BTC USD 81,209.6 Gold USD 4,151.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Permasalahan majlis tahlil arwah
Dalam majlis tahlil terkandung percampuran 2 jenis ibadah umum dan ibadah khusus, maka ia sukar sekali untuk diberikan hukum dalam perlaksanaannya.
Maka kita mesti meneliti 2 kaedah
1. Ibadah umum = Hukum segala sesuatu adalah harus kecuali ada dalil mengharamkan.
2. Ibadah khusus = Hukum ibadah ialah terlarang kecuali ada dalil membenarkan.

Contoh ibadah umum dalam majlis tahlil = sedekah keperluan kepada keluarga si mati, bantuan mengurus jenazah, ucapan takziah kepada keluarga,pertemuan keluarga jauh.

Semua contoh di atas adalah perkara muamalat maka Islam meluaskan perkara ini kecuali terdapat perkara-perkara yang diharamkan. Selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam, buatlah segala aktiviti kemasyarakatan. Ciri utama ibadah umum ialah hubungan dengan manusia. Allah memberi kebebasan yang luas dalam hal ini.

Contoh ibadah khusus dalam majlis tahlil = Berzikir beramai-ramai, membaca Quran berjemaah, berdoa, sedekahkan al-fatihah, bacaan yasin kepada jenazah dan lain2.
Semua ini hukum asalnya adalah terlarang termasuk ibadah khusus lain yang tiada dalam majlis tahlil seperti solat, puasa dan zakat. Kecuali ada dalil yang membenarkan maka silakan . Ciri utama ibadah khusus ialah hubungan dengan Allah. Allah menyempitkan segala urusan ibadah untuk mengelakkan kesesatan kecuali yang telah disyariatkan.

Seandainya dalam ibadah khusus (seperti zikir berjemaah) ada bertanya di manakah dalil untuk mengharamkannya maka si penanya tidak faham kaedah fiqh yang benar kerana soalan yang paling tepat ialah=> apakah dalil yang membenarkan perbuatan (ibadah khusus) tersebut? Perkara baru dalam agama tidak akan dapat ditemui dalil untuk melarangnya secara khusus kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Hanya dapat ditemui ialah kaedah asal hukum ibadat dan hukum bid’ah.

Ada pendapat mengatakan doa, zikir dan bacaan quran tidak termasuk dalam ibadah khusus, mereka ini mengkategorikan zikir dan doa dalam ibadah “ghairu mahdah” . Mereka berpendapat zikir dan doa tidak mempunyai rukun dan syarat2 tertentu seperti solat dan puasa.

Atas kesimpulan di atas mereka memperluaskan cara perlaksanaan zikir dan doa tanpa mahu mengikut peraturan asal iaitu “semua ibadah terlarang kecuali ada dalil membenarkan”. Pendapat ini salah jika kita halusi terdapat hal yang tidak konsisten dalam memasukkan doa,zikir dan bacaan quran dalam “ibadah ghairu mahdah.” Doa, zikir dan bacaan quran lebih sesuai dalam kategori ibadah mahdah.

Copy paste tentang ibadah mahdah dan ghairu mahdah
Prinsip-prinsip ibadah mahdhah

1. Keberadaannya harus berdasarkan adanya dalil perintah, baik dari al-Quran maupun al- Sunnah, jadi merupakan otoritas wahyu, tidak boleh ditetapkan oleh akal atau logika keberadaannya.

2. Tatacaranya harus berpola kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sehingga perkara baru (bid’ah) dalam ibadah mahdhah adalah terlarang. Dalam Ibadah Mahdah berlaku kaidah ushul fiqih Al aslu fil ibaadari at tahrim ( hukum asal ibadah adalah haram ) atau Al aslu fil ibaadaati al khatri illa binassin (hukum asal dalam ibadah adalah haram kecuali ada nash yang mensyariatkannya)

3. Bersifat supra rasional (di atas jangkauan akal) artinya ibadah bentuk ini bukan ukuran logika, karena bukan wilayah akal, melainkan wilayah wahyu, akal hanya berfungsi memahami rahasia di baliknya yang disebut hikmah tasyri’. Keabsahannnya bukan ditentukan oleh mengerti atau tidak, melainkan ditentukan apakah sesuai dengan ketentuan syari’at, atau tidak. Atas dasar ini, maka ditetapkan oleh syarat dan rukun yang ketat.

4. Azasnya “taat”, yang dituntut dari hamba dalam melaksanakan ibadah ini adalah kepatuhan atau ketaatan. Hamba wajib meyakini bahwa apa yang diperintahkan Allah Azza wa Jalla kepadanya, semata-mata untuk kepentingan dan kebahagiaan hamba, bukan untuk Allah, dan salah satu misi utama diutus Rasululullah shallallahu alaihi wasallam adalah untuk dipatuhi.

Prinsip-prinsip ibadah ghairu mahdhah

1. Keberadaannya didasarkan atas tidak adanya dalil yang melarang. Selama Allah dan Rasul-Nya tidak melarang maka ibadah bentuk ini boleh dilakukan.

2. Tatalaksananya tidak perlu berpola kepada contoh Rasulullah sehingga perkara baru (bid’ah) dalam ibadah ghairu mahdhah diperbolehkan. Dalam ibadah ghairu mahdhah berlaku kaidah usul fiqih “wal ashlu fi ‘aadaatinal ibaahati hatta yajii u sooriful ibahah” yang artinya “dan hukum asal dalam kebiasaan atau adat adalah boleh saja sampai ada dalil yang memalingkan dari hukum asal atau sampai ada dalil yang melarang atau mengharamkannya“.

3. Bersifat rasional, ibadah bentuk ini baik-buruknya, atau untung-ruginya, manfaat atau madharatnya, dapat ditentukan oleh akal atau logika. Sehingga jika menurut logika sehat, buruk, merugikan, dan madharat, maka tidak boleh dilaksanakan.

4. Asasnya “Manfaat”, selama itu bermanfaat, maka selama itu boleh dilakukan
Setiap kebaikan yang dilakukan atas kesadaran sendiri bukan karena diwajibkanNya adalah ibadah ghairu mahdhah .

Kesimpulannya zikir, doa dan bacaan quran adalah lebih sesuai dalam kelompok ibadah mahdhah atas dasar hubungan dengan Allah sekalipun tiada syarat2 dan rukun seperti ibadat solat.

maka andai terdapat perbuatan ini dalam majlis tahlil perlu dicari di manakah dalil yang membenarkan perbuatan ini seandainya terjadi perkara baru selain ditunjukkan oleh Nabi. Sekali lagi diingatkan perbuatan yang baru dalam syariat tidak perlu ditanya apakah ada dalil untuk melarang, tanggungjawab terletak pada bahu si pengamal perkara baru (dalam agama) adakah dalil untuk membenarkannya.
Pertanyaan ini tidak berkaitan kepada ibadah umum seperti pengucapan takziah, pengurusan jenazah dan sedekah barang keperluan kepada keluarga si mati kerana ia ibadah umum.

Kerana terdapat perbincangan mengenai usaha mengumpul dan menulis Quran maka suka untuk saya mengatakan perbuatan ini sekalipun tidak ditulis, dirakam dalam video,audio atau komputer, asas kepada perbuatan ini ialah manfaat sesama manusia.Iaitu kategori Ibadah umum atau ibadah ghairu mahdah.Ia adalah wasilah yang juga bermanfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka ia bukanlah bid’ah. Sekalipun perkataan bid’ah digunakan ia bertepatan dengan contoh bid’ah hasanah oleh Imam syafii.

Manakala berkaitan dengan bacaan quran ia boleh menjadi ibadah umum dan ibadah khusus bergantung pada niat perbuatan. Dalam solat terdapat zikir dan bacaan quran ini adalah sebahagian dalam urusan agama hal ini tidak boleh diada adakan dengan cara sendiri. Dan membaca quran untuk pemahaman sendiri adalah ibadah khusus kepada Allah.

Manakala dalam proses pengajaran quran dan pengajaran zikir ia boleh menjadi ibadah umum kerana manfaat dan hubungan sesama manusia.Tetapi asalnya ia adalah ibadah khusus.

Perlu kita ingat juga pendapat syafii mengenai zikir dengan kuat lepas solat, beliau berpendapat zikir yang kuat tersebut ialah proses mengajar kepada umum dan perlu kembali berzikir senyap setelah makmum faham untuk mengikuti sunnah Nabi. Mengajar zikir tersebut secara lantang adalah ibadah umum kerana proses pengajaran, tetapi mengamalkan secara berterusan berzikir secara lantang selepas solat adalah terlarang kerana melanggar sunnah Nabi. Sunnahnya Nabi berzikir senyap selepas solat. Ini pendapat imam Syafii.

Sebelum kita menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perbuatan perlu kita faham dimanakah kategori perbuatan tersebut. Ibadah khusus atau ibadah umum. Semoga bermanfaat.
 
Last edited:
Contoh ibadah khusus dalam majlis tahlil = Berzikir beramai-ramai, membaca Quran berjemaah, berdoa, sedekahkan al-fatihah, bacaan yasin kepada jenazah dan lain2.
Semua ini hukum asalnya adalah terlarang termasuk ibadah khusus lain yang tiada dalam majlis tahlil seperti solat, puasa dan zakat. Kecuali ada dalil yang membenarkan maka silakan . Ciri utama ibadah khusus ialah hubungan dengan Allah. Allah menyempitkan segala urusan ibadah untuk mengelakkan kesesatan kecuali yang telah disyariatkan.

Semua ini hukum asalnya adalah terlarang
Kenyataan ini ambik dari mana?

So ... apa hukum majlis tahlil, sunatkah, bidaahkah, makruhkah?
 
Semua ini hukum asalnya adalah terlarang
Kenyataan ini ambik dari mana?

So ... apa hukum majlis tahlil, sunatkah, bidaahkah, makruhkah?

Ulama Syafi’i memiliki kaedah,

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil)” Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (5: 43). Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahwa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Itu artinya asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan. Di tempat lain, Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata,

أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف

“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)” (Fathul Bari, 2: 80).

majlis tahlil ada percampuran antara ibadah umum dan khusus. setiap perbuatan/perkara kena definisikan sama ada ibadah umum atau khusus. lepas tu baru buat hukum mengikut kaedah yang betul. Sekiranya ada perbuatan yang ditegah dalam majlis tahlil, ia ok boleh diperbaiki, adat boleh diubah sehingga selari dengan syariat. Apa yang benar dalam tahlil boleh teruskan.
 
Last edited:
Sesat x sesat bukan saya memutuskan tuan ... :D Terpulang pada tuan untuk menilaikan sendiri sebab dah banyak kali saya berikan fakta2 tersebut dan saudara citymall pun dah tunjuk kitab2 melayu tersebut dalam thread nih, maklumat pun tuan boleh cari sendiri dalam internet atau bertanya dengan mana2 ulamak melalui facebook atau media2 lain .. so saya x mau nak ulas lagi dah ...

Perkara bidaah nih kadangkala kita nampak ianya cantik dan comey tetapi di sisi Allah ianya tidak sama sekali lantaran tersebut Rasullulah menegah sama sekali perkara bidaah ini ...

Rasullulah dah pesan kepada kita jika nak selamat ikutlah AQ dan Sunnahnya .... Jika Rasullulah x pernah buat dan x pernah berikan apa2 kenyataan berkaitan sesuatu perkara maka jln terbaik kita jgn buat walaupun ada kitab atau individu yang membenarkan perkara tersebut ... Rasullulah x pernah kebal tetapi kita pi belajar ilmu kebal .. Rasullulah x leh terbang tetapi kita pi belajar ilmu terbang... Rasullulah x tau perkara ghaib tetapi ada guru yang tahu ilmu ghaib maka kita pun berebut2 untuk belajar dengan guru tersebut.. Seolah2 apa yang terdapat di dalam AQ dan Sunnah x cukup buat kita dan ianya amat bertentangan sekali dengan ayat AQ Surah Al Maidah Ayat 3 ... Jika kita x memahami perkara ini dengan sebaiknya maka kita akan tersesat dengan amalan2 bidaah ...

Ini link untuk download kitab al umm dari Imam Syafie http://putra-dayeuhluhur.blogspot.c...ad-kitab-al-umm-imam-syafii.html#.UwB6ZvmSySo

dan yang ini http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/jilid_1.pdf








... hang pun dah sekepala dgn ufb :D





http://www.youtube.com/watch?v=AiRuWy7H5D8
 
Ulama Syafi’i memiliki kaedah,

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil)” Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (5: 43). Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahwa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Itu artinya asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan. Di tempat lain, Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata,

أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف

“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)” (Fathul Bari, 2: 80).

majlis tahlil ada percampuran antara ibadah umum dan khusus. setiap perbuatan/perkara kena definisikan sama ada ibadah umum atau khusus. lepas tu baru buat hukum mengikut kaedah yang betul. Sekiranya ada perbuatan yang ditegah dalam majlis tahlil, ia ok boleh diperbaiki, adat boleh diubah sehingga selari dengan syariat. Apa yang benar dalam tahlil boleh teruskan.

blh sdr pecahkan amalan2 dlm majlis tahlil kpd ibadah umum & ibadah khusus...

kendian blh sdr senaraikan aper yg tlh ditetapkan syarak bg setiap ibadah khusus itu...

dgn cara tuh kiter blh lihat dgn jls ketetapan syarak yg mana dah dilanggar bg setiap ibadah khusus tersbt...

terima kasih...
 
Last edited:
Tuan jumaat

Kalo tuan yakin perkara tersebut dibolehkan atas hujahan yg diberi maka tuan buat lah tetapi saya lebih suka buat sesuatu tuh berdasarkan nas yg jelas... Jika nabi x buat maka saya x akan buat kerana bagi saya ianya lebih baik dan kita amalkan tanpa rasa was2..

Hadis yg menyatakan akan terdapat perselisihan yg byk maka ikutlah sunnah nabi dan khalifah ar rasyidin dan gigitlah sekuat hati... Saya berpegang akan hadis ini disamping hadis apabila anak adam mati maka segala amalannya terputus kecuali amal jariah,ilmu yg bermenafaat dan doa anak yg soleh... Disamping itu ayat AQ suran an najm 39 spt yg dipegang oleh imam syafie... Atas perkara ini keyakinan saya tetap bacaan AQ secara beramai2 utk si mati tidak perlu dilakukan utk mengelakkan fitnah atau bidaah

Apabila dikata majlis tahlil maka ianya adalah perbuatan yg melibatkan kenduri, bacaan yassin beramai2 pd hari tertentu ... Itu yg difahami dan diketahui oleh semua org... Kalo awak buat tidak seperti itu ianya bukanlah majlis tahlil yg difahami oleh masyarakat umum... So majlis yg awak buat adalah terkeluar dari isu thread ini


Saya rasa ianya cukup utk diperhujahkan kerana tuan tetap dgn pendirian tuan dan saya terap ngan pendirian saya...

Semoga kita dirahmati allah hendaknya






..... apa komen sedara berkenaan kata2 ustaz ini ?





http://www.youtube.com/watch?v=vUKfm3OYAMg
 
blh sdr pecahkan amalan2 dlm majlis tahlil kpd ibadah umum & ibadah khusus...

kendian blh sdr senaraikan aper yg tlh ditetapkan syarak bg setiap ibadah khusus itu...

dgn cara tuh kiter blh lihat dgn jls ketetapan syarak yg mana dah dilanggar bg setiap ibadah khusus tersbt...

terima kasih...

Boleh bantu senaraikan? saya tak reti macamana susunan acara tahlil diadakan.
 
Boleh bantu senaraikan? saya tak reti macamana susunan acara tahlil diadakan.

masalah ler camnih, camner blh sembang pong pang pong pang psl majlis tahlil tp benda mudah mcm tuh pon x tau...

gi masjid atau surau cari naskah yasin yg ader tulis surah yassin, tahlil & doa...

cari kat masjid & surau klu kat rmh takder naskah yassin ler, selalunyer berlambak ajer naskah yasin nih org sedekah kan...

selalunyer naskah yasin yg ader tulis yasin, tahlil & doa akan disertakan kaifiyat [kaedah] bertahlil step-by-step...

aper pon ringkasnyer majlis tahlil akan dimulakan dgn tuan rmh memberikan nama2 kpd siapa bacaan Al-Quran, sedekah & doa tahlil perlu ditujukan...

kendian diikuti dgn bacaan yassin, kaifiyat tahlil & diakhiri dgn doa tahlil...

dlm kaifiyat tahlil ringkasnyer adalah spt berikut...
  1. bacaan surah2 dr juzu' amma...

  2. bbrp ayat dlm surah Al-Baqarah [1-5, 163, 255, 284-285]...

  3. ucapan zikir spt istighfar, tahlil, tasbih, tahmid, dll yg diulang2..

  4. Al-Fatihah...

  5. doa tahlil...
plg akhir sekali jamuan mkn disediakan utk membasahkan tekak yg dah kering slps membaca ayat2 Al-Quran...

ader gak sesetgh imam yg tegas seblm mula membaca yasin kat majlis tahlil beliau akan memberikan peringatan kpd tetamu & tuan rmh...

bhw majlis tahlil nih elok tp jgnlah sedekah & doa kpd si mati terhenti setkt itu shj, habis majlis dah takder dah nak berdoa & bersedekah utk si mati...

so skrg sy anggap sdr dah dpt gambaran serba sedikit ttg aturcara majlis tahlil nih...

nak detail step-by-step bacaan2nyer sila cari naskah yasin spt yg sy nyatakan di atas...

so skrg blh ler sdr pecahkan amalan2 nih kpd ibadah khusus & umum...

kendian berikan ketetapan syarak bg setiap ibadah khusus agar kiter jls maner yg dah dilanggar dlm majlis tersbt...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register