....
Sejak dari awal lagi saya telah terbayang bahawa PKR sekali lagi akan membuat masalah di dalam melicinkan prosiding perjalanan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes Pita Lingam.Agak terkejut apabila saya membaca kenyataan Sivarasa selaku Naib Presiden PKR yang mengharap agar keanggotaan Suruhanjaya Di Raja tersebut dianggotai oleh orang dari negara luar. Dengan kata lain, PKR memang dan beria-ia sangat ingin menjemput pengaruh asing dalam mana-mana jua proses siasatan. Sejak dari Anwar menjadi TPM, beliau memang suka menjemput orang luar datang dan mentadbir negara. Anwar adalah tokoh yang beria-ia menjemput IMF datang ke Malaysia.Namun, ketika itu, idea Tun Mahathir dapat menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku di dalam negara.Berikut ialah kenyataan Sivarasah di dalam Harakahdaily yang jelas menampakkan PKR ialah agen asing yang bertujuan memusnahkan Islam dan bangsa Melayu secara senyap.
"Selain itu Sivarasa juga menyatakan bahawa kerajaan boleh memanggil keanggotaan dari kalangan bukan hakim dan bekas hakim dari luar negara untuk menyiasat kes tersebut.
Antara yang disebut Sivarasa sebagai yang layak menggangotainya ialah Presiden Tansparency International (TI), Ramon Navaratnam dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse. "Biarlah lambat sedikit, tetapi pengedali kes ini tidak terbabit dengan soal integriti," tegasnya.(Semua yang disebut oleh Sivarasa ialah mereka yang pro kepada PKR.Jika seseorang hakim membebaskan ahli mereka , maka mereka kata hakim tersebut adil tetapi jika hakim tersebut menjatuhkan hukuman kepada ahli mereka, mereka menyatakan hakim tidak adil. Justeru, di mata PKR, hakim yang adil ialah hakim yang menyokong mereka.Inilah Ketidakadilan dalam Parti Keadilan)
Permohonan PKR tersebut supaya tiga orang hakim menarik diri adalah berasaskan alasan yang logik.Ia bukan sesuatu yang bersifat personal.Cuba bayangkan bagainmana kita nak mengharap TAN SRI Haidar untuk berlaku adil sedangkan beliau dan vincent tan adalah trustee kepada yayasan perdana yang di pengerusikan oleh Dr Mahathir?Bukan kah itu conflict of interest?Dari awal lagi sikap beliau dan kenyataan beliau amat boleh di pertikaikan.Ini di perkukuhkan lagi dengan pendedahan oleh businessman yang anaknya merakam video tersebut bahawa pada bulan november lepas beliau hantar surat kepada panel bebas,sebaliknya panel bebas tersebut tidak menjawab surat beliau.Ini menimbulkan keraguan.
Tentang kenyataan iswarahijau bahawa anwar suka panggil orang luar untuk mentadbir negara, itu adalah kenyataan yang tidak berakal sama sekali.Menjemput orang luar untuk mengangotai panel kehakiman ini boleh kah di tafsir sebagai mengundang campur tangan asing?Ini adalah kenyataan tak bersifat ilmiah dan tak masuk akal.Dato Anwar tak pernah undang orang asing tadbir negara.Apa pendapat Israwahijau apabila Dr Mahathir melantik orang yahudi yang bernama soloman bourney sebagai penasihat ekonomi kerajaan pada tahun 1999 dahulu?Di harap iswarahijau dapat menjawap soalan ini dan bukan hanya berdiam diri sahaja lepas ini.
Tentang IMF, apa salahnya kalau pinjam IMF?Thailand dulu pinjam tak da masalah pun.Sekarang ni ekonomi mereka rancak dari malaysia.Keburukan IMF tersebut sebenarnya sengaja di perbesarkan oleh Dr Mahathir.Dr Mahathir tahu bahawa kalau dia pinjam IMF, beliau tak boleh guna duit tersebut sesuka hati kerana salah satu syarat pinjaman adalah ketelusan dan tidak boleh guna dana tersebut untuk bailout syarikat kroni.Itu yang dr mahathir tak mahu.Jadi dia burukkn IMF dan rakyat malaysia pun percayalah seperti percaya kepada kononnya anwar ni peliwat.
Begitu juga dengan tuduhan Mahathir bahawa masalah ekonomi negara ialah berpunca dari soros.Tapi pada tahun lepas apabila soros datang malaysia, elok saja mereka berdua malah dr mahathir buat kenyataan bahawa beliau tersilap menuduh soros jadi punca masalah matawang malaysia.Sekali lagi rakyat malaysia tertipu.
Tentang persoalan hakim kononnya PKR hanya anggap hakim adil kalau keputusan berpihak pada mereka.Ini langsung tidak bersandarkan kenyataan.Hakim hakim hendaklah membuat keputusan berdasarkan undang undang dan bukannya di rasuah supaya buat keputusan.Di sini saya petik penghakiman Dato Arifin Jaka pada tahun 2000 dalam kes liwat anwar yang bagi saya adalah penghakiman yang amat melucukan :-
Petikan penghakimam arifin jaka :-
"Walaupun peguambela tertuduh membuktikan bahawa tilam dalam bilik tempat berlaku kejadian liwat tersebut sebenarnya tidak berada dalam bilik tersebut, mungkin ada tilam lain di situ".
Ini adalah amat melucukan.Seorang hakim yang adil, mana boleh menggunakan perkataan 'mungkin' untuk buat keputusan.Beliau mesti pasti tentang keputusan beliau bukannya agak agak.Lagi satu yang jadi persoalan kenapa tidak ada laporan perubatan oleh doktor terhadap azizan untuk buktikan beliau di liwat, sedangkan kalau kes kes lain dan rogol laporan perubatan adalah amat penting?Sebab mereka tahu itu semua tak wujud dan rekaan saja.