tujuan utama majlis tahlil ialah ' membaca fatehah dan sedekahkan pahala bacaannya kepada simati'
perbuatan seperti ini tidak disuruh oleh nabi, dan juga tidak ada perintah seperti itu dalam Al-Quran.
kalau nak sedekah, sedekah harta atau wang ringgit, bukan sedekah pahala.
manakala bacaan ayat-ayat lain dan zikir itu pahalanya untuk pembaca itu sendiri.
masalahnya , bila duduk di kg majlis tahlil dah jadi adat, dan ramai orang yang buat.
kalau orang jemput kita datang, tak pergi pun jadi serba salah.
bagi saya, saya terima jemputan ke majlis tahlil, kerana hidup bermasyarakat,
saya niat bacaan fatehah dan ayat-ayat lain juga zikir itu untuk diri saya sendiri,
dapat makan free lagi, alhamdulillah...
kalau ada yang kata majlis tahlil itu sebagai ratapan, saya tidak setuju,
kerana tidak ada orang yang menangis pun,sebelum dan sesudah majlis tu
ramai yang sembang gelak-gelak, tuan rumah pun seronok juga, tak sedih pun.