BTC USD 81,594.5 Gold USD 4,165.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Tuan tgk video tuh dulu .... pastu kita bincang ... :D Tuan fahamkan dulu apa makna bidaah dan apakah yang dimaksudkan dengan bidaah hasannah ... baru senang nak bincang ....

nih maksud bid'ah yg sy fhm...

so skrg aper nak bincang...

sblm bincang jwb dulu soalan yg diberikan dlm post awal...

berkenaan dgn definisi bid'ah hasanah pula, menurut para ulama secara umum ia bermaksud perkara2 yg x menyalahi sunnah, manakala seblknyer pula bg bid'ah dhalalah...

kendian dikhususkan plak, sunnah yg dimaksudkan adalah sunnah yg terglg dlm perkara2 ibadah atau agama shj, ini ditrgkan dgn baik oleh sdr MaelLambung, ini jg sy setujui...

cthnyer sunnah yg x berkaitan dgn ibadah spt naik unta kpd naik keta, pakai jubah kpd pki kot, makan kurma kpd mkn ayam KFC itu semua x termasuk dlm bid'ah agama ttp dr segi bhs semata2...
 
Last edited:
nih maksud bid'ah yg sy fhm...

so skrg aper nak bincang...

sblm bincang jwb dulu soalan yg diberikan dlm post awal...

Tgk dulu video tuh pelan2 jgn terburu2.... :D pastu baru mudah kita nak bincang
 
Tgk dulu video tuh pelan2 jgn terburu2.... :D pastu baru mudah kita nak bincang

dah tgk satu2 video yg diberikan dgn perlhn2 & dgn hati terbuka..

so silakan sedara pilih nak bincang perkara aper sbg permulaan...
 
Amat hairan sekali bila ada golongan bermatian mempertahankan perkara yg nabi x buat .... Siapakah kita yg begitu hebat utk mengabaikan fakta yg menyatakan amalan ini tidak pernah dilakukan pd zaman nabi n sahabat... Kita terus menerus mencari dalil utk membenarkan amalan tersebut ... Zaman dulu maklumat terlalu terhad maka x hairan lah org akan ikut tanpa byk soal...dan berbeza waktu srkg yg maklumat tiada sempadan ...
Korang cari ler dalil apa pun ... Kitab apa pun ... Persoalan yg perlu difikirkan tetap kpd contoh perbuatan nabi atau perkataan nabi :D itulah sebaik2 amalan yg allah wahyukan kpd rasullulah utk umat islam


Sdr jejantas bertalu-talu tanya soalan ni, tapi tiada siapa yang respon. Jadi saya cuba respon.

Ada sebahagian kalangan ulama berpegang, kalau nabi buat baru kita buat dan kalau nabi tak buat, kita jangan buat..

Ada sebahagia ulama berpegang, walau nabi tak buat tapi ada dalilnya walau secara umum, maka kita boleh buat..

Sebabnya ini semua ada contohnya diantaranya seperti isu tahlil ini.

Tahlil ini memang nabi tak pernah buat dan tiada dalil mengatakan nabi pernah buat.
Tapi berdasarkan dalil umum yang dibawa oleh jumatmajid, dan dikiaskan kepada amalan yang lain maka ia diperbolehkan .

Contoh:
1)Bab puasa dahr(bukan puasa wisal), nabi tak pernah buat, tapi ada dalil juga shahih dan diamalkan oleh beberapa sahabat, maka jumhur mazhab spt maliki, syafi'e dan hambali mengatakan ia adalah sunnah walau nabi tak pernah buat. Hanafi memakruhkan.

2)Bab doa selepas solat fardu, tidak ada satu hadis pun mengatakan nabi berdoa selepas solat fardhu, itu sebab kalau wahabi tulin, mereka tidak doa.
Tapi ada dalil umum yang mengatakan masa afdhal berdoa ialah selepas solat, jadi as-syafi'e dan sebahagian ulamak mensunnah doa selepas solat fardhu

Dan banyak lagi perkara yang nabi tak buat tapi berdasarkan dalil umum maka ada mazhab mensunnahkan.

Dan ada juga perkara yang nabi buat tapi para sahabat tidak buat.
Contoh; memacak pelepah tamar dikuburan sedangkan nabi buat. Dan lain lagi

Kalau manusia semua sependapat maka pasti Muawiyyah dan Ali tak berperang.
Kalau manusia semua sependapat maka pasti tiada mazhab maliki, syafi'e, hambali, hanafi dan daud dzahirin.

Contoh mudah pertikaian imam mazhab,
Imam syafi'e berpendapat: Semua makanan halal kecuali ada dalil haram.
Imam Hanafi berpendapat: Semua makanan haram kecuali ada dalil.

Siapalah kita untuk mempertikaikan imam-imam mazhab kecuali kalau ada antara kita memang berilmu.

Jadi berpeganglah apa yang saudara paham tapi biarlah ada dalil dan hujjah.

Jangan ikut cara ayah pin sudah

Jadi kita berlapang dada.

Saya rasa tak perlu copy paste hadis sebab rasanya semua pakar-pakar hadis.

Walaubagaimana pun saya hanya askar kecil je.
bukan kata ustaz, ulama pun tak sependapat, ni pulak askar2 kecil kecilan kat bawah2 macam kita ni..

Yang baik dari Allah, yang salah dari kejahilan saya.
 
Last edited:

Kaifiat tahlil hanya bersumber dari kitab ini dan tiada dalam kitab lain. Kitab ini diajar dipondok sekitar nusantara. itu sebab diluar nusantara tiada tahlilan



Ini ialah tuan guru yang menulis kitab diatas




Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili


Mandaliling merupakan tempat terbit banyaknya ulama-ulama yang hebat dan handal, diantara ulama tersebut adalah Syeikh Abdul Qadir bin Tolib ulama besar yang terkenal di Makkah dan di semenanjung melayu, Ada di kalangan kita yang tidak mengetahui dari kalangan ulama Mandailing yang bernama Abdul Qadir



Yang sangat terkenal di Makkah adalah tuan guru Syeikh Abdul Qadir bin Sobir al-Mandili yang pernah mengajar di Masjid haram Makkah, beliau adalah guru dari seluruh ulama besar Nusantara, diantara murid beliau Syeikh Musthafa Husein al-Mandili ( pendiri Musthafawiyah tahun 1912 M), Syeikh Abdul Halim bin Ahmad Khathib al-Mandili, Syeikh Abdurrahim Perak, Syeikh al-Habib Abdullah Mufti Syafi`iyyah Perak Ipoh, Syeikh Muhammad Ali Kuala kangsar, Syeikh Zainuddin Bila, Syeikh Zainuddin al-Palembani, Syeikh Muhammad Ja`far Abdul Wahab, Syeikh Hasan Maksum Medan Deli, Syeikh Daud bin Mahmud al-Jawi, Syeikh Abdul Lathif Mantu`, Syeikh Utsman Tegal, Syeikh Muhammad Husein al-Palembani al-Makki, Syeikh Muhsin al-Musawa al-Palimbani al-Makki, Syeikh Sleh bin Muhammad Idris al-Kelantani al-Makki dan yang lain-lainnya.

Sementara Syeikh Abdul Qadir yang sangat terkenal di Malaysia adalah Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili.


Kelahiran dan asal usul beliau

Syeikh Saya Buya Ibrahim Zannun al Mandaili berkata : Syeikh Abdul Qadir bin Tolib dilahirkan di desa Sigalapang di daearah Penyabungan Kabupaten Mandailing Natal Sumatra Utara Indonesia, sementara Syeikh Abdu Qadir bin Sobir al-Mandili di lahirkan di Huta Siantar Penyabungan Mandailing Sumatra Utara.

Syeikh Abdul Qadir bin Tolib di lahirkan pada tahun 1329 Hijriyah, masa kanak-kanak dihabiskan di kampung halamannya, ketika itu beliau layaknya seperti anak-anak mandailing yang sibuk dengan mengaji al-Qur`an dan belajar agama islam, Mandailing mrupakan basis islam yang kuat dan patuh dengan agama sehingga mempengaruhi kejiwaan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.

Merantau ke Malaysia

Merantau ke Malaysia bukan hanya banyak terdapat pada zaman sekarang ini, bahkan sejak zaman dahulu penduduk Sumatra sudah banyak yang merantau dan berhijrah ke negeri Malaysia, diantara salah satu sebab banyaknya penduduk Sumatra yang berhijrah ke Malaysia adalah karena penduduk Pulau Sumatra berkependudukan melayu, dari kerajaan Langkat sampai kerajaan Palembang adalah kerajaan melayu dan berbahasa melayu, dahulu orang-orang melayu Sumatra sangat memiliki hubungan kuat dan erat dengan orang melayu Malaysia sebab itulah perpindahan dan berhijrah banyak terjadi, bahkan hubungan perkawinan pun banyak terjadi.

Diantara penduduk pulau Sumatra yang banyak juga berhijarah ke negeri Malaysia adalah orang-orang Mandailing, sebahagian meraka ada yang ingin mencari penghidupan, sebahagiannya lagi ingin mencari ilmu agama, keberanian warga Mandailing yang meninggalkan kampung halamannya untuk mencari ilmu membuahkan hasil yang cukup membanggakan, sehingga Mandaling banyak melahirkan ulama-ulama besar dan para intelektual yang handal.

Ketika usia Syeikh Abdul Qadir menanjak dewasa beliau berhijrah menuju Malaysia, di Malaysia beliau belajar agama dari ulama-ulama besar negeri Kedah, beliau begitu giat sekali mencari ilmu, demikian juga ketekunannya dalam beribadah.


Berhijrah ke Makkah

Pada tahun 1355 hijriyah Syeikh Abdul Qadir berangkat menuju Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan manasik haji, setelah menunaikan haji Fardhu beliau berniat untuk bermukim di Makkah al-Mukarramah agar dapat belajar dengan ulama-ulama besar yang berada di Makkah, pada masa dulu Makkah masih sebagai pusat pengajian para ulama- ulama Nusantara, sehingga banyak diantara pemuda-pemuda di Nusantara yang ingin menghabiskan masa mudanya di Makkah untuk menuntut ilmu, pengajianpengajian agama begitu berkembang pada saat itu, halaqah-halaqah pengajian di penuhi oleh para pelajar.

Syeikh Abdul Qadir tidak mau ketinggalan untuk menuntut ilmu juga di Makkah, dengan tekad yang bulat beliau menghadiri dari berbagai macam pengajian, dari mulai Tauhid, Tasauf, Fiqih, Hadis dan yang lainnya, tetapi perhatian beliau kepada ilmu tasauf sangat besar sekali, sehingga beliau berusaha untuk belajar dan menerapkannya didalam kehidupannya sehari-hari.

Diantara guru-guru beliau di Makkah adalah Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Umar Hamdan Mahrusi, Syeikh Hasan bin Muhammad Masyat, Syeikh Ismail al-Fathoni dan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.


Pengajian beliau di Makkah

Setelah para ulama Makkah melihat kemampuan dan keilmuan Syeikh Abdul Qadir, maka beliau pun di beri izin untuk mengajar di masjid haram Makkah, beliau berusa untuk dapat memberikan pemahaman yang mudah kepada par murid-muridnya, hampir disiflin ilmu beliau ajar di Masjid al-Haram, dari muali Nahu, Sorof, Hadis, Musthalah Hadis, Tafsir, Fiqih Syafi`i dan lainnya.

Murid-murid beliau tidak pernah sunyi, halaqah beliau senantiasa di penuhi, tidak pernah kurang dari dua ratus pelajar, beliau mampu menarik perhatian para pelajar dengan keilmuan danke ahliannya, para pelajar sangat senang sekali dengan cara mengajar beliau, sehingga mudah untuk di fahami, beliau salah satu ulama Nusantara yang tidak lahir di Makkah tetapi mengajar di Masjid al-Haram Makkah.

Wafatnya Syeikh Abdul Qadir

Pada tanggal 20 Rabi`ul Awwal tahun 1385 hijriyah Syeikh Abdul Qadir bin Tholib menghembuskan nafasnya terakhir untuk bertemu dengan Allah s.w.t., setelah mengalami penyakit yang beliau derita, masyarakat Makkah sangat berduka cita dengan kewafatan beliau, para pelajar sangat kehilangan ulama panutan mereka, isak tangis menyelubungi kewafatan seorang ulama yang alim, banyaknya para pelayat dan pensolat menunjukkan betapa besarnya kecintaan mereka kepada Syeikh Abdul Qadir a-Manidili, beliau di kuburkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah.
 
Sdr jejantas bertalu-talu tanya soalan ni, tapi tiada siapa yang respon. Jadi saya cuba respon.

Ada sebahagian kalangan ulama berpegang, kalau nabi buat baru kita buat dan kalau nabi tak buat, kita jangan buat..

Ada sebahagia ulama berpegang, walau nabi tak buat tapi ada dalilnya walau secara umum, maka kita boleh buat..

Sebabnya ini semua ada contohnya diantaranya seperti isu tahlil ini.

Tahlil ini memang nabi tak pernah buat dan tiada dalil mengatakan nabi pernah buat.
Tapi berdasarkan dalil umum yang dibawa oleh jumatmajid, dan dikiaskan kepada amalan yang lain maka ia diperbolehkan .

Contoh:
1)Bab puasa dahr(bukan puasa wisal), nabi tak pernah buat, tapi ada dalil juga shahih dan diamalkan oleh beberapa sahabat, maka jumhur mazhab spt maliki, syafi'e dan hambali mengatakan ia adalah sunnah walau nabi tak pernah buat. Hanafi memakruhkan.

2)Bab doa selepas solat fardu, tidak ada satu hadis pun mengatakan nabi berdoa selepas solat fardhu, itu sebab kalau wahabi tulin, mereka tidak doa.
Tapi ada dalil umum yang mengatakan masa afdhal berdoa ialah selepas solat, jadi as-syafi'e dan sebahagian ulamak mensunnah doa selepas solat fardhu

Dan banyak lagi perkara yang nabi tak buat tapi berdasarkan dalil umum maka ada mazhab mensunnahkan.

Dan ada juga perkara yang nabi buat tapi para sahabat tidak buat.
Contoh; memacak pelepah tamar dikuburan sedangkan nabi buat. Dan lain lagi

Kalau manusia semua sependapat maka pasti Muawiyyah dan Ali tak berperang.
Kalau manusia semua sependapat maka pasti tiada mazhab maliki, syafi'e, hambali, hanafi dan daud dzahirin.

Contoh mudah pertikaian imam mazhab,
Imam syafi'e berpendapat: Semua makanan halal kecuali ada dalil haram.
Imam Hanafi berpendapat: Semua makanan haram kecuali ada dalil.

Siapalah kita untuk mempertikaikan imam-imam mazhab kecuali kalau ada antara kita memang berilmu.

Jadi berpeganglah apa yang saudara paham tapi biarlah ada dalil dan hujjah.

Jangan ikut cara ayah pin sudah

Jadi kita berlapang dada.

Saya rasa tak perlu copy paste hadis sebab rasanya semua pakar-pakar hadis.

Walaubagaimana pun saya hanya askar kecil je.


Yang baik dari Allah, yang salah dari kejahilan saya.

terima kasih sedara krn berusaha memberikan penjlsan...

sy pon askar yg kecil gak, sbb tuh sy kat sini bkn nak menang hujah seterusnyer kater pendpt sy betul...

sy cumer nak memahami aper yg dimaksudkan dgn hadis "setiap bid'ah itu sesat" itu shj...

jika pendirian sy selama ini slh maka perlu utk sy membuat pertimbanan semula...

tp setkt ini nampaknyer pendirian sy msh x berubah lg, krn spt yg sedara kater semuanyer ader asas dr Al-Quran & hadis...

selain itu penting jg bg sy utk x menuduh sesaper pon sesat apabila perkara yg dibincangkan adalah masalah khilafiah...
 
Last edited:
Ikut jer ulama2, tok2 alim, tok2 guru, ustaz2
dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah.
kalau kebanyakan mereka buat kita ikut.
Kalau mereka tak buat kita jangan buat.
Itu maknanya kita ikut Quran dan Hadis.

Jangan ikut Quran dan Hadis berdasarkan aqal dan nafsu semata2.
Kita boleh terpesong jauh dari jalan yang benar.

Kitab Senjata Tok Haji & Tok Wali sangat bagus untuk dibaca dan diamalkan.
Kalau boleh berguru lagi bagus.

 
Last edited:
jejantas..dr video yg ko bg tu..nampaknya ko bkeras dgn pdapat ulama2 tu..tanpa ko sdari ko bsama mereka..ko x habis2 dgn hadis sahih..apakah yg datang padamu hadis daif?maka ttolak?ulama dulu bukan sesat tp ulama yg ko dtgkan itu lah yg mbuatkan org tsesat..membidaahkan amalan hasanah.mane ko tau ahlibait x buat..jk aku nyatakan kt sini..ko akan tolak..ulama yg ko pegang tu..serban pun x pakai..duk canang pgikut assunnah sjati..
 
apa yg ko nak nyatakan sbenarnya disini?engkau bukan mencari kebenaran.apakah sgalatpbuatan nabi bukan agama?agama pada ibadah je?lain2 dunia?ulama ko tu..mensukukan..ibadah2,dunia2.jk ulama yg ko hadirkan benar2 dalam agama..tgk dia cedok kuah dgn sudu..guna tgn kanan ke tgn kiri..kalau yg tu pun x lepas..xyah pakai la ilmu dia..nk kenal brg asli kene uji..
 
Back
Top
Log in Register