BTC USD 81,525.6 Gold USD 4,168.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

biasa orang berhujah dengan

law kaana khairan maa sabaquunaa ilaihi

dengan memberi maksud

“Seandainya sesuatu perkara itu baik, tentu mereka, para sahabat akan mendahului kita dalam melakukannya”

tetapi sedarkah saudara perkataan yang sama diguna pakai oleh orang-orang kafir kepada orang-orang beriman

Firman Allah swt
a011-e435b5d5c37696c175d1272621a395ba.png


“Dan orang-orang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman: “Kalau sekiranya di (Al-Qur’an) adalah suatu yang baik, tentulah mereka tiada mendahului kami (beriman) kepadanya. Dan karena mereka tidak mendapat petunjuk dengannya maka mereka akan berkata: “Ini adalah dusta yang lama”. (Surah al Ahqaaf 46:11)

mesti tertanya-tanya tentang penggunaan ibn katsir

Ibn Katsir menggunakannya ketika menjelaskan tentang ayat dari surah An-Najm iaitu ayat 38 dan 39. Iaitu mengenai persoalan khilafiyyah sampai atau tidak kiriman pahala kepada simati

Ibn Katsir tidak memaksudkan semua hal kebaikan pastilah telah dilakukan oleh sahabat atau semua yang tidak pernah dilakukan oleh para Sahabat pastilah perkara buruk.
 
Fatwa Ibnu Taimiyyah mengenai Tahlil

%D8%A7%D8%A8%D9%86+%D8%AA%D9%8A%D9%85%D9%8A%D8%A9+10.JPG


Dan ditanyai (Ibnu Taimiyyah) mengenai (hadits): "bertahlil 70,000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka", adakah hadits tersebut shohih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?

Maka dijawab (oleh Ibnu Taimiyyah) Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70,000 kali atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan hadits tersebut tidaklah shohih dan tidak juga dhoif (yakni tidak tsabit kedudukan hadits tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allahlah yang Maha Mengetahui.
 
Thawus al-Yamani adalah seorang tabi`in terkemuka dari kalangan ahli Yaman. Beliau bertemu dan belajar dengan 50 - 70 orang sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Thawus menyatakan bahawa orang-orang mati difitnah atau diuji atau disoal dalam kubur-kubur mereka selama 7 hari, maka adalah mereka menyukai untuk diberikan makanan sebagai sedekah bagi pihak si mati sepanjang tempoh tersebut.

Hadis Thawus ini dikategorikan oleh para ulama kita sebagai mursal marfu' yang sahih. Ianya mursal marfu' kerana hanya terhenti kepada Thawus tanpa diberitahu siapa rawinya daripada kalangan sahabi dan seterusnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. Tetapi oleh kerana ianya melibatkan perkara barzakhiyyah yang tidak diketahui selain melalui wahyu maka dirafa'kanlah sanadnya kepada Junjungan Nabi s.a.w.

Para ulama menyatakan bahawa hadis mursal marfu' ini boleh dijadikan hujjah secara mutlak dalam 3 mazhab sunni (Hanafi, Maliki dan Hanbali, manakala dalam mazhab kita asy-Syafi`i ianya dijadikan hujjah jika mempunyai penyokong (selain daripada mursal Ibnu Mutsayyib).

Dalam konteks hadis Thawus ini, ia mempunyai sekurang-kurangnya 2 penyokong, iaitu hadis 'Ubaid dan hadis Mujahid. Oleh itu, para ulama kita menjadikannya hujjah untuk amalan yang biasa diamalkan oleh orang kita di rantau sini, iaitu apabila ada kematian maka dibuatlah kenduri selama 7 hari di mana makanan dihidangkan dengan tujuan bersedekah bagi pihak si mati.

Hadis Thawus ini dibahas oleh Imam Ibnu Hajar dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah" jilid 2 mukasurat 30. Imam besar kita ini, Syaikh Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami as-Sa'di al-Anshari ditanya dengan satu pertanyaan berhubung sama ada pendapat ulama yang mengatakan bahawa orang mati itu difitnah/diuji atau disoal 7 hari dalam kubur mereka mempunyai asal pada syarak.

Imam Ibnu Hajar menjawab bahawa pendapat tersebut mempunyai asal yang kukuh (ashlun ashilun) dalam syarak di mana sejumlah ulama telah meriwayatkan

1) daripada Thawus dengan sanad yang shahih dan

2) daripada 'Ubaid bin 'Umair, dengan sanad yang berhujjah dengannya Ibnu 'Abdul Bar, yang merupakan seorang yang lebih besar daripada Thawus maqamnya dari kalangan tabi`in, bahkan ada qil yang menyatakan bahawa 'Ubaid bin 'Umair ini adalah seorang sahabat kerana beliau dilahirkan dalam zaman Nabi s.a.w. dan hidup pada sebahagian zaman Sayyidina 'Umar di Makkah; dan

3) daripada Mujahid.

Dan hukum 3 riwayat ini adalah hukum hadis mursal marfu' kerana persoalan yang diperkatakan itu (yakni berhubung orang mati difitnah 7 hari) adalah perkara ghaib yang tiada boleh diketahui melalui pendapat akal. Apabila perkara sebegini datangnya daripada tabi`i ianya dihukumkan mursal marfu' kepada Junjungan Nabi s.a.w. sebagaimana dijelaskan oleh para imam hadits.

Hadits Mursal adalah boleh dijadikan hujjah di sisi imam yang tiga (yakni Hanafi, Maliki dan Hanbali) dan juga di sisi kita (yakni Syafi`i) apabila ianya disokong oleh riwayat lain. Dan telah disokong Mursal Thawus dengan 2 lagi mursal yang lain (iaitu Mursal 'Ubaid dan Mursal Mujahid), bahkan jika kita berpendapat bahawa sabit 'Ubaid itu seorang sahabat nescaya bersambunglah riwayatnya dengan Junjungan Nabi s.a.w.

Selanjutnya Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa telah sah riwayat daripada Thawus bahawasanya "mereka menyukai/memustahabkan untuk diberi makan bagi pihak si mati selama tempoh 7 hari tersebut."

Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa "mereka" di sini mempunyai 2 pengertian di sisi ahli hadis dan usul. Pengertian pertama ialah "mereka" adalah "umat pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. di mana mereka melakukannya dengan diketahui dan dipersetujui oleh Junjungan Nabi s.a.w."; manakala pengertian kedua pula ialah "mereka" bermaksud "para sahabat sahaja tanpa dilanjutkan kepada Junjungan Nabi s.a.w." (yakni hanya dilakukan oleh para sahabat sahaja).

Ikhwah jadi kita dimaklumkan bahawa setidak-tidaknya amalan "ith'aam" ini dilakukan oleh para sahabat, jika tidak semuanya maka sebahagian daripada mereka. Bahkan Imam ar-Rafi`i menyatakan bahawa amalan ini masyhur di kalangan para sahabat tanpa diingkari.

Amalan memberi makan atau sedekah kematian selama 7 hari mempunyai nas yang kukuh dan merupakan amalan yang dianjurkan oleh generasi awal Islam lagi, jika tidak semua sekurang-kurangnya sebahagian generasi awal daripada kalangan sahabi dan tabi`in. Oleh itu, bagaimana dikatakan ianya tidak mempunyai sandaran.

Imam as-Sayuthi juga telah membahaskan perkara ini dengan lebih panjang lebar lagi dalam kitabnya "al-Hawi lil Fatawi" juzuk 2 di bawah bab yang dinamakannya "Thulu' ats-Tsarayaa bi idhzhaari maa kaana khafayaa" di mana antara kesimpulan yang dirumusnya pada mukasurat 194:-

• Sesungguhnya sunnat memberi makan 7 hari. Telah sampai kepadaku (yakni Imam as-Sayuthi) bahawasanya amalan ini berkekalan diamalkan sehingga sekarang (yakni zaman Imam as-Sayuthi) di Makkah dan Madinah. Maka zahirnya amalan ini tidak pernah ditinggalkan sejak masa para sahabat sehingga sekarang, dan generasi yang datang kemudian telah mengambilnya daripada generasi terdahulu sehingga ke generasi awal Islam lagi (ash-shadrul awwal). Dan aku telah melihat kitab-kitab sejarah sewaktu membicarakan biografi para imam banyak menyebut: " dan telah berhenti/berdiri manusia atas kuburnya selama 7 hari di mana mereka membacakan al-Quran".

• Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu 'Asaakir dalam kitabnya yang berjodol "Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma nusiba ilal Imam Abil Hasan al-'Asy'ariy" bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin 'Abdul Qawi al-Mashishi berkata: "Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam."

"ith`aam" ini boleh mengambil apa jua bentuk. Tidak semestinya dengan berkenduri seperti yang lazim diamalkan orang kita. Jika dibuat kenduri seperti itu, tidaklah menjadi kesalahan atau bid`ah, asalkan pekerjaannya betul dengan kehendak syarak.

Dalam kaedah Imam Syafi'e dalam mengistinbatkan hukum, hadits mursal (iaitu hadits yang terhenti pada Tabi'i, tidak berantai sanadnya kepada Rasul saw melalui seorang sahabi) yang diriwayatkan oleh Said bin Musayyab dikendalikan sebagai hadits yang shahih (jika shahih dengan penelitian atau syarat lain) kerana bapa mertuanya adalah Abu Hurairah ra lalu dia diihtimalkan dengan pasti bahawa dia boleh dipercaya menerimanya dari sahabi dan dari itu bersambung sanadnya kepada Rasul saw
 
Last edited:
Berkenaan Hadis Jarir

Hadis Jarir yang membawa maksud "Kami mengira orang berhimpun kepada ahli keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengkebumiannya adalah daripada ratapan (an-niyahah)." Hadis ini menjadi hujjah bagi meng"haram" atau me"makruh" membuat kenduri arwah kematian selepas matinya seseorang. Adakah ini pemahaman yang difahami oleh para ulama kita ?

Tuan Guru Haji Ahmad al-Fusani (1902 - 1996) memberi penjelasan dalam kitabnya "Khulasah al-Mardhiyyah fi Masail al-Khilafiyyah" antara lain menyatakan bahawa kalimah "minan-niyahah" dalam hadis tersebut ditanggung maknanya sebagai "min asbabin niyahah" iaitu "setengah daripada sebab ditakutkan jadi niyahah.

Maka bukanlah diri berhimpun dan buat makan itu niyahah sungguh kerana jikalau niyahah sungguh tentulah ulama kata haram kerana tiada ada niyahah yang makruh sama sekali" (yakni jika semata-mata berhimpun dan berjamu itu termasuk ratapan, maka sudah tentu ulama akan terus menghukumnya haram dan bukan makruh kerana tidak ada niyahah yang hukumnya makruh.

Jadi dihukumkan bid`ah makruhah kerana boleh jadi sebab bagi ratapan atau boleh membawa kepada ratapan, jadi kalau ikut kaedah ushul ini yang menjadi 'illah bagi dihukumkan bid`ah makruhah tersebut, jika 'illah ini hilang maka hukumnya juga turut berubah). Soalnya, adakah kenduri arwah yang orang kita buat bersifat sedemikian ? Adakah kenduri kita menjurus kepada ratapan ?
 
Ini yang saya ambil dari e fatwa

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-hukum-hukum-sembahyang-bab-wuduk-kenduri-dan-menunggu-kubur


Tarikh Keputusan:
30 Aug, 1958
Huraian Tajuk/Isu:

Undang-Undang Majlis Ugama Dan Istiadat Melayu Dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi No 1 Tahun 1953. Persiaran fatwa masalah syariah Oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu.

Bahawa mengikut bab 43(3) daripada Undang-Undang Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Undang-undang no 1 tahun 1953, Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan menetapkan supaya di siar Fatwa-fatwa bagaimana di bawah ini:

Soalan 1:
Apakah hukum sembahyang di atas kapal terbang adakah sah atau tidak?

Jawapan :
Sah apabila cukup syarat-syaratnya Nasnya bagaimana difaham daripada hadith al-Bukhari riwayat Imran bin Hasin:

قال كانت بي بواسير فساءلت النبى صلى الله عليه وسلم من الصلاة فقال صل قائما فان لم تستطع فقاعدا فان لم تستطع فعلى جنب " زاد النسائى فان لم تستطع فمستلقيا انتهى – ومقتض هذه العبارة اذا استطاع ان يصلى مستلقيا على ركبتيه وان كان على الطيارة يجوز ان يصلى متوجهى الى الكعبة كما صرح بعض الفقهاء ونقله الحلبى عن الاسنو وايضا في شرح البهجة فى الجزء الاول صحيفة 287 وهو قول ناشري قال ولو امكنه ان يصلى الى القبلة قائما وجب ان يصلى الى القبلة مع القعود. الخ :


Soalan 2.
Seorang sedang berada di dalam air sembahyang ( متوضىء) kemudian bersentuh dengan kulit jari perempuan yang halal nikah dengannya yang telah terpotong dari anggotanya dengan tidak berlapik adakah batal air sembahyang si lelaki itu atau tidak?

Jawapan :
Tidak batal bagaimana Nasnya di dalam Asna Mathalib (اسنى المطلب ) dan Iqna’ اقناع ) ) dan Sabili al-Muhtadi ( سبيل المهتدى ).

Soalan 3.
Apakah hukum membuat jamuan kerana seorang mati dengan tidak diniatkan kenduri bahkan menjadi satu adat di atas satu-satu kampung?

Jawapan :
Boleh kerana diharapkan dapat pahala padanya.


Soalan 4
Di suatu kampung ada setengah daripada golongan mereka yang berhartaapabila mati ia, warisnya biasa mengupah pak lebai menunggu kuburnya hingga kepada 40 hari dan 40 malam perbuatan semacam ini adakah di suruh oleh Ugama atau tidak dan adakah perintah sahabat-sahabat nabi pada masa dahulu berbuat demikian?

Jawapan :
Tunggu kubur itu suatu perkara yang dihitungkan perbuatan yang diperkenankan oleh Salafu al-Soleh jika sempurna segala adab-adab dan syaratnya.



Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
5 Feb, 1959
Nombor Rujukan:
(K . 996 / 56 / 40. A)
Akta/Enakmen:
Vol. X11.No. 27
 
Menghalang Pembid’ahan Dan Penghinaan Kepada Amalan-Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengeluaran-fatwa-bagi-menghalang-pembid-ahan-dan-penghinaan-kepada-amalan-amalan-ahl-7
Tarikh Keputusan:
5 Mar, 2012
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 2 / 2012 yang telah bersidang pada Mac 2012 telah membincangkan mengenai Menghalang Pembid’ahan Dan Penghinaan Kepada Amalan-Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :-


Mesyuarat bersetuju untuk pengeluaran fatwa bagi menghalang pembid’ahan dan penghinaan kepada amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Amalan-amalan tersebut merupakan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi termasuk di dalam perkara khilafiyyah di sisi ulama dan fuqaha dan seterusnya semua pihak berlapang dada.

Amalan-amalan ini juga boleh menyuburkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah s.a.w., al-Quran, Sunnah, kebaikan serta perpaduan di dalam masyarakat.

Amalan-amalan tersebut adalah :

a. Talqin.
b. Membaca al-Quran di atas kubur.
c. Tahlil.
d. Kenduri arwah.
e. Amalan menghadiahkan pahala kepada si mati melalui bacaan al-Quran, jamuan makan dan sebagainya.

f. Bacaan doa dan diaminkan oleh para jamaah secara beramai-ramai sama ada selepas solat atau di lain-lain waktu dan upacara.
g.Tawassul.
h. Berzikir secara beramai-ramai.
j. Membaca surah Yaasin beramai-ramai pada malam Jumaat atau pada mana-mana majlis upacara sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulid al-Rasul dan sambutan Isra’ Mikraj.
k. Sembahyang tarawih 20 rakaat.
l. Sembahyang hajat secara berjamaah.
n. Sapu muka selepas memberi salam.
m.Dua kali azan pada hari Jumaat.
o. Doa akhir dan awal tahun Hijrah.
 
Tarikh Keputusan:
2 Feb, 2002
Keputusan:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Februari 2002 memutuskan:

Bertahlil khusus kerana sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh umat Islam hari ini adalah amalan yang tidak pernah sabit seperti itu dari Rasulullah SAW akan tetapi membaca Al-Quran seperti yang terdapat di dalam amalan tahlil untuk diri sendiri sama ada orang perseorangan atau beramai-ramai serta zikrul Allah (tahlil) adalah amalan sunat, adapun doa di akhir tahlil yang berkenaan kepada si mati adalah sunat malah digalakkan

Manakala surah Yasin dan tahlil secara beramai-ramai bagi tujuan tertentu tidak ada keterangan yang kuat

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kedudukan-amalan-bertahlil

Fatwa dari Negeri Perlis sendiri tidak menyesat dan mengharamkannya
 
Back
Top
Log in Register