BTC USD 82,749.1 Gold USD 4,117.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Urus Sumbangan Bantuan Secara Telus - Nanta

kupanglaut

Legendary Member
gem
Messages
10,389
Joined
Jun 13, 2025
Messages
10,389
Reaction score
101
Points
133

Urus Sumbangan Bantuan Secara Telus - Nanta​

c436ed5ec134756382fb82ea776c865f6946881e78515

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengingatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan dan pertubuhan komuniti supaya mengurus sumbangan yang diterima secara telus serta memastikan penggunaannya menepati tujuan ditetapkan.

Nanta yang juga Menteri Kerja Raya berkata prinsip akauntabiliti dan integriti perlu diutamakan agar setiap peruntukan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

“Bantuan ini bukan sekadar sokongan kewangan, tetapi juga satu amanah dan tanggungjawab bersama untuk terus memperkukuh pembangunan serta kesejahteraan masyarakat di Kapit,” katanya pada Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Parlimen P.215 Kapit di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak RM217,600 disalurkan kepada 26 penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, kelab serta pertubuhan komuniti di kawasan Parlimen Kapit.

Beliau berkata kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa penting bagi memastikan bantuan digunakan secara berhemat mengikut keperluan organisasi masing-masing.

Sumbangan berkenaan merangkumi sokongan bagi pentadbiran dan pengurusan rumah panjang, aktiviti kemasyarakatan, program kebajikan serta penyediaan kemudahan asas komuniti.

“Antara bantuan yang disalurkan termasuklah sokongan kepada aktiviti JKKK dan persatuan, program pendidikan dan sukan, pembelian peralatan pentadbiran serta pembinaan kemudahan seperti tandas awam,” katanya.

Nanta berharap bantuan itu juga dapat meringankan beban kewangan penerima dan membantu mereka melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register