Pendapat Imam Asy-Syafi’i di atas ini sememangnya selari dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana setelah solat baginda berzikir secara bersendirian tanpa dikeraskan suara. Terkadang baginda juga pernah tidak berzikir setelah solat.
berzikir perlahan selepas solat adalah amalan ibadah khusus yang disunatkan, berzikir dengan kuat selepas solat bukan sunnah Nabi ia dilarang kecuali untuk mengajar makmum (pembelajaran menyebabkan ia bertukar menjadi ibadah umum/muamalat/kemasyarakatan )
(saya ringkaskan quote utk jimatkan ruang... saya petik rumusan tersebut sahaja, iaitu bukan merupakan kata2 Imam As-Syafie)
Dalam post tersebut, Imam As-Syafiee telah mengemukakan 3 keadaan yang mana kesemua keadaan tersebut diperolehi dari hadis
iaitu adakalanya selepas solat jemaah Nabi saw
1 - Berzikir kuat (Hanya saja Imam As-Syafie mengemukakan pendapatnya bahawa keadaan ini adalah atas dasar mengajar.)
2 - Berzikir sendirian secara perlahan
3 - Tidak berzikir
Mengapa tiba2 berzikir kuat dirumuskan sebagai bukan sunnah dan dilarang?
Contoh hadis berzikir kuat
Rujuk HR Bukhari 796 dan 797.
796 :
Telah menceritakan kepada kami [Ishaq bin Nashir] berkata, telah menceritakan kepada kami [Abdurrazaq] berkata, telah mengkhabarkan kepada kami [Ibnu Juraij] telah mengkhabarkan kepadaku ['Amru] bahawa [Abu Ma'bad] mantan budak Ibnu 'Abbas r.h , mengkhabarkan kepadanya, bahawa mengeraskan suara dalam berzikir setelah orang selesai menunaikan shalat fardhu terjadi di zaman Nabi s.a.w. Ibnu 'Abbas mengatakan, "Aku mengetahui bahawa mereka telah selesai dari shalat itu kerana aku mendengarnya".
797 :
Telah menceritakan kepada kami ['Ali bin 'Abdullah] berkata, telah menceritakan kepada kami [Sufyan] telah menceritakan kepada kami ['Amru] berkata, telah mengkhabarkan kepadaku [Abu Ma'bad] dari [Ibnu 'Abbas] r.h berkata, "Aku mengetahui selesainya shalat Nabi s.a.w. dari suara takbir." 'Ali berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari 'Amru berkata, "Abu Ma'bad adalah salah satu budak Ibnu 'Abbas yang paling jujur." 'Ali berkata, "Nama aslinya adalah Nafidz".