InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
9 anggota polis terbunuh di Rakhine
SEMBILAN anggota polis terbunuh dalam serangan militan di Rakhine, Myanmar, hari ini. - Foto AFP
SEMBILAN anggota polis terbunuh dalam serangan militan di Rakhine, Myanmar, hari ini. - Foto AFP
YANGON: Sembilan anggota polis terbunuh dalam serangan militan di negeri Rakhine, barat Myanmar kata polis hari ini, susulan ketegangan yang meningkat di negara didorong krisis etnik dan agama itu.
Serangan terbaru berlaku lewat petang semalam di perkampungan Yoetayoke, hanya terletak kira-kira sejam perjalanan di Sittwe, di ibu negara Rakhine.
“Sembilan polis terbunuh, seorang cedera dan seorang lagi hilang,” kata pegawai polis enggan dikenali memberitahu AFP.
Satu laporan polis dibocorkan menyebut senjata turut dirampas di balai polis terbabit
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan Tentera Arakan (AA) gagal dihubungi untuk memberikan sebarang komen.
Sementara itu, seorang pentadbir awam mengesahkan insiden itu dan siasatan sedang dijalankan. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/03/539260/9-anggota-polis-terbunuh-di-rakhine