InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
Polis Myanmar tembak empat etnik Muslim Rohingya
WANITA Rohingya menggendong anaknya ketika tiba di penempatan Shwe Hmaw Won di bandar KyaukTan, dekat Yangon. - Foto EPA
WANITA Rohingya menggendong anaknya ketika tiba di penempatan Shwe Hmaw Won di bandar KyaukTan, dekat Yangon. - Foto EPA
YANGON: Empat etnik Muslim Rohingya cedera selepas ditembak polis Myanmar sejurus menahan dua lelaki dituduh menyeludup orang keluar dari sebuah kem yang menempatkan pelarian di barat negeri Rakhine, menurut seorang saksi dan polis yang memberitahu Reuters, hari ini.
Difahamkan kira-kira 20 anggota polis memasuki kem Ah Nauk, terletak kira-kira 15 kilometer dari timur ibu negeri Sittwe, pagi tadi, sebelum menangkap dua lelaki dituduh memiliki bot yang digunakan dalam cubaan menyeludup 106 etnik Muslim Rohingya keluar dari negara itu, kelmarin.
Bot usang yang membawa penumpang turut dinaiki 25 kanak-kanak ditahan pihak berkuasa Myanmar di selatan Yangon yang menuju ke Malaysia.
Seorang etnik Muslim Rohingya, Maung Maung Aye, 27, dari kem yang menyaksikan tembakan itu memberitahu Reuters bahawa empat orang cedera dalam insiden itu sementara dua daripadanya cedera parah.
“Orang ramai di kem yang hendak keluar melihat kejadian itu ditembak polis,” katanya yang memberitahu Reuters menerusi panggilan telefon.
Dalam pada itu, polis berkata etnik Muslim Rohingya mengepung mereka dengan pedang dan membaling batu hingga mencederakan beberapa pegawainya.
“Saya mendapat tahu bahawa etnik Muslim Rohingya dari kem itu cuba membebaskan lelaki yang ditahan sebelum polis melepaskan beberapa tembakan amaran. Bagaimanapun, saya tidak tahu maklumat lanjut,” kata inspektor polis, Than Htay dari balai polis berhampiran. - Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/as...is-myanmar-tembak-empat-etnik-muslim-rohingya