BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Ceroboh sempadan: Rohingya terjejas

image.jpg

STRUKTUR yang dibina Myanmar di kawasan tidak dituntut di Ghumdum dekat Bandarban, bersempadan antara Bangladesh dan Myanmar.

DHAKA 12 Jan. - Yangon didakwa me*lakukan pencabulan un*dang-undang antarabangsa secara terang-terang*an apabila membina struktur konkrit di kawasan tidak dituntut di kawasan Ghumdum dekat Bandarban yang bersempadan antara negara ini dan Myanmar.

Daily Star yang memetik jurucakap kerajaan Bangladesh sebagai berkata, langkah Myanmar itu akan menjejaskan aliran terusan sekali gus mengakibatkan banjir dan memaksa kira-kira 6,000 etnik Islam Rohingya yang tinggal di kawasan tersebut sejak Ogos 2017 melarikan diri sekali lagi.


Penduduk Rohingya nyata bimbang dengan binaan itu yang didakwa akan dijadikan sebagai stesen rondaan tentera Myanmar.

Timbalan Komisioner Cox’s Bazar, Kamal Ahmed berkata, beliau telah menghantar surat kepada setiausaha Kabinet bagi menyatakan kebimbangan berhubung kerja pembinaan struktur berkenaan.

“Kerajaan Myanmar tidak boleh membuat apa-apa struktur di kawasan tidak dituntut itu dan jika binaan ber*kenaan dibina, penempatan Ro*hingya akan terjejas dan ditenggelami air,” jelasnya.

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Hubungan Antarabangsa, Universiti Dhaka, Prof. Imtiaz Ahmed berkata, Myanmar sekali lagi melanggar undang-undang antarabangsa dengan pembinaan struktur berkenaan.

“Tiada negara boleh melakukan kerja pembinaan di tanah tidak dituntut melainkan ada perjanjian dua hala dengan negara jiran berkenaan,” katanya.

Mengikut undang-undang an*tarabangsa, tiada pembinaan boleh dibuat dalam lingkungan 137 meter pada bahagian sempadan kedua-dua negara jika tiada perjanjian bilateral me*ngenainya dibuat. – AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...adan-rohingya-terjejas-1.821105#ixzz5cS0jyO00
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Wakil PBB lawat pulau 'penempatan semula' Rohingya

ylee_1548323547.jpg

Yanghee Lee

DHAKA: Wakil khas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee melawat sebuah pulau di luar pantai Bangladesh yang disebut-sebut menjadi lokasi penempatan semula pelarian Rohingya walaupun wujud kebimbangan, ia terdedah kepada cuaca buruk.

Kira-kira 750,000 Muslim Rohingya membanjiri Bangladesh Ogos 2017 selepas tindakan keras tentera Myanmar yang dikatakan PBB bersamaan genosid, menyertai 250,000 pelarian yang sudah menetap di sana.


Bangladesh membelanjakan AS$280 juta (RM1.16 bilion) menukar Bhashan Char, pulau kecil berlumpur yang muncul dari laut dua dekad lalu, kepada kem untuk sejumlah pelarian.

bchar_1548323568.jpg

Bhashan Char, pulau kecil berlumpur yang muncul dari laut dua dekad lalu dan mengambil masa sejam perjalanan menaiki bot dari daratan terdekat, terdedah kepada ribut ganas. -Foto Agensi

Namun kepulauan itu, terletak dalam wilayah tepi pantai di mana cuaca buruk mengorbankan ratusan ribu penduduk sejak dekad terbaharu, mengambil masa sejam perjalanan menaiki bot dari daratan terdekat, juga terdedah kepada ribut ganas.

Sesetengah pelarian Rohingya yang tinggal dalam kem terlebih sesak dan sempit di daerah sempadan Cox’s Bazaar di tenggara Bangladesh, melahirkan perasaan tidak senang untuk berpindah, sementara PBB bertegas, mana-mana perpindahan semula perlu secara sukarela.

ylee2_1548323559.jpg

Pelarian Islam Rohingya yang berlindung dalam kem penuh sesak, sempit di Cox’s Bazaar, Bangladesh. -Foto Agensi

Lee, melawat pulau itu menaiki helikopter ditemani pegawai Kementerian Luar Bangladesh dan dijangka memeriksa kemudahan dan perlindungan dibina di sana.

PBB berkata, wakil berkenaan yang turut mengunjungi Thailand, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan namun dijangka mengadakan sidang media di sini esok.

Menteri Luar Bangladesh, A.K. Abdul Momen minggu ini berkata, Dhaka tidak menyembunyikan apa-apa di pulau terbabit dan mereka akan membawa diplomat yang berminat mengadakan lawatan, mengunjunginya sebaik kerja pembinaan selesai.

“Kami amat terbuka. Kami bukan bermain sembunyi-sembunyi. Kerja perlu diselesaikan terlebih dulu,” katanya. -AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/as...il-pbb-lawat-pulau-penempatan-semula-rohingya
 
Myanmar sekat bantuan kemanusiaan

image.jpg

ANGGOTA polis pengawal sempadan berkawal berdekatan sekumpulan etnik Rohingya di perkampungan Buthidaung, negeri Rakhine, Myanmar, semalam. AFP

YANGON 25 Jan. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sekatan terbaharu dilaksanakan Myanmar terhadap bantuan kemanusiaan di negeri Rakhine yang kebanyakannya didiami etnik Rohingya, akan menjejaskan kira-kira 50,000 penduduk.

Kerajaan tempatan Rakhine pada bulan ini menyekat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi PBB daripada memasuki ke kawasan luar bandar di lima perkampungan di utara dan tengah negeri berkenaan.


Pejabat Koordinasi Hal Eh*wal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mengumpulkan maklumat terkini daripada organisasi kemanusiaan tentang kesan sekatan di Kyauktaw dan Ponnagyun.

PBB mengedarkan nota me*ngenai maklumat terbabit kepada beberapa pegawai dan NGO bagi mendapatkan maklum balas serta perkembangan terkini berhubung situasi tersebut.

Sekatan memaksa organisasi bantuan mengurangkan atau menghentikan program sedia ada termasuk peruntukan penjagaan kesihatan, bekalan air bersih, pembinaan sekolah dan latihan guru.

OCHA memberi contoh di Kyauktaw, ‘perkhidmatan kesihatan bergerak di 15 kampung yang melibatkan 17,000 orang, termasuk kira-kira 1,600 orang yang dirawat setiap bulan namun terpaksa dihentikan’.

HAPUSKAN PEMBERONTAK

Tambah OCHA, pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak Ro*hingya, Tentera Arakan (AA) menyebabkan kira-kira 5,000 orang melarikan diri sejak awal bulan ini.

Presiden *Myanmar, Win Myint* ketika pertemuan dengan ketua komander menggesa tentera ‘menghapuskan’ AA.

Minggu lalu, PBB mendesak Myanmar membenarkan akses bantuan kemanusiaan yang ‘cepat dan tiada kawalan’ ke kawasan terjejas.

“Kami sedang berusaha menilai impak yang berlaku terhadap program kemanusiaan berikutan sekatan akses di perkampungan yang terjejas,” kata jurucakap OCHA di Myanmar, Pierre Peron ketika menjawab e-mel yang dikemukakan Reuters.

Tambah Peron, PBB sedang menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa di Rakhine bagi memudahkan aktiviti organisasi kemanusiaan.

NGO LUAH KEBIMBANGAN

Reuters menghubungi beberapa NGO yang terkesan de*ngan situasi tersebut bagi mendapatkan ulasan lanjut.

Salah satu daripada NGO berkenaan, Majlis Pelarian Norway (NRC) berkata, sama de*ngan kebanyakan organisasi lain, NRC tidak mempunyai akses untuk memberikan bantuan di kawasan yang terjejas dan penduduk yang melarikan diri.

“Kami menyediakan bekalan kecemasan dan bersedia untuk bertindak jika keadaan berubah,” kata Pemangku Pengarah NRC di Myanmar, Laura Marshall.

Dalam pada itu, beberapa organisasi bantuan meluahkan kebimba*ngan berhubung sekatan tersebut.

Myint tidak dapat dihubu*ngi bagi memberikan sebarang komen.

Beliau sebelum ini berkata, sekatan itu dibuat bagi tujuan keselamatan dan tidak tahu berapa lama akan dilaksanakan.

ARAKAN BERTINDAK

Rakhine telah dilanda pelbagai insiden keganasan sejak beberapa tahun kebelaka*ngan ini dan pada 2017, operasi penghapusan etnik oleh tentera Myan*mar disusuli serangan oleh kumpulan pemberontak Muslim Rohingya telah menyebabkan kira-kira 730,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

AA yang didakwa dalang di sebalik serangan baru-baru ini menuntut autonomi yang lebih besar dari kerajaan Rakhine.

Anggota AA membunuh 13 anggota polis dan mencederakan sembilan orang dalam siri serangan terhadap empat balai polis pada awal bulan ini.

Jurucakap AA di luar Myanmar memberitahu Reuters bahawa mereka menyerang anggota keselamatan sebagai tindak balas terhadap serangan tentera di utara Rakhine yang disasarkan kepada penduduk awam.

HERET KETUA TENTERA

Dalam perkembangan berkaitan, Yanghee Lee, Wakil Khas PBB ke Myanmar, mendesak ketua tentera Myanmar didakwa kerana melakukan genosid atau pembunuhan beramai-ramai.

Menurutnya, ini bagi memastikan proses membawa pulang pelarian Rohingya berjalan de*ngan baik.

“Min Aung Hlaing dan yang lainnya perlu diheret ke muka pengadilan kerana dakwaan genosid di Rakhine dan jenayah kemanusiaan lain di Myanmar.

“Ini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pelarian terbabit pulang. Kalau tidak, pusi*ngan ganas genosid akan berte*rusan,” katanya. – reuters



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-sekat-bantuan-kemanusiaan-1.829608#ixzz5dgEQoC97
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
PBB desak ketua tentera Myanmar didakwa

yanghee_1548474284.jpg

anghee Lee ketika ditemu bual wartawan Reuters di Bangkok, Thailand pada 18 Januari lalu. Foto Reuters

BANGKOK/DHAKA: Ketua tentera Myanmar mesti didakwa atas kejadian pembunuhan beramai-ramai etnik minoriti Islam Rohingya, dan ia perlu dilakukan sebelum pelarian yang meninggalkan negara itu, kembali ke tanah air mereka.

Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Manusia di Myanmar, Yanghee Lee berkata demikian dalam lawatannya ke Thailand dan Bangladesh.


Ketika lawatan itu, beliau bertemu pihak berkuasa dan etnik Rohingya yang meninggalkan Rakhine susulan serangan tentera Myanmar pada 2017.

“Min Aung Hlaing dan pihak lain perlu bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Rakhine dan jenayah kemanusiaan serta jenayah perang yang berlaku di kawasan lain di Myanmar,” kata Yanghee yang dikenakan sekatan masuk ke Myanmar.

Ia adalah kenyataan pertama Yanghee yang dibuat secara terbuka untuk meminta ketua tentera Myanmar itu didakwa atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai.

Dalam siasatan yang dijalankan oleh PBB di Myanmar tahun lalu, badan dunia itu mendapati anggota tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai, selain merogol etnik terbabit dalam serangan di kawasan penempatan mereka.

Maklumat itu diperoleh hasil temu bual dengan pelarian terbabit, dan siasatan itu juga mencadangkan supaya Min Aung Hlaing serta lima lagi jeneral tentera didakwa, kerana melakukan jenayah paling berat mengikut undang-undang antarabangsa.

Sejak Ogos 2017, kira-kira 730,000 etnik Rohingya dilapor meninggalkan Rakhine menuju ke Bangladesh dan mereka kini tinggal di beberapa kem di kawasan sempadan.

“Bagi membolehkan program penghantaran pulang dilaksanakan, dalang jenayah perlu didakwa kerana jika tidak ia akan memburukkan lagi keadaan, atau kejadian mengerikan itu akan berlaku semula di Myanmar.

“Dan kemudian, kita akan menyaksikan semula kitaran rakyat diusir dalam kediaman mereka,” kata Yanghee dalam satu temu bual dengan Reuters di Thailand pada 18 Januari lalu.

Sementara itu, jurucakap tentera dan Kerajaan Myanmar gagal dihubungi untuk maklum balas berhubung kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, Myanmar menyangkal segala tuduhan yang dibuat oleh pelarian terhadap pasukan tentera dan mendakwa operasi dijalankan secara sah bagi menangani pengganas. - Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/01/524228/pbb-desak-ketua-tentera-myanmar-didakwa
 
Bangladesh halang 22 Rohingya lari ke Malaysia

rohing_1549889629.jpg


COX’S BAZAR: Pasukan keselamatan Bangladesh berjaya menyekat usaha menyeludup 22 etnik Islam Rohingya ke Malaysia menggunakan bot.

Ia adalah kumpulan kedua yang berjaya dihalang daripada berbuat demikian dalam tempoh tiga hari.


Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) dilaporkan berjaya menemui 11 wanita, kanak-kanak (10) dan seorang lelaki di sebuah kampung di kawasan pantai Teluk Bengal, berhampiran sempadan Myanmar, semalam.

“Kesemua 22 etnik Rohingya itu dikatakan sudah membayar sebanyak AS$1,200 (RM4,882) kepada penyeludup untuk mendapatkan sebuah bot kecil bagi perjalanan itu,” kata pegawai BGB.

Bagaimanapun, individu yang terbabit dengan pemerdagangan manusia itu berjaya melarikan diri sebelum pasukan keselamatan tiba di lokasi berkenaan.

Kira-kira 740,000 penduduk minoriti Islam sudah meninggalkan Myanmar menuju ke Bangladesh berikutan operasi tentera pada Ogos 2017.

“Penyeludup merampas segala barang yang dimiliki oleh pelarian terbabit,” kata Ketua BGB di Teknaf, Leftenan Kolonel Asadud Zaman Chowdhury kepada AFP.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, sebahagian besar remaja perempuan etnik Rohingya itu akan dipaksa terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Ia adalah insiden keempat insiden pelarian Rohingya berjaya dihalang daripada menaiki bot menuju ke Malaysia, sejak November lalu. AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/02/529798/bangladesh-halang-22-rohingya-lari-ke-malaysia
 
Isu Rohingya diseludup ke Malaysia, pelarian semakin terdesak: penganalisis

banglad_1550218603.jpg

Seorang penganalisis berkata, penemuan terbaharu etnik Rohingya ke Malaysia adalah petanda ‘berbahaya’, menunjukkan betapa terdesaknya pelarian di lebih 30 kem buluh dan tarpaulin dalam persekitaran daif serta sesak. -Foto Agensi

DHAKA: Polis Bangladesh menahan 43 pelarian Rohingya daripada diseludup ke Malaysia menggunakan bot dengan 12 wanita mendakwa mereka diculik penyeludup, kata pihak berkuasa semalam.

Bertindak atas maklumat, polis menemui pelarian terbabit di dua tempat berasingan di sempadan tenggara daerah Cox’s Bazar, menambah jumlah Rohingya diselamatkan daripada penyeludup kepada lebih 100 orang dalam tempoh kurang seminggu.

Kira-kira 740,000 minoriti Islam itu lari dari Myanmar ke Bangladesh selepas satu tindakan keras tentera di negara majoriti Buddha itu pada Ogos 2017.

Mereka menyertai tambahan 300,000 Rohingya yang hidup dalam kem terlebih sesak di Cox’s Bazar berikutan keganasan sebelumnya.

Pihak berkuasa bimbang ramai mungkin dieksploitasi skim pemerdagangan manusia terancang antarabangsa yang sebelum ini menghantar ribuan Rohingya ke Malaysia menaiki bot sehingga Bangladesh melancarkan tindakan keras pada 2015 susulan penemuan kubur besar pelarian di Thailand.

Batalion Tindakan Pantas (RAB), unit elit polis berkata, mereka menyelamatkan 12 wanita, kebanyakannya berusia 20-an dari sebuah bilik di Cox’s Bazar awal pagi semalam dan menahan dua penyeludup kerana ‘menculik’ mereka.

“Wanita muda dari kem pelarian diperdaya penyeludup. Mereka dijanjikan untuk dihantar ke Malaysia sebaliknya dibawa ke Cox’s Bazar dan dikurung dalam sebuah rumah,” kata jurucakap RAB, Mashkur Rahman kepada AFP menambah kes itu dianggap menculikan selepas wanita terbabit mendakwa dikurung tanpa rela.

Dalam satu lagi sebuan lewat kelmarin, polis Cox’s Bazar menyelamatkan tambahan 31 Rohingya dari pulau selatan Maheskhali, sejauh 110 kilometer dari kem pelarian sesak Kutupalong.

Ketua polis tempatan, Provash Chandra berkata, 14 wanita, 11 lelaki dan enam kanak-kanak bersembunyi dalam sebuah hutan tepi pantai di Maheshkhali, menunggu menaiki bot ke Malaysia.

“Mereka membayar kira-kira 20,000 taka (RM972.31) setiap seorang kepada penyeludup untuk perjalanan itu,” katanya yang menahan seorang penyeludup wanita dan mencari pesalah lain.

Seorang penganalisis berkata, penemuan terbaharu etnik Rohingya ke Malaysia adalah satu tanda ‘berbahaya’ dan menunjukkan betapa terdesaknya pelarian di lebih 30 kem buluh dan tarpaulin dalam persekitaran daif serta sesak.

“Adalah biasa untuk pelarian terdesak cuba menempuh risiko mencari masa depan lebih baik. Mereka tahu jalannya penuh berliku, namun ramai berpendapat, itu satu-satunya jalan keluar,” kata Tasneem Siddiqui, mengetuai kumpulan pemikir Bangladesh berkaitan isu penghijrahan.

Pihak berkuasa bimbang, lebih ramai Rohingya akan cuba menaiki bot ke Malaysia ketika Teluk Bengal tenang sebelum ketibaan musim monsun penghujung Mac. -AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...laysia-pelarian-semakin-terdesak-penganalisis
 
Ketua junta Myanmar terus nafi genosid Rohingya

deny_1550242486.jpg

Myanmar Armed Forces Commander-in-Chief Senior General Min Aung Hlaing arrives to attend a reception to mark the 72nd anniversary of country's National Union Day in Naypyidaw on February 12, 2019. (Photo by Thet AUNG / AFP)​

TOKYO: Ketua junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing yang berdepan gesaan antarabangsa supaya dihukum kerana melakukan genosid ke atas Muslim Rohingya, menafikan penindasan sistematik oleh tentera sebaliknya berkata, tuduhan itu menghina negaranya.

Dalam wawancara pertamanya sejak tentera Myanmar melancarkan tindakan keras pada 2017, Min Aung Hlaing ragu-ragu dengan dalwaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 730,000 Rohingya lari ke Bangladesh dan penderaan oleh junta, mengatakan pelarian diajar untuk bercakap.


“Kritikan tanpa sebarang bukti tertentu menjejaskan maruah negara,” katanya kepada akhbar harian Jepun, Asahi Shimbun dalam wawancara diterbitkan hari ini.

Tentera Myanmar melancarkan tentangan di Rakhine pada 2017 sebagai tindak balas terhadap siri serangan oleh pemberontak Rohingya ke atas pos keselamatan berhampiran sempadan Bangladesh.

Satu misi pencarian fakta PBB tahun lalu berkata, kempen tentera yang dikatakan pelarian termasuk pembunuhan beramai-ramai dan rogol, dirancang dengan ‘niat genosid’ dan mencadangkan supaya mendakwa Min Aung Hlaing dan lima jeneral lain dengan ‘hukuman jenayah paling berat mengikut undang-undang antarabangsa.’

Ketua agensi pelarian PBB, Filippo Grandi memberitahu media di Geneva, beliau tidak menyaksikan wawancara itu namun kerajaan Myanmar menandatangani perjanjian dengan badan dunia itu tahun lalu, mengiktiraf wujudnya keganasan dan penduduk lari merentasi sempadan (ke Bangladesh) serta berhak untuk kembali.

“Sekiranya sesetengah di kalangan pengantara kami memiliki pandangan berbeza, kami masih berpegang dengan memorandum persefahaman yang mengiktiraf masalah ini dan menunjukkan secara tepat penyelesaian yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Seorang penyiasat hak asasi PBB berkata bulan lalu, Min Aung Hlaing dan jeneral lain perlu dipertanggungjawabkan atas genosid dilakukan terhadap Rohingya dan ia perlu dilaksanakan sebelum pelarian kembali.

“Adalah wajar memikirkan alasan mereka berpindah ke Bangladesh seperti tinggal dengan saudara atau lari ke negara ketiga. Semua mereka mengatakan perkara yang sama, yang saya percaya seseorang mengarahkan mereka,” kata Min Aung Hlaing. -Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/02/531303/ketua-junta-myanmar-terus-nafi-genosid-rohingya
 
Smlm kuar p satu shopping mall ni perghhh byk sgt rohingya melepak..perghhh mostly mulut semua merah2 nmpk selekeh gila n dh mcm penyangak aku tgk depa ni. Mcm ni korang nk angkut byk2 lg rohingya. Kalo attitude ok x pa lg tp ni mmg attitude mostly not ok.
 
Pasukan ICC siasat kekejaman tentera Myanmar​

1_dsWSK7ZYEkZERdB7xqf_QA_1551886939.jpg

DHAKA: Satu pasukan pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berada di Bangladesh, hari ini, untuk siasatan awal dakwaan kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya pada 2017.

“Kunjungan adalah sebahagian daripada pemeriksaan awal situasi di Bangladesh dan Myanmar,” menurut kenyataan ICC yang dikirim menerusi emel kepada AFP.

“Pemeriksaan awal bukan satu siasatan. Kunjungan sebegini dalam konteks pemeriksaan awal adalah amalan standard dan delegasi tidak akan mengambil bukti berkait mana-mana tuduhan jenayah,” katanya.

Seorang pegawai Bangladesh berkata, ICC akan melawat beberapa kem Rohingya di daerah tenggara negara itu, Cox’s Bazar yang menempatkan kira-kira 740,00 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada operasi tentera kejam pada akhir 2017.

September lalu, pendakwa raya ICC membuka satu siasatan awal terhadap tuduhan jenayah Myanmar ke atas minoriti Muslim Rohingya termasuk pembunuhan, keganasan seks dan pemindahan secara paksa.

Pemeriksaan awal boleh membawa kepada siasatan rasmi oleh ICC, ia ditubuhkan pada 2002 untuk menyiasat jenayah perang dan jenayah kemanusiaan kemudian melakukan pendakwaan. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/03/538148/pasukan-icc-siasat-kekejaman-tentera-myanmar
 
Last edited:
Smlm kuar p satu shopping mall ni perghhh byk sgt rohingya melepak..perghhh mostly mulut semua merah2 nmpk selekeh gila n dh mcm penyangak aku tgk depa ni. Mcm ni korang nk angkut byk2 lg rohingya. Kalo attitude ok x pa lg tp ni mmg attitude mostly not ok.

skrg ni dorang siap jadi tokan dadah lg..itulah kan x sedar diri dh tlg tp jadi pembawa masalah plk..alasan jadi tokan sbb gaji mahal kerja sng..
 
Back
Top
Log in Register