x perlu minta maaf, takder yg slh pon...
tp sy x tau camner nak jwb soalan nih, terlalu umum pd pandangan sy...
"cemana" tuh maksudnyer aper, dr segi definisi & hukumnyer ker, dr segi dalil membenar & melrgnyer ker, dr segi kaifiyatnyer [pelaksanaanyer] ker, ???...
sbb video pertama & kedua membincangkan ttg definisi & hukum...
sbb video ketiga cuber memberikan dalil melrg majlis tahlil...
sbb video keempat sedikit sebyk memberikan kaedah pelaksanaan majlis tahlil & ketiadaan dalil membenarkannyer???...
so cuber buat soalan tuh agar lbh spesifik...
Didalam semua video2 tersebut jika tuan tonton menyentuh ttg tahlil ... semua pendapat menjurus kepada tidak boleh dan ia bertetapan kepada:-
1. Pertama nabi , para sahabat dan ahlul bait x pernah dilakukan
2. Tiada nas yang sahih perkara yang seumpama ini nih boleh dilakukan kecuali kitab lama melayu serta ulamak tertentu menggunakan hadis2 lain yang tidak berkaitan secara qias dengan acara tahlil ini..
3. Semua pendapat ulamak besar dan muktabar menyatakan ianya tidak boleh termasuk Imam Syafie
4. Ianya bertentangan dengan ayat AQ Ayat An Najm 38 - 42 (dasar pendapat imama Syafie) dan Hadis “Jika seseorang meninggal dunia maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara : anak shalih yang mendoakannya , sedekah jariyah dan ilmu yang bermanfaat .” (HR. Muslim)
5. Majlis Tahlil lebih menyerupaikan adat Hindu yang terdapat di dalam kitab2 mereka sedang umat Islam pula hanya Umat Islam Nusantara sahaja yang mengamalkannya Majlis ini bermakna ianya bukan berasal dari Tanah Arab dan acara ini diceduk dari agama Hindu memang x boleh disangkal lagi...
so sekiranya kita ahlul sunannh wal jamaah,kita sendiri x ikut sunnah Rasullulah
sekiranya kita mahzab syafie , kita sendiri pun x ikut pendapat Imam Syafie
so kita ini di mana??? Ramai Ulamak menggunakan qias dalam isu ini iaitu dengan menggunakan hadis yang bukan pada tempatnya demi untuk membenarkan Majlis Tahlil ini dibenarkan dalam syarak dan kadangkala x guna hadis pun ada cukup dengan memberikan pendapat ulamak2 dalam kitab2 lama yang diragui kesahihannya ...
Oleh kerana kita semua dah matang dan mempunyai akal yang waras maka kita semua berfikir ler elok2 berkaitan majlis tahlil ini..
Saya pun dah penat untuk menyatakan perkara ini .. Tugas saya dah selesai terpulang pada korang ler ... Nak buat jugak terpulang pada diri masing2 ... Semoga Allah merahmati kita semua