BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

PBB: 2,500 Rohingya larikan diri susulan pertempuran terkini di Rakhine​

Diterbitkan Hari ini 3:31 petang | Dikemaskini Hari ini 3:31 petang

6f2e4a6eccdb68dde71087b7eab307e3.jpeg


GLOBALKira-kira 2,500 lagi Orang Rohingya melarikan diri dari Negeri Rakhine yang terletak di Myanmar tengah susulan pertempuran terkini yang meletus antara dua kumpulan tentera, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.

Jurucakap setiausaha agung PBB, Farhan Haq, berkata Rohingya terbabit "terpaksa melarikan diri susulan pertempuran antara Tentera Arakan dan tentera Myanmar” yang bermula bulan lepas.

Farhan berkata PBB telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat dan menilai keperluan komuniti yang terjejas.

Rohingya, yang disifatkan PBB sebagai golongan paling teraniaya, telah berdepan ketakutan diserang selepas berpuluh-puluh orang daripada etnik itu dibunuh dalam keganasan komunal pada 2012.

PBB telah mendokumenkan insiden massa rogol berkumpulan, pembunuhan termasuk bayi dan kanak-kanak, kejadian membelasah secara kejam serta kehilangan orang yang dilakukan oleh tentera Myanmar.

Dalam satu laporan, para penyiasat PBB berkata pencabulan sedemikian mungkin terjumlah kepada jenayah terhadap kemanusiaan.

Sejak 25 Ogos 2017, hampir 24,000 umat Islam Rohingya telah dibunuh oleh tentera Myanmar, menurut Agensi Pembangunan Antarabangsa Ontario (OIDA).


Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, telah melarikan diri dari Myanmar serta menyeberang ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan tindakan keras terhadap komuniti minoriti umat Islam.

Bulan lepas, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan satu resolusi yang menyifatkan keganasan berterusan terhadap Rohingya adalah "genosid."

-- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/458732
 
dari gambar pn dh tau... asal dapat apa yg blh di capai je masa melarikan diri..
kalo anak kecik ramai konpom x dpt bwk barang.. sehelai sepinggang je lah dgn anak2.. kesian...
takziah.. semoga dipermudahkan segala urusan..
 
Khamis, 3 Januari 2019 | 5:15pm

Saifuddin_Abdullah2_1546506922.jpg

SAIFUDDIN menerima kunjungan hormat Jeremy Hunt di Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. - Foto BERNAMA

Malaysia-UK sepakat isu Rohingya​

PUTRAJAYA: Malaysia dan United Kingdom (UK) sependapat dalam isu Rohingya termasuk mahu memastikan proses penghantaran pulang etnik itu dari Bangladesh ke Myanmar berjalan baik dengan cara yang betul.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia antara perkara yang dibincangkan oleh beliau dan Setiausaha Luar UK, Jeremy Hunt, dalam pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin itu di Wisma Putra, hari ini.

Saifuddin berkata, beliau juga memaklumkan kepada Hunt mengenai persetujuan dalam kalangan Menteri Luar ASEAN berhubung perkara itu, iaitu mengadakan perbincangan dengan Myanmar dan Bangladesh.

“Kita lihat jika proses ASEAN boleh dilaksanakan, contohnya kemungkinan bagi penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN Untuk Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana (AHA) yang akan memainkan peranan memantau proses penghantaran pulang.

“Mereka (Menteri Luar ASEAN) sudah bercakap dengan kerajaan kedua-dua negara dan melihat bagaimana projek ASEAN melalui AHA boleh memainkan peranan dalam memastikan proses penghantaran pulang itu berlaku,” katanya pada sidang media bersama Hunt selepas pertemuan itu.

Saifuddin berkata, kedua-dua negara berkongsi hubungan yang rapat sejak sekian lama dan akan saling bekerjasama rapat dalam beberapa bidang termasuk meneruskan proses demokrasi.

“Ini adalah pentadbiran baharu selepas pilihan raya umum. Kita juga mengalu-alukan tawaran daripada kerajaan Britain untuk membantu kita dalam agenda reformasi kerajaan khususnya transformasi dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Mengenai Brexit, Saifuddin berkata UK akan terus memainkan peranan selepas Brexit dalam pelbagai bidang.

Katanya, jumlah dagangan antara Malaysia dan UK konsisten sejak 10 tahun lalu dengan purata RM12 hingga RM17 bilion setahun.

Sementara itu, Hunt berkata kedua-dua negara sangat komited bersama negara lain untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya.

“Status quo ketika ini tidak diterima, tidak adil, berperikemanusiaan atau bermaruah. Kita mahu bekerjasama dengan Malaysia, ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan kemajuan dalam penyelesaian tragedi yang buruk ini,” katanya.

Mengenai isu minyak kelapa sawit, Hunt berkata beliau mahu memahami cara Malaysia melaksanakan usaha dalam memastikan industri sawitnya mapan dan tidak dibangunkan melalui penebangan hutan yang memusnahkan alam sekitar.

“UK akan terus mengikuti perkara ini dengan sangat dekat,” katanya.

Selain itu, Hunt berkata UK turut bersedia membantu kerajaan baharu Malaysia dalam usaha memerangi rasuah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/515803/malaysia-uk-sepakat-isu-rohingya
 
Ambil gambar kemudian hantar pulang

140151.jpg

Keluarga Rohingya terbabit mengambil gambar bersama pasukan keselamatan India dan Myanmar.

NEW DELHI - INDIA. India telah menghantar pulang keluarga Rohingya ke Myanmar walaupun berdepan amaran mereka mungkin menghadapi penganiayaan di negara tersebut.

Polis pada Khamis memberitahu pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka itu ditahan dan dipenjarakan di negeri Assam pada 2014 kerana memasuki negara itu tanpa dokumen sah.

Kesemua mereka telah melintasi sempadan dan diserahkan kepada pegawai Myanmar," lapor media tempatan memetik kenyataan jurucakap polis, Bhaskar Jyoti Mahanta.

Gambar dari pihak berkuasa sempadan India-Myanmar menunjukkan keluarga tersebut turut bergambar dengan anggota keselamatan kedua-dua negara sebelum proses deportasi itu.

Kami akan menghantar mereka pulang sebaik sahaja mendapat permit perjalanan dari negara itu. Kebanyakan mereka menyusup masuk ke negara ini kerana mahu memulakan kehidupan baharu ujarnya.

Oktober lalu, India menghantar pulang tujuh lelaki Rohingya ke Myanmar hingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan golongan itu yang khuatir akan menerima nasib sama seperti mereka.

Data kerajaan New Delhi menunjukkan Pasukan Keselamatan Sempadan telah menahan 230 pelarian Rohingya sehingga akhir November lalu.

India menganggarkan 40,000 pelarian Rohingya tinggal di kem sementara di seluruh negara. - Press TV

https://www.sinarharian.com.my/article/5440/GLOBAL/Ambil-gambar-kemudian-hantar-pulang
 
Pejuang AA, tentera Myanmar bertempur

image.jpg

SEORANG wanita bersama anak-anaknya berlindung di kem penempatan sementara di pekan Kyauktaw, negeri Rakhine, Myanmar, baru-baru ini. AFP

YANGON 4 Jan. – Kumpulan pejuang Rohingya, Tentera Arakan (AA) didakwa melancarkan serangan terhadap empat balai polis berdekatan sempadan Bangladesh, hari ini dan menahan sebanyak 14 ‘tahanan perang’ ketika serangan terbabit.

Bagaimanapun, masih belum ada laporan berhubung angka korban melibatkan kedua-dua pihak dalam serangan sebelum waktu subuh itu.


Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Zaw Min Tun berkata, serangan awal pagi itu berlaku di pekan Buthidaung, utara ne*geri Rakhine.

“Kami boleh mengesahkan serangan terhadap empat balai polis dilakukan oleh AA.

“Namun kami masih tiada maklumat berkaitan angka korban atau kecederaan,” katanya.

Tambahnya, tentera telah menghantar pasukan sokongan dan pertempuran berlaku sehingga petang.

Dalam pada itu, AA menerusi kenyataan di Facebook berkata, mereka telah menahan 14 orang tebusan ketika dua helikopter tentera melancarkan serangan.

Namun kenyataan itu tidak mengaitkan insiden tersebut dengan serangan di balai polis seperti didakwa tentera Myanmar.

Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melahirkan kebimbangan terhadap kira-kira 2,500 etnik Rohingya yang kini melarikan diri ke biara tempatan.

Rakhine berdepan krisis sejak beberapa minggu lalu susulan pertempuran antara AA dan pasukan keselamatan, menyebabkan ribuan orang melarikan diri. – AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...tera-myanmar-bertempur-1.816144#ixzz5bhCsFcGW
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Tatmadaw lancar serangan balas terhadap pemberontak Buddha Rakhine

tatma2_1546912230.jpg

Anggota polis sempadan Myanmar berkawal di sebuah balai polis di Goke Pi, Buthidaung semalam susulan serangan pemberontak Buddha Rakhine ke atas pos polis. -Foto EPA

NAYPYIDAW: Myanmar menggesa tenteranya melancarkan operasi menentang pemberontakan etnik Buddha Rakhine susulan serangan maut ke atas empat balai polis minggu lalu, kata jurucakap kerajaan semalam, ketika kemuncak keganasan memaksa ribuan lari dari rumah.

Negeri barat bermasalah di Rakhine menyaksikan siri pertembungan sejak beberapa minggu lalu antara pasukan keselamatan dan Tentera Arakan (AA), kumpulan bersenjata mendesak lebih banyak kuasa autonomi untuk penduduk etnik Buddha, Rakhine.

Kawasan itu adalah satu daripada yang termiskin di Myanmar dan dibelenggu kebencian mendalam etnik dan agama.

Satu kempen kejam tentera pada 2017 memaksa ratusan ribu Muslim Rohingya lari ke sempadan Bangladesh.

Keganasan terbaharu oleh pemberontak etnik Rakhine bermula Jumaat lalu, ketika Hari Kemerdekaan Myanmar, dalam serbuan berani sebelum awal pagi ke atas pos polis di bandar Buthidaung berhampiran sempadan Bangladesh.

Pihak berkuasa berkata, serangan oleh ratusan pemberontak menyebabkan 13 pegawai polis maut dan sembilan cedera sebelum tentera atau Tatmadaw mendapat bantuan sokongan.

AA berkata, tiga daripada pejuangnya maut, menuduh tentera menggunakan balai polis sebagai pangkalan untuk melancarkan senjata berat.

Kira-kira 4,500 orang hilang tempat tinggal akibat keganasan selama beberapa minggu, kata agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam. -AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...gan-balas-terhadap-pemberontak-buddha-rakhine
 
Puluhan Rohingya lari ke Bangladesh dari India

banglas_1546997582.jpg

Serbuan di India dan kebimbangan diusir ke Myanmar, mencetuskan perpindahan besar-besaran terbaharu, kata pihak berkuasa Bangladesh. -Foto Reuters

DHAKA: Puluhan Muslim Rohingya menyeberangi sempadan ke dalam Bangladesh dari India sejak beberapa hari lalu, kata pihak berkuasa semalam ketika New Delhi berdepan kecaman kerana mengusir minoriti dianiaya ke Myanmar.

Minggu lalu, India menyerahkan lima anggota keluarga Rohingya kepada pihak berkuasa Myanmar walaupun tentera di sana dituduh melakukan genosid ke atas kumpulan tanpa negara itu.


Kepulangan paksa itu, kali kedua sejak beberapa bulan lalu, dikritik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi yang menuduh India mengabaikan undang-undang antarabangsa dan menyebabkan Rohingya dalam bahaya.

India, yang bukan penandatangan kepada Konvensyen Pelarian PBB, menahan 23 etnik Rohingya pada 2018, paling ramai sejak beberapa tahun lalu, ketika penganut tegar Hindu menggesa etnik yang hilang tempat tinggal diusir secara besar-besaran.

Pegawai sempadan Bangladesh dan polis berkata, puluhan Rohingya ditahan menyeberang ke dalam India sejak minggu lalu.

Mereka dihantar ke kem pelarian di selatan negara itu di mana satu juta etnik berkenaan hidup dalam kedaifan.

Serbuan di India dan kebimbangan diusir ke Myanmar, mencetuskan perpindahan besar-besaran terbaharu, kata pihak berkuasa Bangladesh.

“Mereka memberitahu kami, mereka panik selepas India mula menahan pelarian Rohingya dan mengusir mereka ke Myanmar,” kata seorang pegawai polis, Shahjahan Kabir di bandar sempadan timur Bangladesh di Brahmanpara.

Beliau memaklumkan AFP, 17 etnik Rohingya ditahan Khamis lalu selepas menyeberang masuk ke Bangladesh, diikuti 31 lagi di pintu sempadan berasingan. Kebanyakannya tinggal di India sehingga selama enam tahun, tambah Kabir.

Di Cox’s Bazar, daerah sempadan di mana kira-kira 720,000 Rohingya mendapatkan perlindungan daripada tindakan keras tentera Myanmar Ogos 2017, pihak berkuasa tempatan berkata, sekurang-kurangnya 57 etnik itu tiba sejak beberapa hari lalu.

“Mereka datang dari tempat seperti Hyderabad, Jammu dan Kashmir,” kata pentadbir kerajaan di kem pelarian gergasi Kutupalong, Rezaul Karim.

Amnesty International, antaranya menyelar India kerana menghantar pulang Rohingya secara paksa ke Myanmar ketika penindasan di Rakhine berterusan.

Puluhan Rohingya juga diusir dari Arab Saudi ke Bangladesh pada hujung minggu, lapor laman web Middle East Eye berpusat di London.

Pihak berkuasa India berkata, kira-kira 40,000 Rohingya tinggal di India. Agensi pelarian PBB (UNCHR) berkata, kira-kira 18,000 Rohingya berdaftar dengan pihaknya. -AFP

banglas2_1546997585.jpg

Aktivis Kongres Assam Pradesh di Guwahati membuat bantahan terhadap Rang Undang-undang Pindaan Kerakyatan 2016, yang akan memberi kerakyatan atau hak bermastautin kepada minoriti dari Bangladesh, Pakistan dan Afghanistan di India, kelmarin. -Foto AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/01/517709/puluhan-rohingya-lari-ke-bangladesh-dari-india
 
Mahkamah Myanmar tolak rayuan 2 wartawan Reuters

warlokyaw_1547191307.jpg

WARTAWAN Reuters, Wa Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo. - Foto EPA

YANGON: Mahkamah Myanmar menolak rayuan dua wartawan Reuters yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Wa Lone, 32 dan Kyaw Soe Oo, 28, disabit kesalahan pada September tahun lalu, membabitkan kes penting yang menimbulkan persoalan terhadap pegangan sistem demokrasi Myanmar dan mencetuskan bantahan daripada diplomat serta penyokong hak asasi manusia. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...kamah-myanmar-tolak-rayuan-2-wartawan-reuters
 
Back
Top
Log in Register