BTC USD 80,830.8 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

semoga bermanfaat.

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Thaahir Al-
Faqiih dan Abu Sa’iid bin Abi ‘Amru, mereka berdua
berkata : Telah menceritakan kepada kami Abul-‘Abbaas
Al-Asham : Telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin ‘Ubaid Al-Munaadiy : Telah menceritakan kepada
kami Syabaabah : Telah menceritakan kepada kami
Hisyaam bin Al-Ghaar, dari Naafi, dari Ibnu ‘Umar, ia
berkata : “ Setiap bid’ah adalah sesat, meskipun orang-
orang memandangnya sebagai satu kebaikan (bid'ah
hasanah)
[Diriwayatkan oleh Al-Baihaqiy dalam Al-
Madkhal no. 19; sanadnya hasan].

abul-jauzaa.blogspot.com/2012/07/memahami-bidah-hasanah-ibnu-umar.html?m=1

Imam Syafi'i rahimahullah dalam kitab al-Umm berkata:
"...dan aku membenci al-ma'tam, yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat) walaupun tanpa tangisan, karena hal tersebut hanya akanmenimbulkan bertambahnya kesedihan dan membutuhkan biaya, padahal beban kesedihan masih melekat." (al-Umm (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1393) juz I, hal 279)

hijrahdarisyirikdanbidah.blogspot.com/2010/06/tahlilan-dalam-pandangan-nu.html?m=1
 
penjlsan yg sgt baik sekali sdr & sy pon setuju sebenarnyer dgn perkara ini...

sy menimbulkan "perkara dunia yg bermanfaat dan kekdang bermanfaat dalam ibadah" ini krn permintaan yg sy lihat melampau dr sdr gjoykamitake...

jika sdr mengikuti perbincangan antara kami, hanya utk membuktikan bhw majlis tahli itu bid'ah itu sesat beliau meminta dalil susunan bacaan dlm majlis tahlil...

dlm hal ini sy lihat x ader relevannyer permintaan ini krn yg ibadahnyer adalah amalan2 dlm majlis tahlil itu sendiri spt bacaan yasin, ucapan tahlil, bersedekah atas nama si mati, dll...

setiap satu dr amalan ini ader dalil msg2 & dah pon diberikan, yg takder dalil hanyalah susunan bacaan dlm majlis tahlil...

tp persoalannyer aderkah susunan bacaan termasuk perkara yg blh membawa bid'ah??? sy kater x...

oleh sbb itu sy membw semua cth "perkara dunia yg bermanfaat dan kekdang bermanfaat dalam ibadah" utk counter permintaan beliau yg x relevan lgsg...

sdr blh jg rujuk respon sy kpd sdr Bahas18 ttg naper sy membw semua persoalan tersbt kpd sdr gjoykamitake [post #971]...

~~~~~~~~~~~~~~

skrg menjurus kpd majlis tahlil, sy ingin bertanya kpd sdr & sila jwb dgn ikhlas...

aderkah semua amalan dlm majlis tahlil yg sy sebutkan di atas seara automatik akan membw kpd kesesatan apabila ia dihimpunkan dlm satu majlis???...

~~~~~~~~~~~~~

berkenaan dgn tulisan & bacaan Al-Quran, sdr kater tulisan x mendpt pahala, tp pahala pd bacaan shj...

pd pendpt sy bg umat di zmn ini, tanpa tulisan x akan ader bacaan, sdgkan sekolah tahfiz pon bermula dgn tulisan, baru ader bacaan & diikuti dgn hafazan...

jika tulisan diselewengkan maka, akan terseleweng ler bacaan & begitu jg hafazan, jd sy x nampak dimana logiknyer tulisan x mendpt pahala...

lg pon blh diqiyaskan shj dgn hukum menjual arak, yg menjual, yg menghidang, yg menghantar, yg membuat, mlh blh dikatakan semua yg terlibat adalah berdosa...

jd bgimana dlm hal dosa, semua yg terlibat akan mendpt akibatnyer, tp dlm hal pahala, semua yg terlibat x mendpt kebaikannyer...

aper pon hujah di atas x berkait lgsg dgn bid'ah tp lbh kpd blsan pahala kpd penulis2 Al-Quran...

wlupon begitu jika dikaitkan dgn bid'ah iaitu mrk yg kater "setiap bid'ah itu sesat" & hanya krn ketiadaan dalil spesifik susunan bacaan menybbkan majlis tahlil menjd bid'ah...

maka sy jg bertanya maner dalil spesifik yg mengatakan dibenarkan mengubah tulisan Al-Quran berbanding dgn tulisan asal pd zmn Nabi Muhammad SAW...

soalan x relevan perlu dibls dgn soalan x relevan jg utk menjdkan perbincangan berlgsg dlm keadaan seimbang...

statement sy bersifat umum..
mana2 andaian dibuat akan dipertanggungjwbkn kpd empunya bdn..
takde double standard..
ditujukn kpd semua termasuk sy sendiri..
jika hingga menimbulkn kekeliruan eloklah perbincangan begini dihentikan...

maaf tuan..
meletakkn qias dlm satu2 hukum perlu kpd syarat tertentu..
seharusnya mengikut rukun qias yg digariskn oleh mereka yg ahli..
takde asal usul nak letak tulisan quran dgn hukum haram arak..
jauh yg amat..
quran dtg bentuknya wahyu..
wahyu semua org tau bkn dlm bentuk tulisan tapi bacaan..
Allah tak perlu medium utk menyampaikn wahyu..

azan itu syariat..
ada dalil jelas brkenaan azan..
illat azan utk menandakn waktu solat..
mic, tangga, tiang tinggi bkn syariat.. x perlu kpd dalil..
semua atas dasar mashalat umum...

solat terawih..
ulama berbeza2 pandagn dgn bil rakaat ..
semua bil rakaat itu ada ditunjukn dlm hadis..
para imam mengambil bil rakaat berdsrkn hadis yg mereka terima..
semuanya btul..
solat tarawih ada dalil khusus..

isu tahlil..
berknaan kaifiyat dan susunan sy kurg arif..
bacaannya adalah yg baik..
tapi majlis itu ada prob..
apa kemashalatan yg diselesaikn dgn majlis gtu?
tak perlu dan takde pun takpe..
dan tak pnah ditunjukkn oleh nabi, para sahabat ataupun ulama terdahulu..

bila dibuat pula semasa ada kematian..
dgn kenduri yg dibuat oleh KELUARGA SI MATI..
dan masyarakat sekeliling merasa pelik jika tak buat..
ada pula iktikad dibuat hari ke7, 40, 100..etc.
yg lg parah.. cemuhan kpd mereka yg x buat..
inilah realiti masyarakat melayu islam skrg..
bkn menyelesaikn mashalat umum tp lg menyusahkn keluarga si mati..

hadis dr Aisyah r.a..
terang2 suruh jiran tetangga atau keluarga terdekat yg nenyediakn makanan..
supaya mereka gembira..
jauh benar dgn situasi skrg...
keluarga si mati yg menyediakn makanan..
nak org susah jd lg sedih..
mana boleh ikut logik akal mengambil hadis tu utk membolehkn kenduri tahlil..
kalo boleh, dah lama ulama atau imam mazhab amalkn.
tapi mereka yg ahli hadis dan imam pun tak kluarkn dalil tu..
apalg dgn guna nama qias..
yg pelik lg ajaib... kita je org nusantara yg ada kenduri arwah..

berhati2 memberi pandgn perihal agama..
semuanya kelak akan dihitung..
mungkin perbincangn lebih manis jika hanya memberi syarah dan pandgn dr mereka yg ahli..
dr kitab2 muktabar..

jenayah besar bila mengexploitasi agama..
carilah kebenaran..
 
org islam lemah sbb wahabi,pmecah belah umat..
 
nk tanya pd wahabi..duk canang2 carilah kebenaran,kebenaran ada dimane?..
 
ulama melayu..kaum tua..budak sijil..kaum muda..kaum muda yg mbidaahkan tahlil ni..sdgkan ulama x mgbidaahkan pkara ini..skrg,nmpk sgt kaum muda..x suka tahlil,maulud..suka epi new year,nyanyian..xpe..aku sokong ulama tua..aku sambut maulud..kaum muda xnk xpe..xyah lah kata org sesat kalau kita xleh dtgkan dalil..k
 
aki tgk sama je ngn syiah..ulama dulu2,x sampai kebenaran..cam lah syiah tu dpt kebenaran..srupalah dgn wahabi..
 
nk tanya pd wahabi..duk canang2 carilah kebenaran,kebenaran ada dimane?..

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".
 
... yg halal dikatanya sesat , yg sesat dikatanya halal ...sendiri jawablah nanti .



.... tk pasal2 dah jadi hidup berpuak2 ...bengong .
 
semoga bermanfaat.

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Thaahir Al-
Faqiih dan Abu Sa’iid bin Abi ‘Amru, mereka berdua
berkata : Telah menceritakan kepada kami Abul-‘Abbaas
Al-Asham : Telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin ‘Ubaid Al-Munaadiy : Telah menceritakan kepada
kami Syabaabah : Telah menceritakan kepada kami
Hisyaam bin Al-Ghaar, dari Naafi, dari Ibnu ‘Umar, ia
berkata : “ Setiap bid’ah adalah sesat, meskipun orang-
orang memandangnya sebagai satu kebaikan (bid'ah
hasanah)
[Diriwayatkan oleh Al-Baihaqiy dalam Al-
Madkhal no. 19; sanadnya hasan].

abul-jauzaa.blogspot.com/2012/07/memahami-bidah-hasanah-ibnu-umar.html?m=1

Imam Syafi'i rahimahullah dalam kitab al-Umm berkata:
"...dan aku membenci al-ma'tam, yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat) walaupun tanpa tangisan, karena hal tersebut hanya akanmenimbulkan bertambahnya kesedihan dan membutuhkan biaya, padahal beban kesedihan masih melekat." (al-Umm (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1393) juz I, hal 279)

hijrahdarisyirikdanbidah.blogspot.com/2010/06/tahlilan-dalam-pandangan-nu.html?m=1

Jangan samakan majlis ma'tam dengan majlis tahlil arwah.

ma'tam dari perkataan “atama”, “ya’timu” yang bererti “apabila dikumpulkan di antara dua perkara”. Dan asal pengertian “ma’tam” itu “setiap perhimpunan lelaki dan perempuan sama ada untuk sesuatu kegembiraan atau kesedihan”

sebahagian ahli Nahwu penggunaan istilah ma'tam untuk “perhimpunan perempuan pada kematian yang padanya terdapat niyahah (ratapan yang berlebihan) sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Jauhari, Abu ‘Atha’ al-Sindi, Ibn Bari dan lain-lain dalam sebuah kamus Arab yang mu’tabar iaitu “Lisan al-Arab”

Jadi apa yang kita fahami Imam Syafie membenci majlis ma'tam walaupun tanpa tangisan.

Membenci disitu adalah makruh mengikut usul fiqh Syafie.

Majlis ma'tam adalah berbeza dengan majlis tahlil

sekiranya saya ambil pemahaman seperti saudara

al-ma'tam yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat)

Natijahnya ialah sekiranya berlaku kematian kita tidak boleh ziarah atau berkumpul langsung di rumah simati sebab sudah menambah kesedihan dan lain-lainnya

bukankah ini bertentangan pula dengan hadis

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau berziarah sudah pasti menjadi berkumpul disitu.

Adakah kita akan membidaahkan ziarah pula selepas ini?
 
Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

sedara ni dah berilmu mcm imam syafie ke? yg sedara quote tu pulak orang jahil ke pada anggapan sedara? kalau lah begitu alangkah tingginya ego sedara.. dimana kah gunanya ilmu jika kekotoran pada hati sndiri masihtidak dapat dicuci....
 
Back
Top
Log in Register