BTC USD 83,373.1 Gold USD 4,138.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Polis Myanmar tembak empat etnik Muslim Rohingya

ronighyakemaswan_1542539454.jpg

WANITA Rohingya menggendong anaknya ketika tiba di penempatan Shwe Hmaw Won di bandar KyaukTan, dekat Yangon. - Foto EPA

YANGON: Empat etnik Muslim Rohingya cedera selepas ditembak polis Myanmar sejurus menahan dua lelaki dituduh menyeludup orang keluar dari sebuah kem yang menempatkan pelarian di barat negeri Rakhine, menurut seorang saksi dan polis yang memberitahu Reuters, hari ini.

Difahamkan kira-kira 20 anggota polis memasuki kem Ah Nauk, terletak kira-kira 15 kilometer dari timur ibu negeri Sittwe, pagi tadi, sebelum menangkap dua lelaki dituduh memiliki bot yang digunakan dalam cubaan menyeludup 106 etnik Muslim Rohingya keluar dari negara itu, kelmarin.


Bot usang yang membawa penumpang turut dinaiki 25 kanak-kanak ditahan pihak berkuasa Myanmar di selatan Yangon yang menuju ke Malaysia.

Seorang etnik Muslim Rohingya, Maung Maung Aye, 27, dari kem yang menyaksikan tembakan itu memberitahu Reuters bahawa empat orang cedera dalam insiden itu sementara dua daripadanya cedera parah.

“Orang ramai di kem yang hendak keluar melihat kejadian itu ditembak polis,” katanya yang memberitahu Reuters menerusi panggilan telefon.

Dalam pada itu, polis berkata etnik Muslim Rohingya mengepung mereka dengan pedang dan membaling batu hingga mencederakan beberapa pegawainya.

“Saya mendapat tahu bahawa etnik Muslim Rohingya dari kem itu cuba membebaskan lelaki yang ditahan sebelum polis melepaskan beberapa tembakan amaran. Bagaimanapun, saya tidak tahu maklumat lanjut,” kata inspektor polis, Than Htay dari balai polis berhampiran. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...is-myanmar-tembak-empat-etnik-muslim-rohingya
 
Misi penghantaran pulang Rohingya ditangguh ke 2019

Rohingya_1542559142.jpg

RIBUAN pelarian Rohingya enggan pulang ke Myanmar. - Foto Reuters

COX’S BAZAR: Rancangan kerajaan Bangladesh untuk menangani krisis pelarian Rohingya dihentikan sehingga tahun depan.

Menurut seorang pegawai atasan negara berkenaan, usaha penghantaran pulang dan program penempatan semula akan digerakkan selepas pilihan raya umum akhir Disember, tahun ini.


Pesuruhjaya bagi penghantaran pulang dan bantuan pelarian Bangladesh, Abul Kalam memberitahu Reuters ‘satu tindakan baharu’ perlu diterima ke atas misi ini selepas pelarian berpendirian tegas tidak mahu pulang ke wilayah Rakhine.

Misi penghantaran pulang kumpulan pertama membabitkan 2,200 pelarian yang dijadualkan pada 15 November lalu, terhenti selepas bantahan besar-besaran di kem pelarian.

Tiada seorang pun dalam senarai berkenaan bersetuju untuk pulang kecuali tuntutan mereka mendapatkan keadilan, kerakyatan dan jaminan untuk pulang secara selamat ke kampung halaman masing-masing dapat ditunaikan.

“Saya percaya tidak ada seorang pun akan pulang tanpa mendapat permintaan ini,” kata Kalam.

Minggu lalu, dia menggesa komuniti antarabangsa untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menerima permintaan yang dianggap wajar sebelum usaha ke arah penghantaran pulang dapat dibereskan pihak berkuasa di sini.

Kalam berkata, dia percaya Myanmar perlu memberi cadangan untuk ‘membuka laluan lebih jelas’ kepada isu taraf kerakyatan bagi pelarian Rohingya jika mahu mereka pulang semula ke tanah air.

Jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay tidak dapat dihubungi, hari ini untuk mendapatkan komen. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...enghantaran-pulang-rohingya-ditangguh-ke-2019
 
Sami Buddha tunjuk perasaan bantah kepulangan Rohingya

samubuudh_1543139539.jpg

SAMI Buddha berarak mengadakan bantahan di Sittwe bagi menentang penghantaran pulang semula penduduk Islam Rohingya dari bangladesh. - Foto AFP





SITTWE: Penunjuk perasaan di negeri Rakhine mengadakan bantahan hari ini menentang penghantaran pulang semula penduduk Islam Rohingya dari Bangladesh, merujuk mereka sebagai ‘pelarian yang melarikan diri’.

Kira-kira 100 orang diketuai sami Buddha berarak di ibu negara, Sittwe, memegang sepanduk merah dan melaungkan slogan.

“Semua rakyat negara ini bertanggungjawab melindungi keselamatan negara.

“Tiada faedah langsung kepada kita atau negara jika kita menerima Benggali,” kata seorang sami, menurut siaran langsung Facebook bantahan itu.

Dia menggunakan istilah menghina bagi Rohingya kerana menyifatkan mereka ialah pendatang Bangladesh.

Bantahan itu dibuat 10 hari selepas Bangladesh dan Myanmar sepatutnya mula menghantar pulang semula anggota minoriti Rohingya yang melarikan diri daripada operasi ganas tentera pada Ogos 2016.

Pelarian Rohingya di Bangladesh ebrkata, tentera Myanmar merogol wanita, membunuh saudara mereka dan membakar rumah mereka dalam usaha menghalau etnik itu dari negara berkenaan buat selama-lamanya selepas beberapa dekad dianiaya.

Perjanjian membawa mereka balik dibuat setahun lalu tetapi minoriti Rohingya di dalam kem takut untuk kembali tanpa jaminan kerakyatan, keselamatan dan akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan. — AFP








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...ha-tunjuk-perasaan-bantah-kepulangan-rohingya






.
 
Amerika enggan 
sah jenayah genosid

image.jpg

Lelaki etnik Rohingya diarah melutut di perkampungan Inn, Myanmar pada 1 September 2017. Reuters

WASHINGTON 30 Nov. - Kumpulan Undang-undang Hak Asasi Manusia (PILPG) mengesahkan wujud bukti kukuh berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik minoriti Islam Rohingya di Myanmar.

Laporan tersebut yang dijang*ka dibentang oleh kumpulan itu pada Isnin ini, turut mengesahkan bahawa tentera negara berkenaan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan terma*suk pembunuhan beramai-ramai atau genosid.


PILPG diarahkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) untuk menemubual pelarian Rohingya sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kekejaman yang dilakukan terhadap etnik itu.

Jabatan tersebut pada September lalu menyiarkan laporan berdasarkan siasatan PILPG yang mendapati tentera Myanmar melakukan ‘pe*rancangan rapi dan menyelaraskan’ kempen pembunuhan beramai-ramai, rogol berkumpulan dan penyeksaan terhadap etnik Rohingya.

Walau bagaimanapun jabatan berkenaan enggan mengesahkan serangan yang dilakukan sebagai pembunuhan beramai-ramai atau jenayah terhadap kemanusiaan kerana pegawai-pegawai AS menyifatkannya sebagai ‘isu perdebatan dalaman’.

Jika AS mengisytiharkan sera*ngan itu sebagai pembunuhan beramai-ramai maka ia akan memberi implikasi undang-undang yang membolehkan Washing*ton mengenakan hukuman lebih berat terhadap Myanmar.

Ini menyebabkan pentadbiran Presiden Donald Trump berhati-hati untuk mendedahkan penilaian berkenaan sebaliknya hanya menyifatkan serangan itu sebagai ‘penghapusan etnik’.

PILPG memberitahu, pihak*nya akan mendedahkan bahawa ‘wujud asas kukuh untuk merumuskan berlaku jenayah perang, kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Rohingya’.

Laporan itu dibuat berdasarkan temu bual lebih 1,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh’.

Kumpulan itu memaklumkan misi tersebut telah dilakukan pada Mac dan April lalu ‘untuk memberikan keputusan tepat corak jenayah penderaan dan kekejaman’ yang dilakukan.

Sementara iu, para pegawai di Jabatan Negara AS membe*ritahu, objektif siasatan bukan untuk menentukan berlakunya pembunuhan beramai-ramai.

Sebaliknya bertujuan ‘mendokumenkan fakta’ dan terpulang kepada Setiausaha Negara, Mike Pompeo untuk ‘menentukan undang-undang’ yang wajar pada masa hadapan.

Sementara itu polis Bangladesh berjaya menahan seramai 10 pelarian Rohingya yang cuba menaiki sebuah bot di Shah Porir Dwip untuk ke Malaysia.

Anggota Batalion Tindakan Pantas Elit (RAB) memaklumkan, enam wanita dan empat lelaki Rohingya dikatakan ditahan sebelum sempat menaiki bot berkenaan di sungai Naf. – Reuters/AFP

“Wanita yang ditahan berusia bawah 22 tahun dipercayai menuju ke Malaysia melalui Teluk Bengal dengan harapan dapat mengahwini lelaki kaya di Malaysia,’’ kata Ketua RAB, Mahedi Hasan.– Reuters/AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...32-sah-jenayah-genosid-1.797063#ixzz5YP9aE81n
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Paris tarik gelaran Suu Kyi

image.jpg


PARIS 30 Nov. - Gelaran terhormat berkaitan kebebasan yang diterima oleh Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi daripada Paris bakal ditarik balik ekoran kegagalannya menangani isu pelarian etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berkata, keputusan itu diambil berikutan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Myanmar dan tindakan kekejaman dilaksanakan oleh tentera Myanmar.

Suu Kyi bakal menjadi orang pertama yang ditarik gelaran berkenaan daripada bandar Paris. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/paris-tarik-gelaran-suu-kyi-1.797070#ixzz5YPATDnpG
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Menteri Agama Myanmar bimbang orang Islam jadi majoriti

image.jpg

Thura Aung Ko. - Foto AFP





YANGON -MYANMAR . Menteri Agama Myanmar, Thura Aung Ko, bimbang bahawa etnik Islam Rohingya akan menjadi penduduk majoriti di negaranya satu hari nanti.

Menerusi laporan Reuters, beliau juga menuduh masyarakat yang menjadi pelarian di Bangladesh itu dikenakan 'tekanan minda' oleh Bangladesh supaya berarak masuk ke negaranya.

Aung Ko juga menghina etnik yang menganuti ajaran Islam itu dengan menyifatkan agama mereka sebagai ekstrem serta menggelar mereka sebagai 'keturunan Bengali'.

"Ketika orang kami yang beragama Buddha mengamalkan monogami dan mempunyai seorang atau dua orang anak, satu ajaran agama ekstrem menggalakkan penganutnya beristeri tiga atau empat hingga melahirkan 15, 20 anak.

"Selepas tiga, empat atau lima dekad lagi di negara Buddha ini, komuniti agama itu pasti akan menjadi minoriti di negara sendiri," kata Aung Ko dalam satu video yang disiarkan oleh Radio Free Asia.

Aung Ko memberi penjelasan lanjut kepada ucapannya pada 27 November lalu apabila beliau membincangkan isu kadar kelahiran anggota masyarakat yang menganuti 'ajaran ekstrem' yang mengancam penganut Buddha di Myanmar.

Semalam, ketika menerangkan 'agama yang ekstrem' itu, beliau mengakui membuat rujukan kepada orang Bengali.

Komen Aung Ko dalam video itu dikongsi oleh portal berita NewsWatch yang turut menyaksikan beliau berkata: "Pelarian di kem perlindungan itu turut memberi tekanan minda kepada belia Bengali supaya mara (ke Myanmar). Mereka sudah merancang perkara itu. Masa depan masyarakat Bengali yang sudah terlalu ramai ialah dengan masuk ke Myanmar."

Kenyataannya disiarkan ketika nasib etnik Rohingya menjadi pertikaian diplomatik di antara Myanmar dan masyarakat antarabangsa.

Lebih 730,000 etnik Rohingya lari dari negeri Rakhine di Myanmar selepas tentera negara itu mengganas sejak Ogos tahun lalu dan kini berada di khemah perlindungan di Bangladesh.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh askar Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai, memperkosa dan membakar ratusan perkampungan Rohingya dengan tujuan menghapuskan kaum itu.

Bagaimanapun, Kerajaan Myanmar terus menafikan semua dakwaan itu.








sumber: http://www.sinarharian.com.my/globa...ar-bimbang-orang-islam-jadi-majoriti-1.912308






.
 
Saya sedar kekejaman di Myanmar - CEO Twitter

INDIA-TWITTE_EO_1544589135.jpg

KETUA Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey. - Foto Reuters

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey, hari ini berkata beliau ‘sedar mengenai kekejaman hak asasi manusia dan penderitaan di Myanmar’, bertindak balas kepada kritikan berhubung tweet beliau mengenai percutiannya di negara yang tidak mempedulikan nasib etnik Islam Rohingya.

Dorsey berkata, lawatannya bersifat peribadi semata-mata dan beliau tidak berniat mendiamkan diri dengan tidak membangkitkan isu itu tetapi mengaku tidak tahu banyak mengenainya dan perlu belajar lagi.’


Dalam mesej awal di rangkaian media sosial itu, Dorsey berkata: “Myanmar negara indah. Rakyatnya sentiasa gembira dan makanannya sedap.”

Ia termasuk gambar bilik di biara yang dihuni sepanjang percutian, selain analisis kadar degupan jantung ketika melakukan meditasi.

Tiada langsung rujukan dibuat mengenai Rohingya.

Komen itu mengundang kritikan daripada pemerhati hak asasi dan pengguna Twitter.

Ogos lalu, Reuters melaporkan bagaimana ucapan kebencian disebarkan menerusi media sosial seperti Twitter dan Facebook pada kemuncak kezaliman tentera Myanmar.

Dorsey berkata, Twitter menjadi cara orang ramai berkongsi berita dan maklumat mengenai kejadian di Myanmar dan ‘menjadi saksi kepada nasib Rohingya dan komuniti lain’.

Lebih 730,000 etnik Rohingya melarikan diri daripada keganasan tentera di Rakhine pada 2017, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi bantuan. — Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/12/508250/saya-sedar-kekejaman-di-myanmar-ceo-twitter
 
Tentera Myanmar lancar operasi pembersihan baharu

Ming_Aung_Hlaing_1545291956.jpg


YANGON: Tentera Myanmar menjalankan ‘operasi pembersihan’ pusingan baharu dalam konflik melanda negeri Rakhine selepas empat penganut Buddha diserang dan dua lagi dibunuh, kata pejabat ketua komander, dengan salah satu insiden dikaitkan dengan etnik Islam Rohingya.

Keganasan berlaku pada petang 17 Disember di sepanjang sungai Pyu Ma, di bandar Maungdaw, di utara Rakhine, kawasan yang sama tentera melancarkan serangan terhadap etnik Rohingya tahun lalu.

Pejabat Ketua Komander Ming Aung Hlaing berkata, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi hari ini, bahawa pasukan keselamatan kembali aktif dan melaksanakan ‘operasi meluaskan kawasan di sepanjang sungai Pyu Ma Creek’.

Menurut tulisan itu, aktiviti itu diaktifkan semula selepas dua etnik Buddha Rakhine tidak pulang daripada memancing dan kemudian mayat mereka dijumpai di tebing sungai.

Pada hari yang sama, dua lagi etnik Buddha diserang ketika memancing sepanjang sungai oleh enam lelaki yang bercakap bahasa Bengali tetapi mereka berjaya diselamatkan di hospital tempatan.

Menurut tulisan itu, pihak berkuasa tidak tahu identiti penyerang.

Lebih 720,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh selepas Myanmar melancarkan operasi pembersihan pada Ogos 2017, dan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mahu pemimpin atasan negara itu bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai ketika pengusiran.

Bagaimanapun, negara itu mengatakan mereka hanya mempertahankan diri daripada militan Rohingya yang menyerang pos kawalan polis dan menafikan semua tuduhan keganasan.

Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai salah satu etnik kebangsaan, malah merujuk mereka sebagai pendatang Bengali daripada Bangladesh. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...era-myanmar-lancar-operasi-pembersihan-baharu
 
mcm2 alasan la nk serang islam..

sbb mengapa kita takut apabila sang kafir memerintah negara.
 
Mayat polis dengan kesan tembakan dijumpai di Rakhine

myann_1545541780.jpg


YANGON: Mayat seorang anggota polis Myanmar dengan kesan tembakan ditemui di utara negeri Rakhine, lapor media tempatan hari ini, ketika ketegangan semakin memuncak di kawasan panas tercetusnya krisis Rohingya, tahun lalu.

Mangsa, Aung Kyaw Thet dilaporkan hilang selepas kejadian serbuan oleh penyerang tidak dikenali di bandar Maungdaw dekat dengan sempadan Bangladesh.


Menurut laporan akhbar Global New Light of Myanmar, mayat Thet ditemui dua hari lalu, dengan kesan luka di muka, tangan dan kaki di kawasan bukit negara jiran.

Serbuan itu berlaku pada hari yang sama dua etnik Buddha Rakhine hilang ketika memancing di bandar yang sama dan kemudian dijumpai dengan keadaan kesan kelar di leher.

Insiden itu menyebabkan tentera Myanmar melancarkan ‘operasi pembersihan’ dan meningkatkan kebimbangan keganasan baharu bakal tercetus.

Bagaimanapun, laporan Global New Light hari ini tidak mendedahkan dalang di sebalik serangan tetapi pihak berkuasa menjumpai kubu lubang berhampiran tempat kejadian, termasuk beberapa kelongsong peluru dan biskut yang dikilangkan di Bangladesh.

Wilayah barat negara itu adalah kawasan yang menjadi tempat perpecahan etnik dan agama, malah pertempuran pernah berlaku antara pasukan keselamatan dan pejuang Rohingya serta tentera Rakhine dari pasukan Tentera Buddha Arakan.

Setakat ini, lebih 720,000 etnik Rohingya melarikan diri dari utara Rakhine ke Bangladesh selepas Myanmar bertindak keras terhadap kumpulan etnik minoriti Rohingya, sejak Ogos 2017. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...lis-dengan-kesan-tembakan-dijumpai-di-rakhine
 
Back
Top
Log in Register