BTC USD 81,600.8 Gold USD 4,024.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Jangan terlalu jauh hingga membabitkan Hindu. Sabar tuan.....

Saya postkan siapa penulis kitab asal-usul tahlil dan siapa orangnya.

Kaifiat tahlil hanya bersumber dari kitab ini dan tiada dalam kitab lain. Kitab ini diajar dipondok sekitar nusantara. itu sebab diluar nusantara tiada tahlilan

Ini ialah tuan guru yang menulis kitab diatas

Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili

Mandaliling merupakan tempat terbit banyaknya ulama-ulama yang hebat dan handal, diantara ulama tersebut adalah Syeikh Abdul Qadir bin Tolib ulama besar yang terkenal di Makkah dan di semenanjung melayu, Ada di kalangan kita yang tidak mengetahui dari kalangan ulama Mandailing yang bernama Abdul Qadir

Yang sangat terkenal di Makkah adalah tuan guru Syeikh Abdul Qadir bin Sobir al-Mandili yang pernah mengajar di Masjid haram Makkah, beliau adalah guru dari seluruh ulama besar Nusantara, diantara murid beliau Syeikh Musthafa Husein al-Mandili ( pendiri Musthafawiyah tahun 1912 M), Syeikh Abdul Halim bin Ahmad Khathib al-Mandili, Syeikh Abdurrahim Perak, Syeikh al-Habib Abdullah Mufti Syafi`iyyah Perak Ipoh, Syeikh Muhammad Ali Kuala kangsar, Syeikh Zainuddin Bila, Syeikh Zainuddin al-Palembani, Syeikh Muhammad Ja`far Abdul Wahab, Syeikh Hasan Maksum Medan Deli, Syeikh Daud bin Mahmud al-Jawi, Syeikh Abdul Lathif Mantu`, Syeikh Utsman Tegal, Syeikh Muhammad Husein al-Palembani al-Makki, Syeikh Muhsin al-Musawa al-Palimbani al-Makki, Syeikh Sleh bin Muhammad Idris al-Kelantani al-Makki dan yang lain-lainnya.

Sementara Syeikh Abdul Qadir yang sangat terkenal di Malaysia adalah Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili.

Kelahiran dan asal usul beliau

Syeikh Saya Buya Ibrahim Zannun al Mandaili berkata : Syeikh Abdul Qadir bin Tolib dilahirkan di desa Sigalapang di daearah Penyabungan Kabupaten Mandailing Natal Sumatra Utara Indonesia, sementara Syeikh Abdu Qadir bin Sobir al-Mandili di lahirkan di Huta Siantar Penyabungan Mandailing Sumatra Utara.

Syeikh Abdul Qadir bin Tolib di lahirkan pada tahun 1329 Hijriyah, masa kanak-kanak dihabiskan di kampung halamannya, ketika itu beliau layaknya seperti anak-anak mandailing yang sibuk dengan mengaji al-Qur`an dan belajar agama islam, Mandailing mrupakan basis islam yang kuat dan patuh dengan agama sehingga mempengaruhi kejiwaan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.

Merantau ke Malaysia

Merantau ke Malaysia bukan hanya banyak terdapat pada zaman sekarang ini, bahkan sejak zaman dahulu penduduk Sumatra sudah banyak yang merantau dan berhijrah ke negeri Malaysia, diantara salah satu sebab banyaknya penduduk Sumatra yang berhijrah ke Malaysia adalah karena penduduk Pulau Sumatra berkependudukan melayu, dari kerajaan Langkat sampai kerajaan Palembang adalah kerajaan melayu dan berbahasa melayu, dahulu orang-orang melayu Sumatra sangat memiliki hubungan kuat dan erat dengan orang melayu Malaysia sebab itulah perpindahan dan berhijrah banyak terjadi, bahkan hubungan perkawinan pun banyak terjadi.

Diantara penduduk pulau Sumatra yang banyak juga berhijarah ke negeri Malaysia adalah orang-orang Mandailing, sebahagian meraka ada yang ingin mencari penghidupan, sebahagiannya lagi ingin mencari ilmu agama, keberanian warga Mandailing yang meninggalkan kampung halamannya untuk mencari ilmu membuahkan hasil yang cukup membanggakan, sehingga Mandaling banyak melahirkan ulama-ulama besar dan para intelektual yang handal.

Ketika usia Syeikh Abdul Qadir menanjak dewasa beliau berhijrah menuju Malaysia, di Malaysia beliau belajar agama dari ulama-ulama besar negeri Kedah, beliau begitu giat sekali mencari ilmu, demikian juga ketekunannya dalam beribadah.

Berhijrah ke Makkah

Pada tahun 1355 hijriyah Syeikh Abdul Qadir berangkat menuju Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan manasik haji, setelah menunaikan haji Fardhu beliau berniat untuk bermukim di Makkah al-Mukarramah agar dapat belajar dengan ulama-ulama besar yang berada di Makkah, pada masa dulu Makkah masih sebagai pusat pengajian para ulama- ulama Nusantara, sehingga banyak diantara pemuda-pemuda di Nusantara yang ingin menghabiskan masa mudanya di Makkah untuk menuntut ilmu, pengajianpengajian agama begitu berkembang pada saat itu, halaqah-halaqah pengajian di penuhi oleh para pelajar.

Syeikh Abdul Qadir tidak mau ketinggalan untuk menuntut ilmu juga di Makkah, dengan tekad yang bulat beliau menghadiri dari berbagai macam pengajian, dari mulai Tauhid, Tasauf, Fiqih, Hadis dan yang lainnya, tetapi perhatian beliau kepada ilmu tasauf sangat besar sekali, sehingga beliau berusaha untuk belajar dan menerapkannya didalam kehidupannya sehari-hari.

Diantara guru-guru beliau di Makkah adalah Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Umar Hamdan Mahrusi, Syeikh Hasan bin Muhammad Masyat, Syeikh Ismail al-Fathoni dan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.

Pengajian beliau di Makkah

Setelah para ulama Makkah melihat kemampuan dan keilmuan Syeikh Abdul Qadir, maka beliau pun di beri izin untuk mengajar di masjid haram Makkah, beliau berusa untuk dapat memberikan pemahaman yang mudah kepada par murid-muridnya, hampir disiflin ilmu beliau ajar di Masjid al-Haram, dari muali Nahu, Sorof, Hadis, Musthalah Hadis, Tafsir, Fiqih Syafi`i dan lainnya.

Murid-murid beliau tidak pernah sunyi, halaqah beliau senantiasa di penuhi, tidak pernah kurang dari dua ratus pelajar, beliau mampu menarik perhatian para pelajar dengan keilmuan danke ahliannya, para pelajar sangat senang sekali dengan cara mengajar beliau, sehingga mudah untuk di fahami, beliau salah satu ulama Nusantara yang tidak lahir di Makkah tetapi mengajar di Masjid al-Haram Makkah.

Wafatnya Syeikh Abdul Qadir

Pada tanggal 20 Rabi`ul Awwal tahun 1385 hijriyah Syeikh Abdul Qadir bin Tholib menghembuskan nafasnya terakhir untuk bertemu dengan Allah s.w.t., setelah mengalami penyakit yang beliau derita, masyarakat Makkah sangat berduka cita dengan kewafatan beliau, para pelajar sangat kehilangan ulama panutan mereka, isak tangis menyelubungi kewafatan seorang ulama yang alim, banyaknya para pelayat dan pensolat menunjukkan betapa besarnya kecintaan mereka kepada Syeikh Abdul Qadir a-Manidili, beliau di kuburkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah.

Apa pun kitabnya ... Persoalan utama kenapa nabi x buat atau para sahabat atau para ahlul bait kalo benar ianya memberi menafaat kepada umatnya ... Kena jawab persoalan itu dahulu ... :D Saya masih x jumpa apa2 nas sahih yang menyatakan perkara demikian kecuali nas2 lain yang cuba mengaitkan perkara itu agar dibenarkan utk diamalkan...

Jika kita buat juga bermakna kita lebih mengikuti pendapat ulamak (yang bukan maksum) daripada perbuatan Nabi, para sahabat ataupun ahlul bait ... Dengan kata lain kita secara halus menyatakan apa yang Nabi bawa dan ajar itu x cukup sempurna atau x cukup...

Ada x sesiapa yang pernah terbaca apa2 riwayat yang sahih bahawa Aisyah atau Fatimah pernah buat tahlil selepas kewafatan Nabi? Tahlil lak pada hari ke 3 , ke 7 etc .... kalo ada mungkin pegangangan saya akan berubah.. kalau x der mana datang semua mende2 nih?? so kenapa kita nak ikut??
 
Last edited:
Jangan samakan majlis ma'tam dengan majlis tahlil arwah.

ma'tam dari perkataan “atama”, “ya’timu” yang bererti “apabila dikumpulkan di antara dua perkara”. Dan asal pengertian “ma’tam” itu “setiap perhimpunan lelaki dan perempuan sama ada untuk sesuatu kegembiraan atau kesedihan”

sebahagian ahli Nahwu penggunaan istilah ma'tam untuk “perhimpunan perempuan pada kematian yang padanya terdapat niyahah (ratapan yang berlebihan) sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Jauhari, Abu ‘Atha’ al-Sindi, Ibn Bari dan lain-lain dalam sebuah kamus Arab yang mu’tabar iaitu “Lisan al-Arab”

Jadi apa yang kita fahami Imam Syafie membenci majlis ma'tam walaupun tanpa tangisan.

Membenci disitu adalah makruh mengikut usul fiqh Syafie.

Majlis ma'tam adalah berbeza dengan majlis tahlil

sekiranya saya ambil pemahaman seperti saudara

Natijahnya ialah sekiranya berlaku kematian kita tidak boleh ziarah atau berkumpul langsung di rumah simati sebab sudah menambah kesedihan dan lain-lainnya

bukankah ini bertentangan pula dengan hadis

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau berziarah sudah pasti menjadi berkumpul disitu.

Adakah kita akan membidaahkan ziarah pula selepas ini?

Maka ziarah sahajalah, tak perlulah makan2 di sana, samada dijamu oleh tuan rumah atau orang lain. nak makan, pegi makan kat kedai makan. malah, penziarah yg sepatutnya menjamu tuan rumah makan, berdasarkan hadis:

“Kirimkanlah makanan oleh kalian kepada keluarga Ja'far, karena mereka sedang tertimpa masalah yang menyesakkan”.(HR Abu Dawud (Sunan Aby Dawud, 3/195), al-Baihaqy (Sunan al-Kubra, 4/61), al-Daruquthny (Sunan al-Daruquthny, 2/78), al-Tirmidzi (Sunan al-Tirmidzi, 3/323), al- Hakim (al-Mustadrak, 1/527), dan Ibn Majah (Sunan Ibn Majah, 1/514).

--------

juga, kan jelas imam syafie cakap "dan memerlukan biaya". Kalo sekadar ziarah seperti dalam hadis abu hurairah di atas, adakah biaya perlu dikeluarkan? semestinya tidak. jadi, ziarah yg dalam hadis abu hurairah tersebut tak termasuk dalam apa yg dikatakan oleh imam syafie.

Imam Syafi'i rahimahullah dalam kitab al-Umm berkata:

"...dan aku membenci al-ma'tam, yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat) walaupun tanpa tangisan, karena hal tersebut hanya akan menimbulkan bertambahnya kesedihan dan memerlukan biaya, padahal beban kesedihan masih melekat." (al-Umm (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1393) juz I, hal 279)

--------

juga, semoga Allah kurniakan manfaat kepada sesiapa yg Dia kehendaki melalui nukilan di bawah:

Syaikhul Islaam Zakariyaa Al-Anshoori As-Syafi'i (wafat 926 H) berkata dalam kitabnya : Asna Al-Mathoolib Fi Syarh Roudh At-Thoolib (1/335, terbitan Daarul Kutub al-'Ilmiyah, Beirut, Libanon, cetakan pertama dengan tahqiq DR Muhammad Taamir):

وَيُكْرَهُ لِأَهْلِهِ أَيْ الْمَيِّتِ طَعَامٌ أَيْ صُنْعُ طَعَامٍ يَجْمَعُونَ عليه الناس أَخَذَ كَصَاحِبِ الْأَنْوَارِ الْكَرَاهَةَ من تَعْبِيرِ الرَّوْضَةِ وَالْمَجْمُوعِ بِأَنَّ ذلك بِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبٍّ وَاسْتَدَلَّ له في الْمَجْمُوعِ بِقَوْلِ جَرِيرِ بن عبد اللَّهِ كنا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعَهُمْ الطَّعَامَ بَعْدَ دَفْنِهِ من النِّيَاحَةِ رَوَاهُ الْإِمَامُ أَحْمَدُ وابن مَاجَهْ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ وَلَيْسَ في رِوَايَةِ ابْنِ مَاجَهْ بَعْدَ دَفْنِهِ وَهَذَا ظَاهِرٌ في التَّحْرِيمِ فَضْلًا عن الْكَرَاهَةِ وَالْبِدْعَةِ الصَّادِقَةِ بِكُلٍّ مِنْهُمَا

"Dan dibenci bagi keluarga mayat untuk membuat makanan yang orang-orang berkumpul memakan makanan tersebut….dan dalam kitab Al-Majmuu' (karya An-Nawawi-pen) berdalil akan makruhnya hal ini dengan perkataan Jariir bin Abdillah : "Kami menganggap berkumpul ke keluarga mayit setelah dikuburkan dan pembuatan makanan setelah dikuburkannya mayat termasuk niyaahah"

Penulis menyamakan ianya dengan niyaahah, dan niyaahah jelas hukumnya HARAM, bukannya MAKRUH. Jadi, jelas imam syafie bermaksud HARAM, bukannya MAKRUH.

Dalam kitab Hasyiah I'aanat at-Thoolibin, Ad-Dimyaathi menukil perkataan seorang ulama Syafi'iyah :

"Segala puji hanya milik Allah, dan semoga shalawat dan salam untuk Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya, dan para pengikutinya setelahnya. Ya Allah aku meminta kepadMu petunjuk kepada kebenaran.

Benar bahwasanya apa yang dilakukan oleh masyarakat berupa berkumpul di keluarga mayat dan pembuatan makanan merupakan bid'ah yang munkar yang pemerintah diberi pahala atas pelarangannya ….

Dan tidaklah diragukan bahwasanya melarang masyarakat dari bid'ah yang mungkar ini, padanya ada bentuk menghidupkan sunnah dan mematikan bid'ah, membuka banyak pintu kebaikan dan menutup banyak pintu keburukan. Karena masyarakat benar-benar bersusah payah, yang hal ini mengantarkan pada pembuatan makanan tersebut hukumnya haram. Wallahu a'lam.

Ditulis oleh : Yang mengharapkan ampunan dari Robnya : Ahmad Zainy Dahlan, mufti madzhab Syafi'iyah di Mekah" (Hasyiah I'aanat at-Thoolibin 2/165-166)

Jadi, jelas imam syafie bermaksud HARAM, bukannya MAKRUH. Kalo sekadar MAKRUH, takkan sampai dipanggil "bid'ah yang munkar yang pemerintah diberi pahala atas pelarangannya."

Semoga Allah kurniakan manfaat kepada sesiapa yg Dia kehendaki melalui artikel di bawah.

http://www.firanda.com/index.php/artikel/bantahan/430-tahlilan-makruh-tidak-haram

http://www.firanda.com/index.php/artikel/fiqh/408-tahlilan-adalah-bid-ah-menurut-madzhab-syafi-i

http://www.firanda.com/index.php/artikel/bantahan/427-makruh-kok-dilarang
 
Apa pun kitabnya ... Persoalan utama kenapa nabi x buat atau para sahabat atau para ahlul bait kalo benar ianya memberi menafaat kepada umatnya ... Kena jawab persoalan itu dahulu ... :D Saya masih x jumpa apa2 nas sahih yang menyatakan perkara demikian kecuali nas2 lain yang cuba mengaitkan perkara itu agar dibenarkan utk diamalkan...

Jika kita buat juga bermakna kita lebih mengikuti pendapat ulamak (yang bukan maksum) daripada perbuatan Nabi, para sahabat ataupun ahlul bait ... Dengan kata lain kita secara halus menyatakan apa yang Nabi bawa dan ajar itu x cukup sempurna atau x cukup...

Adakala sahabat dizaman nabi mereka amalan(bida'ah) tapi nabi tidak mengherdik dgn mengata "adakah yang aku ajar tidak cukup".

Diantaranya:
1) Solat wudhu oleh Bilal.
2) Dlm doa iftitah, yg nabi ajar bermula inni wajjahtu....tapi sahabat tambah Allahuakbarukabira walhamdulillah hikasiro.....
3) Ada sahabat yg baca fatihah untuk jampi orang terkena bisa sedangkan nabi tak pernah bagi tau..

Walau apa pun benda khilafiah. Siapa yg tak nak buat, silakan.
 
Mereka masih tak dapat jawab soalan tu. Kalo ada pun, mereka (1) menggunakan hadis sahih bukan pada tempatnya, tidak seperti yg difahami oleh ulama hadis, dan (2) hadis yg digunakan tersebut tidak sahih. tapi, kerana ianya mendokong pegangan mereka, mereka tetap guna juga hadis yg tidak sahih tersebut, tanpa memberitahu orang awam yg sebenarnya hadis tersebut tidak sahih.
 
Ada nas sahih ker berkaitan perkara ini tuan ... ada perkara x termasuk dalam istilah khilaf ... khilaf nih mende yang samar2 dalam AQ
 
dh jd haram lah pulak kata2,imam syafie..benci..wahabi ni terlebey..pandai2 pulak jatuh fatwa sendiri..kan benar apa yg aku kata..
wahai wahabi..perkara halal tp dibenci Allah apa?..hukum makruh ke haram?..usah jd pembohong..golongan 2 tanduk syaitan..ko tau ke apa dia 2 tanduk itu..xpelah..xperlu tau..
 
Mereka masih tak dapat jawab soalan tu. Kalo ada pun, mereka (1) menggunakan hadis sahih bukan pada tempatnya, tidak seperti yg difahami oleh ulama hadis, dan (2) hadis yg digunakan tersebut tidak sahih. tapi, kerana ianya mendokong pegangan mereka, mereka tetap guna juga hadis yg tidak sahih tersebut, tanpa memberitahu orang awam yg sebenarnya hadis tersebut tidak sahih.

Ada nas sahih ker berkaitan perkara ini tuan ... ada perkara x termasuk dalam istilah khilaf ... khilaf nih mende yang samar2 dalam AQ

Aku off topik cikit...

Kalau bab ni ko ni cari dalil bagai, hadis da'if pun tak leh pakai.
Tapi bab politik boleh pulak walau takde dalil....ko ada dalil nabi angkat org kapir jadi pemimpin org islam.
Zaman sahabat ada pernah lantik pemimpi kapir jadi gabenor negara islam.

Bangkai.......
 
spi post nih sy dah x fhm dah...

hehehehhe...
 
Aku off topik cikit...

Kalau bab ni ko ni cari dalil bagai, hadis da'if pun tak leh pakai.
Tapi bab politik boleh pulak walau takde dalil....ko ada dalil nabi angkat org kapir jadi pemimpin org islam.
Zaman sahabat ada pernah lantik pemimpi kapir jadi gabenor negara islam.

Bangkai.......

Konon.... Bukan salah kami ... Awak tanya umno tuh kenapa perpakat ngan kafir nak merdeka?
 
Back
Top
Log in Register