnam dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse. "Biarlah lambat sedikit, tetapi pengedali kes ini tidak terbabit dengan soal integriti," tegasnya.(Semua yang disebut oleh Sivarasa ialah mereka yang pro kepada PKR.Jika seseorang hakim membebaskan ahli mereka , maka mereka kata hakim tersebut adil tetapi jika hakim tersebut menjatuhkan hukuman kepada ahli mereka, mereka menyatakan hakim tidak adil. Justeru, di mata PKR, hakim yang adil ialah hakim yang menyokong mereka.Inilah Ketidakadilan dalam Parti Keadilan)
 
dah terbukti ahmad fairuz... dah terbukti klip bukan rekayasa...riuh dalam berita semalam... so apa pendapat iswarahijau dan sukusakatnya? hihi.. isu ni juga boleh jadi modal politik UMNO..tarik kepercayaan atas pagar bahawa mereka dah telus sekarang ni....muehehehehheheeh hubaya hubaya!!!!
 
kalau kereta buruk , kau cat baru kat luar pun , tak leh nak harap berjalan jauh , enjin dah lapuk , rosak sana sini , perjalanan tak lancar , enjin boleh mati mcm tu saja...

pastu sekarang ni plak , daripada overhaul enjin lama tu , baik aja ko ganti enjin baru , barang baru dah lebih murah dari baiki enjin lama yg tak sudah2 bocor sana sini.. kejap radiator kejap minyak enjin ...heheheh !

kesimpulan nya :-

UMNO sudah boleh di humban ke Laut !!
 
....

Sejak dari awal lagi saya telah terbayang bahawa PKR sekali lagi akan membuat masalah di dalam melicinkan prosiding perjalanan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes Pita Lingam.Agak terkejut apabila saya membaca kenyataan Sivarasa selaku Naib Presiden PKR yang mengharap agar keanggotaan Suruhanjaya Di Raja tersebut dianggotai oleh orang dari negara luar. Dengan kata lain, PKR memang dan beria-ia sangat ingin menjemput pengaruh asing dalam mana-mana jua proses siasatan. Sejak dari Anwar menjadi TPM, beliau memang suka menjemput orang luar datang dan mentadbir negara. Anwar adalah tokoh yang beria-ia menjemput IMF datang ke Malaysia.Namun, ketika itu, idea Tun Mahathir dapat menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku di dalam negara.Berikut ialah kenyataan Sivarasah di dalam Harakahdaily yang jelas menampakkan PKR ialah agen asing yang bertujuan memusnahkan Islam dan bangsa Melayu secara senyap.


"Selain itu Sivarasa juga menyatakan bahawa kerajaan boleh memanggil keanggotaan dari kalangan bukan hakim dan bekas hakim dari luar negara untuk menyiasat kes tersebut.
Antara yang disebut Sivarasa sebagai yang layak menggangotainya ialah Presiden Tansparency International (TI), Ramon Navaratnam dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse. "Biarlah lambat sedikit, tetapi pengedali kes ini tidak terbabit dengan soal integriti," tegasnya.(Semua yang disebut oleh Sivarasa ialah mereka yang pro kepada PKR.Jika seseorang hakim membebaskan ahli mereka , maka mereka kata hakim tersebut adil tetapi jika hakim tersebut menjatuhkan hukuman kepada ahli mereka, mereka menyatakan hakim tidak adil. Justeru, di mata PKR, hakim yang adil ialah hakim yang menyokong mereka.Inilah Ketidakadilan dalam Parti Keadilan)

Permohonan PKR tersebut supaya tiga orang hakim menarik diri adalah berasaskan alasan yang logik.Ia bukan sesuatu yang bersifat personal.Cuba bayangkan bagainmana kita nak mengharap TAN SRI Haidar untuk berlaku adil sedangkan beliau dan vincent tan adalah trustee kepada yayasan perdana yang di pengerusikan oleh Dr Mahathir?Bukan kah itu conflict of interest?Dari awal lagi sikap beliau dan kenyataan beliau amat boleh di pertikaikan.Ini di perkukuhkan lagi dengan pendedahan oleh businessman yang anaknya merakam video tersebut bahawa pada bulan november lepas beliau hantar surat kepada panel bebas,sebaliknya panel bebas tersebut tidak menjawab surat beliau.Ini menimbulkan keraguan.

Tentang kenyataan iswarahijau bahawa anwar suka panggil orang luar untuk mentadbir negara, itu adalah kenyataan yang tidak berakal sama sekali.Menjemput orang luar untuk mengangotai panel kehakiman ini boleh kah di tafsir sebagai mengundang campur tangan asing?Ini adalah kenyataan tak bersifat ilmiah dan tak masuk akal.Dato Anwar tak pernah undang orang asing tadbir negara.Apa pendapat Israwahijau apabila Dr Mahathir melantik orang yahudi yang bernama soloman bourney sebagai penasihat ekonomi kerajaan pada tahun 1999 dahulu?Di harap iswarahijau dapat menjawap soalan ini dan bukan hanya berdiam diri sahaja lepas ini.

Tentang IMF, apa salahnya kalau pinjam IMF?Thailand dulu pinjam tak da masalah pun.Sekarang ni ekonomi mereka rancak dari malaysia.Keburukan IMF tersebut sebenarnya sengaja di perbesarkan oleh Dr Mahathir.Dr Mahathir tahu bahawa kalau dia pinjam IMF, beliau tak boleh guna duit tersebut sesuka hati kerana salah satu syarat pinjaman adalah ketelusan dan tidak boleh guna dana tersebut untuk bailout syarikat kroni.Itu yang dr mahathir tak mahu.Jadi dia burukkn IMF dan rakyat malaysia pun percayalah seperti percaya kepada kononnya anwar ni peliwat.
Begitu juga dengan tuduhan Mahathir bahawa masalah ekonomi negara ialah berpunca dari soros.Tapi pada tahun lepas apabila soros datang malaysia, elok saja mereka berdua malah dr mahathir buat kenyataan bahawa beliau tersilap menuduh soros jadi punca masalah matawang malaysia.Sekali lagi rakyat malaysia tertipu.

Tentang persoalan hakim kononnya PKR hanya anggap hakim adil kalau keputusan berpihak pada mereka.Ini langsung tidak bersandarkan kenyataan.Hakim hakim hendaklah membuat keputusan berdasarkan undang undang dan bukannya di rasuah supaya buat keputusan.Di sini saya petik penghakiman Dato Arifin Jaka pada tahun 2000 dalam kes liwat anwar yang bagi saya adalah penghakiman yang amat melucukan :-

Petikan penghakimam arifin jaka :-

"Walaupun peguambela tertuduh membuktikan bahawa tilam dalam bilik tempat berlaku kejadian liwat tersebut sebenarnya tidak berada dalam bilik tersebut, mungkin ada tilam lain di situ".

Ini adalah amat melucukan.Seorang hakim yang adil, mana boleh menggunakan perkataan 'mungkin' untuk buat keputusan.Beliau mesti pasti tentang keputusan beliau bukannya agak agak.Lagi satu yang jadi persoalan kenapa tidak ada laporan perubatan oleh doktor terhadap azizan untuk buktikan beliau di liwat, sedangkan kalau kes kes lain dan rogol laporan perubatan adalah amat penting?Sebab mereka tahu itu semua tak wujud dan rekaan saja.
 
kalau kereta buruk , kau cat baru kat luar pun , tak leh nak harap berjalan jauh , enjin dah lapuk , rosak sana sini , perjalanan tak lancar , enjin boleh mati mcm tu saja...

pastu sekarang ni plak , daripada overhaul enjin lama tu , baik aja ko ganti enjin baru , barang baru dah lebih murah dari baiki enjin lama yg tak sudah2 bocor sana sini.. kejap radiator kejap minyak enjin ...heheheh !

kesimpulan nya :-

UMNO sudah boleh di humban ke Laut !!

haha..ganas kesimpulan ko nie.. :))
 
bagi saya pendedahan isu Lingam tape ni yg turut dilaporkan media massa menunjukkan ketelusan pentadbiran Pak Lah yg jelas ingin memerangi rasuah dan memperbaiki pentadbiran
 
...

bagi saya pendedahan isu Lingam tape ni yg turut dilaporkan media massa menunjukkan ketelusan pentadbiran Pak Lah yg jelas ingin memerangi rasuah dan memperbaiki pentadbiran

Laporan media massa bukan kerana ketelusan kerana mereka telah terperangkap.Memang perancangan awal mereka adalah untuk menutup kes ini dengan berbagai helah.Kita lihat sahaja kenyataan Najib dahulu,Pak Lah, Nazri Aziz, Shahrir Samad serta Zainuddin Maidin.Tapi mereka tersepit bila ahli perniagaan tersebut keluar dan membuat kenyataan akhbar bahawa yang ambil video tersebut adalah anaknya.Kita lihat statement dari ahli perniagaan tersebut bahawa beliau ada menulis surat pada pak lah, tetapi pak lah senyap membisu terhadap isu tersebut.Bila ahli perniagaan tu buat statement barulah BPR dan lain lain berkata bahawa klip video itu adalah genuine.Tak boleh nak cover up lagi.Yang hanya mereka boleh buat adalah bermain main dari segi aspek teknikal.Sekarang ini saya nak tengok ragam suruhanjaya ini.Semalam peguam kepada adik vk lingam buat permohonan bahawa adik vk lingan volenteer nak jadi saksi kerana beliau mengaku pernah mengikut vk lingam beri duit dan handphone pada hakim hakim kanan .Yang anehnya adik beliau tidak di sapina.Amat aneh.Kita tengok sama ada suruhanjaya akan panggil atau tidak adik vk lingam lingam ini.Kalau tidak, mereka sengaja tidak mahu kepada kebenaran.

Lagi satu sebab kenapa mereka siar dalam media untuk tunjukkan kononnya mereka telus sebab pilihanraya sudah hampir.Kita lihat sahaja beberapa minggu sebelum pilihanraya tahun 2004 dulu, mereka buat tangkapan dan hadapkan ke mahkamah eric chia dan kasitah gadam kononnya nak tunjuk tegas terhadap rasuah.Tengok tengok lepas tu dua dua lepas.Hangat hangat tahi ayam saja.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register