BTC USD 84,624.1 Gold USD 4,136.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Oleh kerana lengkap lah ... kita disuruh buat kebaikan dan berlumba2 buat kebaikan hingga datangnya YAKIN. Apa yang dijanjikan adalah benar.
 
Tahlil dapat makan free pon nak bising.

Bukak puasa di hotel rm100 seorang tu bukan bidaah orang kaya ?
 
Oleh kerana lengkap lah ... kita disuruh buat kebaikan dan berlumba2 buat kebaikan hingga datangnya YAKIN. Apa yang dijanjikan adalah benar.

Kalo lengkap kenapa nabi x buat tahlil kita dok buat ... Bukan ker bermakna ianya masih x lengkap ?
 
Faham ker maksud LENGKAP disini?
Cer citer sikit.

 
tahlil rapatkan hubungan silatulrahim, biarpun bidaah, pun banyak bising :)
bina hotel tinggi2 untuk warga haji dan main pesta bunga api tak bidaah pulak, janji puak dia masyuk :))
 
Hadis Thawus dhaif sebab terputus sanad. Perkara ghaib kena berdasarkan hadis sahih.

menurut Imam Suyuti hadis Thawus in sanadnyer lengkap sehingga Thawus shj & x bersambung sehingga shbt utk dimarfu' kpd Nabi Muhammad SAW...

Oleh itu sy setuju hadis ini x blh dijdkan hujah utk mengadakan majlis tahlil sehingga 7 mlm...

bkn krn putus sanad spt sedara kater, tp krn perkara ghaib perlu disandarkan dgn hadis sahih...

Pemahaman hadis Aishah RA tersebut tersilap, tak seperti yg difahami oleh ulama2 hadis. Sila baca artikel firanda.com dan abul-jauzaa.blogspot.com yg saya post linknya sebelum ini.

bg hadis Sayidatina Aisyah RA sy hanye terjumpa satu syarah iaitu Syarah Imam Nawawi, tp itu pon x menjlskan spt yg dijlskan oleh penulis...

oleh sbb itu sy berpendpt bhw penulis hanya memberikan ulasan peribadi kpd hadis itu & bkn pendpt para ulama...

dlm firanda.com alasan bg menolak hadis ini sbg dalil tahlil adalah krn 4 perkara berikut & sy berikan hujah bls sy...

  1. penulis mengatakan bhw majlis tahlil x disebut secara jls maka tiada kebenaran utk melaksanakan majlis tahlil...

    sy blh kater bhw majlis tahlil x disebut secara jls maka tiada lrgan utk melaksanakannyer...

  2. penulis mengatakan bhw hidangan disediakan oleh ahli keluarga utk ahli keluarga shj...

    ttp dlm hadis yg lain terdpt perintah agar kaum kerabat & jiran2 menyediakan mknan utk keluarga si mati...

    Dari Abdullah Bin Ja’far, beliau berkata, apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abi Thalib) Nabi SAW bersabda “Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’afar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan (menyulitkan) mereka.” [Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah]...

    jd dlm hadis Sayidatina Aisyah RA itu blh di andaikan bhw slps kumpulan wanita itu pulang barulah beliau menyediakan mknan utk ahli keluarganyer...

    tp hadis itu bkn lah lrgan menyediakan mknan utk tetamu yg dtg oleh ahli kerabat & jiran2 yg dekat...

  3. penulis mengatakan bhw menyediakan talbinah adalah dgn tujuan utk menghilangkan rasa sedih di klgan ahli keluarga & bkn utk bersedekah...

    ini sy setuju krn jika ahli keluarga hanya duduk diam x membuat sebrg kerja kesedihan akan lbh bertambah berbanding dgn menyibukkan diri utk berbuat sesuatu...

    ianya jg bkn utk tujuan bersedekah krn hanya ahli keluarga yg tinggal slps semua kumpulan pulang slps membantu menyediakan mknan tetamu seblm itu, spt yg ditrgkan di atas...

  4. penulis mengatakan bhw mknan yg disedikan oleh Sayidatina Aisyah RA hanyalah talbinah [sup yg diperbuat dr barli] bkn mknan berat dgn tujuan bersedekah...

    sy andaikan bhw hanya talbinah yg disediakan oleh Sayidatina Aisyah RA krn ahli keluarga dah pon disajikan dgn mknan yg disediakan oleh kaum kerabat & jiran2 terdekat...

    so buat haper nak sediakan mknan berat2 klu dah ader mknan atau pon dah mkn sblmnyer...

    jd talbinah itu tujuannyer hanyalah utk menyibukkan diri agar hilang kesedihan & bkn lrgan dr menyediakan mknan utk tetamu yg dtg...
Semoga Allah kurniakan kefahaman agama kepada kamu.

ini bermaksud sedara x blh memberikan dalil spesifik bhw kiter dibenarkan solat duduk di atas "kerusi", sama spt sy x mampu memberikan dalil kpd susunan bacaan [kaifiyat] dlm majlis tahlil...

so aderkah ini menjdkan solat dgn duduk di atas "kerusi" sbg bid'ah dhalalah??? sdh tentu x, maka begitu jglah dgn susunan bacaan [kaifiyat] dlm majlis tahlil...

Maaf, sya baru perasan yg saudara mengatakan tentang perbezaan saf dewasa dan kanak2. Jika tiada dalil sahih yg mengatakan berbeza saf antara dewasa dengan kanak2, maka jangan bezakan. Semoga Allah kurniakan kefahaman agama kepada kamu.

sy pon baru terjumpa dalil bg membezakan saf kanak2 & dewasa, tp ader jg dalil yg memblhkan kanak2 bersama2 di dlm saf dewasa so kedua2nyer diblhkan...

Semoga Allah kurniakan kefahaman agama kepada kamu.

ini bermaksud sedara x mampu memberikan dalil yg membenarkan para ulama mengubah tulisan Al-Quran dr tulisan asal yg tanpa titik & tanda2 bacaan...

so aderkah selama ini kiter membaca Al-Quran dgn kaedah tulisan yg bid'ah??? & jika benar bid'ah, aderkah bid'ah ini hasanah atau dhalalah???...

jika benar "setiap bid'ah itu sesat" maka mengubah tulisan Al-Quran inilah pd pendpt sy merupakan bid'ah terbsr di klgan umat Islam...

hairannyer, naper takder sesaper yg berani mengeluarkan pendpt sedemikian...

Adakah mic tu "ibadah". Ketika bilal RA panjat tempat tinggi supaya laungan azannya didengari oleh orang ramai, adakah "tempat tinggi" itu dikategorikan sebagai "ibadah"?
Semoga Allah kurniakan kefahaman agama kepada kamu.

soalan sedara bermaksud aderkah "mic" & "tempat tinggi" itu ibadah" atau "azan" yg dilaungkan itu ibadah??? sdh tentu jwban yg jls adalah "azan"...

oleh itu sy pon nak tanya kat sedara aderkah "susunan bacaan" dlm majlis tahlil itu ibadah atau tahlil, bacaan Al-Quran, doa, dll itu ibadah???...

jwban yg jls adalah tahlil, bacaan Al-Quran, doa, dll itu ibadah...

persoalannyer naper sedara minta dalil "susunan bacaan" dlm majlis tahlil jika sedara sendiri bhw ibadahnyer bkn terltk pd "susunan bacaan" itu???...

Saudara Abbas tidak menjawabnya di atas.
sy ulang soalan sedara spy perbincangan lbh jls...

zaman Nabi SAW pun ada kematian. zaman mereka pun dah ada ayat2 alquran yg ada dalam tahlil tu. zaman mereka pun ada makanan untuk dihidangkan kepada tetamu. tapi, kenapa Nabi SAW x buat majlis tahlil? sila jawab.

sy dah berikan hadis kat atas Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar disedikan makanan utk keluarga Sayidina Ja’far Bin Abi Thalib RA semasa kematian beliau...

so jls tiada lrgan utk berhimpun semasa kematian & mkanan disediakan oleh kaum kerabat & jiran terdkt, yg dilrg adalah ahli keluarga terdkt si mati sendiri yg menyediakan sendiri mknan...

Semoga Allah kurniakan kefahaman agama kepada kamu.
disini sekali lg sedara x dpt memberikan dalil spesifik yg menyatakan bhw kiter dibenarkan berzikir lbh atau kurang drpd yg ditunjukkan oleh Al-Quran & hadis...

termasuk ini dah 3 perkara yg sy lihat sedara x mampu memberikan sebrg dalil, sdgkan sedara sendiri meminta dalil2 yg sgt spesifik dr sy spt dalil "susunan bacaan" dlm majlis tahlil...

kegagalan sedara memberikan sbrg dalil ini membuktikan bhw terdpt bid'ah yg hasanah apabila dilakukan, dlm perbincangan ini sy merujuk kpd 3 perkara tersebut, iaitu...
  1. perubahan tulisan Al-Quran adalah bid'ah hasanah...
  2. berzikir kurang atau lbh dr yg ditunjukkan oleh Al-Quran & hadis adalah bid'ah hasanah...
  3. menghimpukan pelbgi amalan dlm satu majlis adalah bid'ah hasanah...

"Saat itu baru beliau shalat bersama kami hingga berakhir/selesai pada sepertiga malam (yang pertama).". Sila baca kembali hadis sahih tersebut.

sy x bertanya ttg masa solat tarawih dilaksanakan, tp sy bertanya ttg Baginda hanya mula berjemaah pd 7 hari terakhir, itu pon x sepenuhnyer, ader hari2 tertentu dlm 7 hari itu Baginda solat sendirian...

jd aderkah perbuatan Sayidina Umar RA mencukupkan sebln solat tarawih berjemaah itu x termasuk dlm "setiap bid'ah itu sesat"???...

ingat sedara memerlukan dalil bg semua perbuatan berbentuk ibadah yg kiter lakukan pd hari ini, tanpa dalil ia adalah bid'ah spt tiada dalil "susunan bacaan" dlm majlis tahlil...

maka jika tiada dalil, amalan itu adalah bid'ah & bg sedara "setiap bid'ah itu sesat"...

Tentang "Sayidina Umar RA mencukupkan sebln solat tarawih berjemaah", sila baca jawapan terakhir di bawah.

baik baca respon sy kat bwh..

Ya, yg sahihnya, Nabi SAW dan Umar RA buat terawih 11 rakaat. Jadi, fikir2kanlah sendiri.

soalan asal adalah "aderkah perbuatan mengerjakan solat tarawih hingga 20 rakaat itu termasuk dlm "setiap bid'ah itu sesat"???...

respon sedara x menjwb soalan...

Jika dikatakan mereka baca banyak ayat, sila pegang mushaf ketika solat terawih.

yg nih dah settled, no problem....

Bukan risau umatnya anggap ianya wajib, tetapi risau Allah menurunkan wahyu yg mengsyariatkan solat terawih berjemaah itu wajib.

Ketika umar RA memerintah, wahyu sudah terputus (oleh kewafatan Nabi SAW). Jadi, dah tak perlu risau Allah mengsyariatkan kewajiban solat terawih berjemaah.

di sini sy lihat sedara membuat andaian sendiri berkenaan kebenaran melaksanakan tarawih berjemaah selama sebln...

sdgkan hadis yg sedara petik hanya menyatakan ttg kebimbangan Nabi Muhammad SAW bhw solat tarawih akan dijdkan wajib...

hadis itu x menyebut sama sekali ttg kebenaran agar Sayidina Umar RA mengeluarkan fatwa sedemkian...

jika sedara blh membuat andaian sedemikian, maka sy pon blh membuat andaian bhw dlm hadis Sayidatina Aisyah RA itu x ader lrgan jls utk melaksanakan majlis tahlil...

x sepatutnyer wujud dbl standard dlm hal ini...
 
Last edited:
Kalo lengkap kenapa nabi x buat tahlil kita dok buat ... Bukan ker bermakna ianya masih x lengkap ?

jika dah lengkap mengapa kiter msh menyandarkan hukum2 dlm islam kpd ijtihad para ulama & qiyas selain drpd Al-Quran & hadis...

sy anggap sedara tahu aper maksud ijtihad & qiyas sbg sumber hukum dlm Islam...
 
dorangkan bapak ulama,kene ikut ijtihad dan qias dorg..hehe..mane nk pakai ulama muktabar dulu2.,semua haram dan sesat..dorg je betul..ulama dulu xde sijil..xleh pakai,dunia x iktiraf..dh panjang topik ni..kitab dan sijil je tebal..xde ilmu,yg ada *****..wahabi tkurang,syiah mlampau,aswj bsederhana..umpama sabda junjungan..bersederhanalah..
 
jika dah lengkap mengapa kiter msh menyandarkan hukum2 dlm islam kpd ijtihad para ulama & qiyas selain drpd Al-Quran & hadis...

sy anggap sedara tahu aper maksud ijtihad & qiyas sbg sumber hukum dlm Islam...

bro terlalu byk membuat andaian terhdp satu2 hadis..
ulama2 hadis membuat penelitian terhdp hadis bertahun2 dan berhati2 mensyarahkn hadis..
point2 bro berdasarkn andaian sendiri kebykannya tiada dlm syarah hadis tersebut..
ulama2 hadis pun tak pnah ada andaian2 sebegitu..

menurut pemahaman sy yg sedikit ni..
bro tersilap dlm penentuan meletakkn dalil...
apa yg sy faham (sila betulkn jika salah), bila berkait dgn perkara ibadah khusus dalil diperlukan...
kerana sebarang ibadah khusus perlu kpd perkara yg dicontohi Nabi berdsrkn dalil dan nas..
contoh solat, puasa, perlu ada dalil dan nas khusus menyatakan brapa rakaat, bila, etc.
tak boleh mengambil pendpt yg menyatakn kalo takde larangan ia dibolehkn..
sebab tu solat zohor 4 rakaat.. tak bole suka letak 12rakaat..
dan syariat yg mvm ni dikatakn lengkap tak pyh.penambahan.
dan menambah2 dlm hal ibadah dikatakn bidaah.

bila menyentuh hal2 kemashalatan ummah...
kebyknnya dlm hal2 fekah..
yg bukan golongan ibadah khusus..
prndpt dibolehkn jika tiada larangan boleh digunapkai selagi tiada perlanggaran syarak..
contohnya guna mic semasa azan, membesarkn masjid..buat kubah masjid..
ataupun mengumpulkn dan menulis alquran hatta meletakkn baris atau titik dlm alquran..
semuanya penyelesaian kpd kemashalatan umum..
dan ia dibolehkn selagi tiada perlanggaran syarak..
qias dan ijma byk digunakan dlm hal2 ni..
dibuat pula oleh mutjahid2 yg muktabar berdsrkn ijtihad masing2..
di kalangan mereka imam2 besar dan ilmuan tersohor..
termasuklah imam mazhab 4..

ok.. sy just nak tau imam mana yg berijtihad berkenaan majlis tahlil?
minta tuan cr dan ulas pendpt2 dr imam2 besar berkenaan isu ni..
terutama imam2 mazhab ahli sunnah..
ambil pendpt mereka...
syarah mereka ringkas dan padat..
tak perlu pun andaian sendiri..
sapalah kita nak mensyarahkn hadis..
 
aper pon alasan utk memberikan Al-Quran tanda2 bacaan ia tetap bid'ah krn tanda2 itu x wujud pd zmn Nabi Muhammad SAW...

ini menurut pendpt mrk yg berpegang kpd maksud tersurat hadis yg berbunyi "setiap bid'ah itu sesat"...

so selg mrk x memberikan sebrg dalil yg memblhkan tulisan Al-Quran blh diubah2 maka selg itu lah mrk membaca Al-Quran dgn kaedah yg sesat...

gjoykamitake memberikan alasan bacaan dgn tanda2 bacaan x mejauhkan umat dr Al-Quran, tp x memberikan dalil bhw tulisan Al-Quran blh diubah...

zizoul90 pula memberikan alasan ustaznyer kater "Ianya [tanda2 bacaan] diadakan oleh pihak yang ingin manusia lebih focus kepada tajwid bukan kepada isi2 al quran."

tp ustaznyer sendiri msh membaca Al-Quran dgn tanda2 bacaan itu, so aderkah ustaz beliau dgn rela hati membaca Al-Quran dgn kaedah yg sesat???...

sy nak sgt dpt penjlsan dr mrk dlm hal nih...

~~~~~~~~~~~

benar, Al-Quran diturunkan dlm tujuh dialek Arab, tp dialek yg menjd rujukan jika terdpt kekeliruan adalah dialek Arab Quraisy...

aper pon Al-Quran pd zmn Nabi Muhammad SAW tetap ditulis dlm dialek Arab Quraisy tanpa menggunakan sebrg tanda bacaan spt yg ader pd hari ini...

kiter tunggu respon dr mrk2 yg berpegang kpd maksud tersurat hadis "setiap bid'ah itu sesat"...

itu pon jika mrk msh mahu memberikan respon...

Terima kasih atas penjelasan. :)cgrock

Saya juga berpendapat seperti saudara bahawa bid'ah itu terbahagi kepada 2 iaitu bid'ah hasanah dan dhalalah. Ini kerana saya berpendapat kalau kita nak meletakkan hukum kita perlu mengkaji keseluruhan hadith dan dalil Al-Quran yang berkaitan dengan sesuatu perkara yang nak dihukumkan. Bukan hanya mengambil satu hadith dan terus berhukum.

Sebagai contoh majlis zikir beramai-ramai, walaupun Nabi SAW tidak melakukannya tetapi ada hadith yang menjelaskan Nabi SAW pernah melihat sekumpulan sahabat r.a melakukannya tetapi baginda SAW tidak melarang dan tidak juga turut serta. Kalau diikutkan apa yang dilakukan para sahabat itu juga bid'ah tetapi kenapa Nabi SAW tidak menegah mereka?.

Apa2 pun saya bukanlah orang yang sesuai untuk berdebat tentang agama kerana saya masih lagi belajar. Teruskan perkongsian ilmu saudara :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register