BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Sesetengah orang berpendapat apa yang Nabi SAW tidak buat atau laksanakan maka ianya Bidaah

Pada saya yang dhaif ini itu merupakan suatu pandangan yang cuba menyempitkan makna sunnah itu sendiri

Sunnah ialah apa yang datang dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam terdiri dari perkataan, perbuatan atau persetujuan

Sunnah itu merangkumi 3 perkara tetapi apa yang saya nak bincangkan disini mengenai persetujuan (taqrir)

Persetujuan (taqrir) itu maksudnya Nabi SAW tidak buat atau tidak laksanakan tetapi Nabi SAW bersetuju terhadap sesuatu perkara

Bahkan tidak ada dalil pun yang mengatakan apa yang Nabi SAW tidak buat maka kita tidak boleh buat yang ada seperti berikut:

“Dan apa sahaja perintah yang di bawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu,maka terimalah serta amalkan,dan apa jua yang dilarang keatas kamu melakukannya, maka patuhi larangannya”. (Al Hasyr 57:7).

Ayat ini tidak menyebutkan umpamanya “Dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW maka hendaklah kamu tinggalkannya”.

Begitu juga sabda Rasulullah SAW “Apabila aku menyuruh kami melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yang kamu mampu, dan apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.(HR al Bukhari).

Rasulullah tidak mengatakan ,”Dan apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.

Bahkan Rasulullah SAW pernah tidak melakukan sesuatu perkara tetapi sahabat melaksanakannya

Contohnya seperti

Hadis Khalid bin al Walid r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a katanya: Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (khalid) dan Ibnu Ibbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti al-Haris dari Najd. Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang juga bertamu di situ berkata: Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu. Mereka lalu mengatakan: Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin al-Walid bertanya: Haramkah dhab itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid berkata: Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami. (HR Ahmad, Abu Daud, An Nasai dan Ibnu Majah)

Jadi sekiranya kita mengatakan apa yang Nabi SAW tidak buat maka haram kita melakukannya seolah-olah kita mengatakan Nabi SAW sambil lewa dengan urusan agama Islam bila mana membenarkan khalid al walid makan benda yang haram tanpa melarangnya.

Apa yang di tinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW bukanlah semestinya bererti perkara itu haram, tetapi ia hanyalah,menunujukkan perkara itu bukan wajib, atau boleh ditinggalkan

Setahu saya tidak ada yang mewajibkan mengadakan kenduri arwah
 
Persoalan yg masih belum terjawab .... Kenapa nabi atau para sahabat atau ahlul bait x buat tahlil nih jika ianya benar2 beri menafaat kpd umat islam.... Mana mungkin nabi akan meninggalkan sesuatu amalan yg bermenafaat pd umatnya .... Simple ajer soklan saya .....

Ramai yg masih keliru dengan definasi bidaah yg sebenarnya dan juga perkara2 yg termasuk dlm kategori bidaah...

Persoalan utama yg masih x terjawab
 
naper plak Sayidina Umar Al-Khattab RA yg pepandai mengubah/menambah sunnah solat tarawih x dipertikaikan???...

Sayidina Umar Al-Khattab RA ker Nabi Muhammad SAW yg lbh tahu dlm hal agama nih???...

ooohh silap nih thread bid'ah tahlil, bid'ah lain, lain citer...

p/s: naper post sy dah diabaikan tanpa respon???...

Salam saya ingin bertanya dari mana kah keyakinan saudara bahawa Umar mengubah/menambah solat terawih?. Jika berkaitan penetapan selama sebulan apa sumbernya Umar telah menetapkan selama sebulan berjemaah? semasa Umar mengumpul solat terawih berjemaah adakah ia bermula hari pertama kemudian diikuti selama sebulan?Dalam hadith juga Nabi ingin sekali melaksanakan solat terawih berjemaah selama sebulan tetapi terhalang kerana khuatir diwajibkan, Umar benar kerana meneruskan sunnah yg terhalang semasa hidupnya Nabi.

Berkaitan rakaat ada hadith yg lemah mengatakan terawih 20 rakaat dan hadith yg kuat 11 rakaat, berdasarkan riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan 11 rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan 20.

Bilangan rakaat banyak khilaf payah nak dipastikan mana yg benar.

Berikut fatwa dari Arab Saudi:
“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).

Harap dapat kongsikan pendapat saudara..
 
Last edited:
Mana mungkin nabi akan meninggalkan sesuatu amalan yg bermenafaat pd umatnya .... Simple ajer soklan saya .....

Simple jer jawapan saya;
1. Allah telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud;

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (Al-Kahfi ayat 109)
Faham hakikatnya, jangan faham zahir semata-mata.

2. Apa nama sebenar Rasulullah s.a.w?

 
Simple jer jawapan saya;
1. Allah telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud;

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (Al-Kahfi ayat 109)
Faham hakikatnya, jangan faham zahir semata-mata.

2. Apa nama sebenar Rasulullah s.a.w?


Ilmu Rahsia? :D ... itu sebab Nabi melarang keras perkara2 bidaah nih .... Maka akan timbul pelbagai amalan2 agama yang ditokok tambah yang akhirnya akan menuju kepada kesesatan ...

Rasullulah adalah pesuruh Allah ... Segala yang disampaikan oleh Rasullulah adalah dari Allah melalui wahyu ... Jika kita menokok tambah sesuatu amalan tesebut bermakna secara halusnya kita menyatakan bahawa :-

1. Allah tidak memberi segala wahyu kepada Rasullulah sehingga kita terpaksa merujuk kepada kitab2 lama berbanding AQ walaupun amalan tersebut memang Nabi x buat kerana tidak terdapat dalam mana2 nas yang sahih samada AQ atau Hadis ATAU
2. Rasullulah x memberitahu atau mengajar dengan sempurna maka kita perlu mengikuti kata2 ulamak terdahulu (yang mungkin tersilap sebab mereka bukan maksum)

Ini adalah amat bahaya sekali utk akidah kita ....

Apa yang Allah sampaikan kepada Nabi melalui wahyu telah sempurna disampaikan oleh Rasullulah kepada umat Islam ... tetapi terdapat segelintir umat Islam yang rasa apa yang disampaikan x cukup atau sempurna ... Maka perlu ditokok tambah ...

Persoalan utama saya masih x terjawab ... Kenapa Rasullulah, para sahabat atau ahlul bait x membuat Majlis Tahlil jika ianya benar2 beri menafaat kepada umat Islam ... simple saja soalan saya..
 
Kenapa nabi atau para sahabat atau ahlul bait x buat tahlil nih jika ianya benar2 beri menafaat kpd umat islam?

Kalau yang saudara maksudkan tahlil disitu adalah "tahlil arwah" cari lah dimana-mana kitab arab memang tidak ada istilah "tahlil arwah" itu kerana ianya istilah melayu yang baru.

Tetapi soal istilah itu bukan isu apa yang penting isi kandungan majlis itu.

sama sahaja jika saya ulang soalan yang sama tetapi mengenai tauhid uluhiyyah rububiyah dan asma sifat itu tidak ada pembahagian seperti itu di zaman Nabi SAW.

Bahkan begitu juga dalam pembahagian ilmu kepada ilmu nahu, sorof, balaghah, mantik, bayan, maani, usul fiqh, aqaid, isytiqaq, badi' ,qiraat, sababun nuzul, nasikh mansukh, fiqh, hadis

Tahlil arwah adalah majlis zikrullah yang didalamnya mengandungi zikir,mendoakan arwah simati, sedekah dan lain-lain.

Itu yang terdapat dapat majlis tahlil arwah yang mana setiap satunya ada anjuran tertentu.

orang-orang yang melarang majlis tahlil seperti melarang orang untuk berzikir, mendoakan arwah simati dan sedekah

sila bawakan dalil berzikir itu tidak boleh dibuat kerana ada kematian

Sila bawakan dalil larangan tidak boleh untuk mendoakan arwah simati

Sila bawakan dalil larangan tidak boleh sedekah bila ada kematian
 
Kalau yang saudara maksudkan tahlil disitu adalah "tahlil arwah" cari lah dimana-mana kitab arab memang tidak ada istilah "tahlil arwah" itu kerana ianya istilah melayu yang baru.

Tetapi soal istilah itu bukan isu apa yang penting isi kandungan majlis itu.

sama sahaja jika saya ulang soalan yang sama tetapi mengenai tauhid uluhiyyah rububiyah dan asma sifat itu tidak ada pembahagian seperti itu di zaman Nabi SAW.

Bahkan begitu juga dalam pembahagian ilmu kepada ilmu nahu, sorof, balaghah, mantik, bayan, maani, usul fiqh, aqaid, isytiqaq, badi' ,qiraat, sababun nuzul, nasikh mansukh, fiqh, hadis

Tahlil arwah adalah majlis zikrullah yang didalamnya mengandungi zikir,mendoakan arwah simati, sedekah dan lain-lain.

Itu yang terdapat dapat majlis tahlil arwah yang mana setiap satunya ada anjuran tertentu.

orang-orang yang melarang majlis tahlil seperti melarang orang untuk berzikir, mendoakan arwah simati dan sedekah

sila bawakan dalil berzikir itu tidak boleh dibuat kerana ada kematian

Sila bawakan dalil larangan tidak boleh untuk mendoakan arwah simati

Sila bawakan dalil larangan tidak boleh sedekah bila ada kematian

Berikan Hadis Sahih yang Nabi pernah buat seumpamanya kalo istilah itu menjadi masalah ...

Memang tidak ada nas melarang sebab di zaman Nabi perkara nih umat islam x buat .... tapi itu bukannya 1 jaminan bahawa perkara itu dibenarkan :D

Sepngetahuan saya Majlis Tahlil ini diceduk dari agama Hindu dan cuba disesuaikan dengan agama islam...
 
Rase nk gelak pn ade...

Promoter forex sungguh2 nk sembg agama...duk 24 jm depn pc tpi sembgnya spt org yg dah nadah kitab pondok...

Dunia2
 
Kalau bukn krn sanad, nescaya manusia akan berkata sesuka hatinya...

Kalau rase kite ni jahil tk pyh la komen, berlmbk lagi thread forex yg blh dijenguk...

Ni tak, sikit2 ' pd pendpt aku la...'

Dh tau awk bukn ahli tk pyh la gatai nk komen...sebut pd pendpt aku pn dh slh sbb antum semue bukn imam mujtahid
 
jejantas..agama islam telah sempurna..brape ramai yg masih mgamalkannya..jk ulama x wat tahlil,maulud,dsb..agama hanya ada pada hari jumaat je..dtg geng2 wahabilah,lepas solat zikir bidaah..ingat nabi,jd puja nabi x puja Allah,jdlah agama itu solat je..lain2 dunia..hilanglah kekuatan agama..
 
Back
Top
Log in Register