BTC USD 83,453.3 Gold USD 4,161.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda yang artinya : “Aku berwasiat kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemerintahan Islam) walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba sahaya dari negeri Habasyah. Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku niscaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan karena semua yang baru dalam agama adalah bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.” HR Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi,Dzahabi dan Hakim, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al jami’ no. 2549

Inilah pesan nabi .... Siapakah kita utk menokok tambah perkara amalan yg telah disempurnakan rasullulah melalui wahyu ... Kalo kita menokok tambah bermakna kita ingkar dengan AQ dan sunnah walaupun sesuatu amalan tuh zahirnya nampak baik

Kita rela ikut kitab2 lama dari rujukan utama kita iaitu AQ dan Sunnah... Kita bermatian mempertahankan amalan2 yg zahirnya baik tetapi termasuk kategori bidaah ... Kita mencari dalil2 yg blh menyokong kita walaupun dah terbukti perbuatan itu tidak pernah dilakukan oleh rasullulah, sahabat dan ahlul bait ... Kita gigit kitab lama tersebut umpama kita gigit sunnah walaupun hanya melayu nusantara ajer yg amalkan perkara ini yg diceduk dari kitab agama hindu ...


Kita mendabik dada mengatakan kitalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah tetapi apakah benar semua amalan kita mengikut sunnah tanpa unsur2 bidaah?
Kita mendabik dada mengatakan kitalah Mazhab Syafie tetapi apakah benar semua amalan yang kita lakukan seperti yang digariskan oleh Imam Syafie???

Atau adakah kita ini hanya pak turut sahaja iaitu menuruti segala amalan2 terdahulu tanpa mengetahui apa2 pun atau x mau ambik tahu atau saja buat2 x tau ...
 
Last edited:
Syaekhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyah dalam Kitab Majmu’ Fatawa jilid 24, berkata: “Orang yang berkata bahwa do’a tidak sampai kepada orang mati dan perbuatan baik, pahalanya tidak sampai kepada orang mati,” mereka itu ahli bid’ah, sebab para ulama’ telah sepakat bahwa mayat mendapat manfa’at dari do’a dan amal shaleh orang yang hidup.
 
Saya minta Nas sahih berkaitan Nabi pernah melakukan atau para sahabat atau ahlul bait berkaitan perkara ini ... tapi sampai sekarang x der .. yang ada hanya hujahan2 untuk membenarkan perbuatan tersebut walaupun para Ulamak tersohor tidak membenarkannya.. yang ada hanya dari kitab2 lama ... Simple ajer soalan saya ... Sila bukakan hati dengan tenang dan tonton video di bawah sampai habis jika kita ingin mencari jalan yang sepatutnya kita lalui... Semoga allah merahmati kita semua...

http://www.youtube.com/watch?v=x_i67BEZHyg
perbincangan 1...

bermula 1.17 penjlsan ttg hadis "setiap bid'ah itu sesat" diberikan oleh Ustaz Abu Yahya Badrusalam...

beliau memberikan cth seorg guru memberikan arahan kpd murid2, "Semua murid harus keluar dr kelas", ini adalah arahan umum yg mesti dipatuhi...

tp sy berikan cth yg digunakan oleh Ustaz Idrus Ramli utk memahami kalimah "setiap" dlm hadis ini, Ustaz Idurs Ramli menggunakan ayat An-Naml, 23...
نِّي وَجَدتُّ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِن كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar.​
aderkah perkataan "setiap" dlm ayat di atas bermaksud secara mutlak, sdh tentu x, krn "setiap" disini blh lg dikhususkan kpd perkara2 tertentu...

skrg jika perkataan "setiap" dlm Al-Quran blh shj dikhususkan kpd keadaan tertentu, naper dlm hadis perkataan yg sama x blh dikhususkan jika ader perkara yg mengkhususkannyer...

jd kembali kpd hadis di atas, aper yg memblhkan kalimah umum itu dikhususkan adalah mmg benar iaitu dgn adernyer bid'ah hasanah...

bid'ah hasanah di sini sama ada dlm dr segi maslahat umum semata2 atau termasuk jg hal2 ibadah akan ditrgkan dlm perbincangan 2...

~~~~~~~~~~~~~~~~

perbincangan 2...

bermula 2.08, Ustaz Abu Yahya Badrusalam menggunakan hujah bhw bid'ah hasanah yg dimaksudkan oleh Imam Syafie adalah dr segi bhw shj bkn dr segi istilah...

bermaksud bid'ah hasanah hanya blh digunakan kpd perkara2 diluar drpd ibadah spt menghimpunkan Al-Quran dlm satu mushaf, azan dgn mic, dll...

hujah yg digunakan utk membidas hujah di atas adalah kater2 Sayidina Umar Al-Khattab RA sendiri...

iaitu beliau mengatakan pembaharuan yg dibwnyer ke atas solat tarawih sbg sebaik2 bid'ah [hasanah]...

jd soalannyer aderkah solat tarawih itu merujuk kpd maslahat mursalah [maslahat umum] atau perkara ibadah, tentu sekali ibadah...

jika demikian, naper beliau mengatakan ia adalah sebaik2 bid'ah [hasanah], aderkah beliau x tau nak bezakan ibadah dgn maslahat umum...

sehingga beliau mengatakan solat tarawih sbg bid'ah hasanah yg merujuk kpd maslahat umum semata???...

x ker beliau menyedari bhw dgn kedudukannyer sbg khalifah & mujtahid mengeluarkan pendpt ttg ibadah ttp menyatakan dr segi bhs semata2 hanya akan menimbulkan kekeliruan di klgan umat???...

jwbannyer sdh tentu beliau menyedari, oleh sbb itu adalah lbh logik jika beliau menungkapkan kata2 itu dr segi ibadah...

krn pandangan beliau bhw perubahan pd solat tarawih itu adalah bid'ah hasanah disokong dgn hadis di bwh...
“Barangsiapa yang memulai dalam Islam perbuatan yang baik, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengerjakannya sesudahnya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa yang memulai dalam Islam perbuatan yang buruk, maka ia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang mengerjakan sesudahnya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (HR Muslim).​
~~~~~~~~~~~~~~~~

sy x membincangkan cth2 yg diberikan oleh Ustaz Abu Yahya Badrusalam krn sdr sendiri hanya ingin memfokus kpd isu majlis tahlil...

di atas sy bincangkan perihal definisi bid'ah krn ia adalah sbb utama mengapa majlis tahlil dikatakan dilrg oleh glgan sdr...
 

bermula 7.07 MAZA menjlskah maksud hadis yg sdr petik dlm post awal sdr spt berikut...

Tuan jumaat

Seperti yg diperkatakan rasullulah maka ianya sedang terjadi

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda yang artinya : “Aku berwasiat kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemerintahan Islam) walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba sahaya dari negeri Habasyah. Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku niscaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan karena semua yang baru dalam agama adalah bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.” HR Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi,Dzahabi dan Hakim, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al jami’ no. 2549

sblm ini sy ader sebutkan secara ringkas ttg al-Urf [adat istiadat msykt setempat yg x menyalahi syarak] sbg sumber hukum...

di sini sy ingin tunjukkan bhw membiarkan perkara yg mgkn menimbulkan gejolak hanya krn ingin mengubah al-urf adalah sebhgian drpd sunnah Nabi Muhammad SAW & para shbt...
“Dari Aisyah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Apakah kamu tidak tahu, bahwa ketika kaummu membangun Ka’bah, tidak sempurna pada asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tidak engkau kembalikan Ka’bah kepada asas Nabi Ibrahim?” Beliau menjawab: “Seandainya bukan karena kaummu baru meninggalkan kekufuran, pasti aku lakukan.” HR al-Bukhari dan Muslim.​
dlm hadis di atas Nabi Muhammad SAW sendiri x meruntuhkan ka'abah & membinanya semula mengikut asas binaan Nabi Ibrahim AS krn ingin menjg al-urf kaum Quraisy ketika itu...

slps zmn Nabi Muhammad SAW & para shbt ka'abah dah bbrp kali runtuh & dibina semula ttp ciri2 asal Quraisy msh dikekalkan...

sehinggalah zmn Khalifah Harun Al-Rasyid dimana beliau ingin membina semula ka'abah dgn berdsrkan asas asal binaan Nabi Ibrahim AS...

tp Imam Malik menasihatkan beliau agar x berbuat demikian krn bimbang kemuliaan Ka'abah akan hilang di hati umat Islam...

jd realitinyer sehingga hari ini ka'abah yg kiter muliakan sbg rumah qjjl SWT msh lg dlm reka bentuk kaum Quraisy & bkn berdsrkan binaan asal Nabi Ibrahim AS...

~~~~~~~~~~~~~

kendian lihat pula cth perbuatan dr Saydina Umar Al-Khattab RA & bbr Imam Hambali...
“Imam Ibnu ‘Aqil berkata dalam kitab al-Funun, “Tidak baik keluar dari tradisi masyarakat, kecuali tradisi yang haram, karena Rasulullah SAW telah membiarkan Ka’bah dan berkata, “Seandainya kaummu tidak baru saja meninggalkan masa-masa Jahiliyah…” Sayyidina Umar berkata: “Seandainya orang-orang tidak akan berkata, Umar menambah al-Qur’an, aku akan menulis ayat rajam di dalamnya.” Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan dua raka’at sebelum maghrib karena masyarakat mengingkarinya. Dalam kitab al-Fushul disebutkan tentang dua raka’at sebelum Maghrib bahwa Imam kami Ahmad bin Hanbal pada awalnya melakukannya, namun kemudian meninggalkannya, dan beliau berkata, “Aku melihat orang-orang tidak mengetahuinya.” Ahmad bin Hanbal juga memakruhkan melakukan qadha’ shalat di mushalla pada waktu dilaksanakan shalat id (hari raya). Beliau berkata, “Saya khawatir orang-orang yang melihatnya akan ikut-ikutan melakukannya.” (Al-Imam Ibn Muflih al-Hanbali, al-Adab al-Syar’iyyah, juz 2, hal. 47).​

~~~~~~~~~~~~

jd kiter lihat suatu perkara yg penting bg umat Islam iaitu ka'abah sendiri yg menjd kiblat umat Islam & tumpuan semasa musim haji...

x diubah utk krn ia x menyalahi syarak serta mengekalkan keharmonian dlm msykt ini benar dgn pepatah arab yg berbunyi...

"tarkul-‘adah ‘adawah (meninggalkan adat istiadat dapat menimbulkan permusuhan)."...

jd soalannyer aderkah dgn mengekalkan majlis tahlil yg x melanggar syarak & mengekalkan keharmonian msykt maka umat Islam di Nusantara melanggar sunnah Nabi Muhammad SAW???...

pd pandangan sy tidak...
 
Last edited:

dah sy respon dlm post awal sy...

menyerupai shj takder masalah, krn jika menyerupai shj dah menyebbkan majlis tahlil menjd bid'ah maka byk lg perkara yg sepatutnyer sdr bid'ahkan...

aderkah sdr nak kater hadis Nabi Muhammad SAW mengajar doa utk jenazah itu serupa dgn ajaran org Hindu & seterusnyer menjdkan ia bid'ah yg sesat???...

aderkah sunnah Nabi Muhammad SAW utk mengebumikan jenazah yg serupa dgn ajaran kristian & seterusnyer menjdkan ia bid'ah yg sesat???

so ringkasnyer aderkah krn amalan dlm majlis tahlil "serupa" dgn amalan2 dlm agama lain, automatik ia menjd perkara bid'ah yg sesat???...

sila respon...

sy x heran pon jika ader persamaan sbb perkara2 spt ini dah pon kerap kali dikaji dlm ilmu perbandingan agama...

rujuk ulasan Zakir Naik dlm hal nih, jika dlm hal aqidah shj sdh ader persamaan, maka x mustahil dlm fiqh pon ader persamaan jg antara Islam & Hindu...

sy kater "persamaan" yer, sy x kater "serupa", jgn slh fhm plak...
  1. SIMILARITIES BETWEEN ISLAM AND HINDUISM

  2. CONCEPT OF GOD IN HINDUISM by Dr. Zakir Naik

  3. Hindu dan Islam Ternyata punya kesamaan ?
sedara blh baca perbandingan Islam dgn aqidah agama2 lain dlm lmn web yg sy berikan...

ader byk rujukan sdr blh baca termasuklah Christianity, Judaism, Buddhism, Sikhism, Zoroastrianism & Atheism

lg pon jika hanya krn persamaan dgn agama lain shj menybbkan majlis tahlil bid'ah, maka brp byk persamaan dlm agama Islam dgn agama lain yg perlu diisytiharkan bid'ah...
  1. org Islam x blh nak kuburkan jenazah krn ader agama lain yg jg menguburkan jenazah mrk...

  2. org Islam x blh nak menggunakan tasbih utk berzikir krn tasbih sami Buddha lg ler besar giler...

  3. org Islam x blh nak berdoa utk kesejahteraan jenazah krn org Hindu jg berdoa utk kesejahteraan jenazah mrk...
mgkn sedara akan kater tiada dalil bg majlis tahlil manakala semua cth di atas ader dalil yg jls...

nnt sy akan jwb sy ader dalil bg setiap satu amalan dlm majlis tahlil kecuali menghimpunkannyer...

kendian sy akan tambah yg sedara jg x ader dalil utk melaksanakan solat tarawih berjemaah selama sebln penuh, tp sedara x nak menjwb soalan ini...
 

fhmi benar maksud Maulana Asri...

bermula 0.20 beliau memberikan penjlsan ttg maksud tahlil, iaitu ucapan "la ila ha illallah", tahlil x bermaksud duduk rmi2 & berzikir rmi2...

ini betul & sy takder masalah, tp aderkah di sini beliau melrg majlis tahlil??? takder kan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~

bermula 6.35 beliau menunjukkan kitab Senjata Tuk Haji dan Tuk Lebai yg dah diberikan sblm nih...

beliau mengatakan bhw inilah kitab rujukan utama bg kaifiyat majlis tahlil...

menurut beliau penulis kitab sendiri x memberikan dalil dr mana asal dtgnyer kaifiyat majlis tahlil tersebut...

bg sy dalil semua amalan dlm majlis tahlil itu dah jls ditrgkan dlm hadis2 umum...

manakala kaifiyat itu pula bkn perkara utama dlm perbincangan isu bid'ah krn kiter semua tahu ia bkn sbhgian dr ibadah...

yg plg utama adalah, penulis kitab sendiri x pernah kater bhw wajib utk mengerjakan majlis tahlil atau wajib utk mengikut kaifiyat yg ditulis oleh beliau...

krn jika penulis berkata demikian sy sendiri akan kater bhw penulis mmg benar mengajar perkara bid'ah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~

seterusnyer sdr perhatikan video di bwh dr Maulauna Asri jg...

http://www.youtube.com/watch?v=dkrwSchf0Ko

bermula 3.00 Maulana Asri mengatakan dibenarkan menerima jemputan utk majlis tahlil...

aper yg slh menurut beliau adalah jika berlbhan dlm memberikan jamuan sehingga sembelih lembu oleh keluarga si mati [suami, isteri & anak2]...

sdgkan dlm hadis diperintahkan kaum kerabat & jiran2 terdkt membantu menyediakan makanan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~

aper yg perlu bg umat Islam di Malaysia adalah panduan dlm melaksanakan majlis tahlil krn ia adalah bid'ah hasanah pd asalnya...

ttp krn kefhman yg kurang byk tercampur perkara2 yg dilrg maka ia menjd dhalalah...

ringkasan bg ulasan sy di atas adalah dibenarkan mengadakan majlis tahlil ttp dgn syarat...

mengharamkan/melrg majlis tahlil secara total bg sy adalah perbuatan yg melampau & keterlaluan...
 
Yang dianjurkan dalam Islam ialah keluarga kaum kerabat dan jiran tetangga
yang menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati dengan makanan yang mengenyangkan sehari.
Bukannya ahli si mati yang menyediakan makanan untuk dijamu kepada orang lain
kerana hal ini menambahkan lagi kedukaan dan kesusahan keluarga si mati.
Kenapa amalan sunnah ini tidak dijadikan budaya masyarakat kita?
 
Tuan Jumaat Yang Dihormati

Kita pergi ke asas dulu...

1. Ayat AQ Surah An Najm 39 (yang merupakan pegangan Imam Syafie)

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan(balasan) apa yang diusahakannya;

2. Hadith Yang menyatakan

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

3. Perbuatan Nabi
Tidak ada

4. Perbuatan Sahabat
Tidak ada

5. Perbuatan Ahlul Bait
Tidak ada

6. Perbuatan Imam2 Muktabar
Pun tidak ada

So bila kita lihat kepada semua perkara ini ... apa lagi yang kita perlu pertahankan??? Apakah kita mahu buat juga disebabkan oleh sebuah kitab Melayu lama ... Kalo pandang dari sudut majoriti pun menampakkan bahawa kita mengamalkan yang minoriti bukan majoriti...

Daripada item 1 hingga 6 kita lihat semuanya selari tetapi tiba2 kita pulak yang terkeluar dari keselarian tersebut ... bukankah ini perlu kita fikirkan dan kaji secara mendalam ...
 
Last edited:
Yang dianjurkan dalam Islam ialah keluarga kaum kerabat dan jiran tetangga
yang menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati dengan makanan yang mengenyangkan sehari.
Bukannya ahli si mati yang menyediakan makanan untuk dijamu kepada orang lain
kerana hal ini menambahkan lagi kedukaan dan kesusahan keluarga si mati.
Kenapa amalan sunnah ini tidak dijadikan budaya masyarakat kita?

Yeah ini yang sepatutnya dilakukan dan diamalkan :D
 
Yang dianjurkan dalam Islam ialah keluarga kaum kerabat dan jiran tetangga
yang menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati dengan makanan yang mengenyangkan sehari.
Bukannya ahli si mati yang menyediakan makanan untuk dijamu kepada orang lain
kerana hal ini menambahkan lagi kedukaan dan kesusahan keluarga si mati.
Kenapa amalan sunnah ini tidak dijadikan budaya masyarakat kita?

Sepatutnya, berkata Syeikh Marbawi dalam Kitab Bahrul Mazi Jilid 7, kata Imam Nawawi dalam syarah al-Muhazzab berkata Imam Syafie dalam Al-UM dan Al-Mukhtasar "sunat bagi kerabat2 dan jiran tetangga memperbuat dan menyediakan makanan bagi anak isteri si mati sekira2 cukup kenyang sehari semalam kerana itulah yang dituntut dan itulah perbuatan ahli kebaikan".

Dalam Kitab Sabilal Muhtadin (kitab tersohor di Nusantara)Arshad al-Banjari;
"Dan sunat membaca barang sedapatnya daripada Quran, maka dibacanya doa bagi isi kubur serta mengadap kiblat dari kerana doa dan baca Quran terlebih harap bagi diperkenankan dan rahmat dan berkat akan si mati. Dan sunat bagi segala isi kampung dan segala keluarganya jikalau jauh sekalipun membawa makanan kepada ahli si mati sekadar cukup siangnya dan malamnya"

"Dan makruh lagi bidaah bagi ahli si mati membuat makanan, kemudian diseru atas manusia memakan akan ia dan demikian lagi makruh lagi bidaah memperkenan akan seruannya."

Dalam Kitab Bughyatul Tulab karangan Syeikh Daud Abdullah Fathoni;
tulab.jpg

"Dan makruh (tidak berpahala) lagi bidaah bagi ahli si mati memperbuat makanan dan menseru segala orang memakan akan makanannya dahulu dari tanam atau kemudian dari tanam seperti talah teradat dan makruh lagi bidaah orang yang memperkenan akan seruan. Dan setengan dari bidaah yang tersangat buruk lagi makruh mengerjakan barang yang dikerjakan oleh kebanyakan manusia kafarah dan wakhsyah dan 7 hari dan 40 dan umpama demikian itu dan tiap2 sesuatu itu jadi haram jika diambil dari sepeninggalan simati yang belum dibahagikan lagi"


Dalam Kitab Mughni Muhtaj Syeikh Shamsuddin Mohd Khatib Sharbini;
mughni.jpg

"Adapun amalan yang disangka berpahala oleh kebanyakan orang iaitu ahli keluarga si mati membuat kenduri arwah, majlis tahlil dan dijamu kepada orang ramai sebenarnya amalan yang demikian itu bidaah dan tiada pahala"

Dalam Kitab I'anatut Tholibin syarah kepada kitab Fathul Mu'in karangan Syed Al-Bakri;
"Dan bidaah yang makruh lagi tiada pahala lagi bidaah yang mungkar akan amalan yang diperbuat oleh kebanyakan manusia menyediakan makanan oleh ahli si mati dan dimakan oleh ia akan orang ramai dan mereka menyangka ada pahala, padahal semua itu adalah bidaah yang ditegah oleh syara'

Dalam Kitab Al-UM karangan Imam Syafie;
" yang aku anjurkan lagi suruh ialah jiran dan kerabat si mati yang menyediakan makanan untuk ahli si mati"

Dalam Kitab Fiqih Sunnah Jilid 1 karangan Syed Sabiq;
"Telah sepakatlah imam2 mazhab akan tegah ahli keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai makan."

Dalam Kitab Zaadul Ma'ad karangan Imam Ibnul Qayyim Jauziyah;
zadulmaad.jpg

"Daripada petunjuk Nabi ahli si mati tidak boleh tanggung apa2 makanan untuk orang lain, padahal orang lain yang kena tanggung makanan dan diberikan kepada ahli si mati. Inilah akhlak yang paling baik"

Dalam Kitab Kitab Fiqh 'Ala Mazahib Arba'ah (kitab fiqh 4 mazhab)Jilid 1;
"Bida'ah yang tiada pahala yang dilakukan oleh kebanyakan orang membilang hari untuk memberi makan kepada orang ramai"

Dalam Kitab Majmu' karangan Imam Nawawi;
"Berkata Imam Syafie, jiran tetangga dan kerabatlah yang sepatutnya buat makanan dan diberi makan kepada ahli si mati."
"Perbuatan ahli simati menyediakan makanan kepada orang lain adalah makruh lagi bidaah kerana ia bukan amalan Nabi dan sahabat dan para imam mazhab."

Dalam Kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umairah karangan Ahmad Bin Ahmad
hasiah.jpg

"Berkata Syeikh Ramli perbuatan yang makruh lagi bida'ah dicela ialah ahli simati menyediakan makanan kemudian diberi makan kepada orang lain seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang ada kematian"

Kepada yang menyangka bahawa amalan tahlil dan kenduri arwah yang biasa dilakukan itu tidak bida'ah atau bida'ah hasanah dan boleh pahala, cuba datangkan 3 kitab mu'tabar yang menjadi dalil yang menyokong amalan ini.
- Nama Kitab
- Nama Pengarang

Silakan.




 
Last edited:
Back
Top
Log in Register