jumatmajid
Super Active Member
- Messages
- 8,074
- Joined
- Jun 5, 2012
- Messages
- 8,074
- Reaction score
- 337
- Points
- 86
Saya rasanya ia dah cukup utk diperbincangkan ... Biarlah warga lain menentukan utk diri masing2 ....
sy pon setuju...
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Saya rasanya ia dah cukup utk diperbincangkan ... Biarlah warga lain menentukan utk diri masing2 ....

Contoh ibadah khusus dalam majlis tahlil = Berzikir beramai-ramai, membaca Quran berjemaah, berdoa, sedekahkan al-fatihah, bacaan yasin kepada jenazah dan lain2.
Semua ini hukum asalnya adalah terlarang termasuk ibadah khusus lain yang tiada dalam majlis tahlil seperti solat, puasa dan zakat. Kecuali ada dalil yang membenarkan maka silakan . Ciri utama ibadah khusus ialah hubungan dengan Allah. Allah menyempitkan segala urusan ibadah untuk mengelakkan kesesatan kecuali yang telah disyariatkan.

Semua ini hukum asalnya adalah terlarang
Kenyataan ini ambik dari mana?
So ... apa hukum majlis tahlil, sunatkah, bidaahkah, makruhkah?

Sesat x sesat bukan saya memutuskan tuan ...Terpulang pada tuan untuk menilaikan sendiri sebab dah banyak kali saya berikan fakta2 tersebut dan saudara citymall pun dah tunjuk kitab2 melayu tersebut dalam thread nih, maklumat pun tuan boleh cari sendiri dalam internet atau bertanya dengan mana2 ulamak melalui facebook atau media2 lain .. so saya x mau nak ulas lagi dah ...
Perkara bidaah nih kadangkala kita nampak ianya cantik dan comey tetapi di sisi Allah ianya tidak sama sekali lantaran tersebut Rasullulah menegah sama sekali perkara bidaah ini ...
Rasullulah dah pesan kepada kita jika nak selamat ikutlah AQ dan Sunnahnya .... Jika Rasullulah x pernah buat dan x pernah berikan apa2 kenyataan berkaitan sesuatu perkara maka jln terbaik kita jgn buat walaupun ada kitab atau individu yang membenarkan perkara tersebut ... Rasullulah x pernah kebal tetapi kita pi belajar ilmu kebal .. Rasullulah x leh terbang tetapi kita pi belajar ilmu terbang... Rasullulah x tau perkara ghaib tetapi ada guru yang tahu ilmu ghaib maka kita pun berebut2 untuk belajar dengan guru tersebut.. Seolah2 apa yang terdapat di dalam AQ dan Sunnah x cukup buat kita dan ianya amat bertentangan sekali dengan ayat AQ Surah Al Maidah Ayat 3 ... Jika kita x memahami perkara ini dengan sebaiknya maka kita akan tersesat dengan amalan2 bidaah ...
Ini link untuk download kitab al umm dari Imam Syafie http://putra-dayeuhluhur.blogspot.c...ad-kitab-al-umm-imam-syafii.html#.UwB6ZvmSySo
dan yang ini http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/jilid_1.pdf
Ulama Syafi’i memiliki kaedah,
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil)” Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (5: 43). Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahwa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Itu artinya asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan. Di tempat lain, Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata,
أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف
“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)” (Fathul Bari, 2: 80).
majlis tahlil ada percampuran antara ibadah umum dan khusus. setiap perbuatan/perkara kena definisikan sama ada ibadah umum atau khusus. lepas tu baru buat hukum mengikut kaedah yang betul. Sekiranya ada perbuatan yang ditegah dalam majlis tahlil, ia ok boleh diperbaiki, adat boleh diubah sehingga selari dengan syariat. Apa yang benar dalam tahlil boleh teruskan.

Tuan jumaat
Kalo tuan yakin perkara tersebut dibolehkan atas hujahan yg diberi maka tuan buat lah tetapi saya lebih suka buat sesuatu tuh berdasarkan nas yg jelas... Jika nabi x buat maka saya x akan buat kerana bagi saya ianya lebih baik dan kita amalkan tanpa rasa was2..
Hadis yg menyatakan akan terdapat perselisihan yg byk maka ikutlah sunnah nabi dan khalifah ar rasyidin dan gigitlah sekuat hati... Saya berpegang akan hadis ini disamping hadis apabila anak adam mati maka segala amalannya terputus kecuali amal jariah,ilmu yg bermenafaat dan doa anak yg soleh... Disamping itu ayat AQ suran an najm 39 spt yg dipegang oleh imam syafie... Atas perkara ini keyakinan saya tetap bacaan AQ secara beramai2 utk si mati tidak perlu dilakukan utk mengelakkan fitnah atau bidaah
Apabila dikata majlis tahlil maka ianya adalah perbuatan yg melibatkan kenduri, bacaan yassin beramai2 pd hari tertentu ... Itu yg difahami dan diketahui oleh semua org... Kalo awak buat tidak seperti itu ianya bukanlah majlis tahlil yg difahami oleh masyarakat umum... So majlis yg awak buat adalah terkeluar dari isu thread ini
Saya rasa ianya cukup utk diperhujahkan kerana tuan tetap dgn pendirian tuan dan saya terap ngan pendirian saya...
Semoga kita dirahmati allah hendaknya

blh sdr pecahkan amalan2 dlm majlis tahlil kpd ibadah umum & ibadah khusus...
kendian blh sdr senaraikan aper yg tlh ditetapkan syarak bg setiap ibadah khusus itu...
dgn cara tuh kiter blh lihat dgn jls ketetapan syarak yg mana dah dilanggar bg setiap ibadah khusus tersbt...
terima kasih...
Boleh bantu senaraikan? saya tak reti macamana susunan acara tahlil diadakan.