afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,226
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,226
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Isu TH: Zahid mahu PAC siasat, Takiyuddin sokong RCI baharu
Zahid Hamidi berkata dapatan RCI Tabung Haji sebelum ini tidak menunjukkan petunjuk atau tuduhan secara langsung terhadap mana-mana individu.
Presiden Umno berkata, PAC boleh menubuhkan badan khas bawah tanggungjawabnya bagi meneliti pengurusan TH dari 2017 hingga kini.
“Saya fikir PAC itu lebih sesuai untuk melakukan penyiasatan kerana mereka mempunyai locus standi yang tertulis dalam tugas dan tanggungjawab PAC itu sendiri,” katanya yang juga timbalan perdana menteri.
Beliau ditemui selepas menghadiri Forum Musyawarah Nasional ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, hari ini.
Zahid berkata, dapatan RCI sebelum ini tidak menunjukkan petunjuk atau tuduhan secara langsung terhadap mana-mana individu.
Katanya, siasatan PAC penting bagi memastikan sebarang dakwaan salah urus atau ‘sakau’ disokong fakta dan bukti.
Sementara itu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, yang turut menghadiri forum berkenaan setuju jika RCI baharu diwujudkan atau ia dibawa kepada PAC.
Katanya, siasatan lanjut diperlukan untuk meneliti perkara yang berlaku selepas tempoh diliputi RCI terdahulu, selain menjelaskan percanggahan dalam beberapa dapatan berkaitan pengurusan TH.
“Oleh sebab itulah saya bersetuju dengan cadangan seorang peserta tadi supaya RCI baharu perlu diadakan untuk menyiasat kedudukan Tabung Haji ini daripada tahun 2019 atau 2018 sehingga kini,” katanya yang juga setiausaha agung PAS.