BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Sedangkan kes di Bosnia sampai sekarang takde pembelaan, musuh & suspek dilihat bebas berkeliaran, tinggal di daerah yg sama dgn mangsa.

Myanmar akan datang tak tau mcm mana.
 
Kanak-kanak perempuan Rohingya jadi mangsa pelacuran

image.jpg



COX’S BAZAR 21 Mac - Golongan kanak-kanak perempuan Rohingya kini berdepan dengan ancaman dijadikan pelacur oleh pihak tidak bertanggungjawab di kem-kem pelarian etnik berkenaan di seluruh Bangladesh.

BBC melaporkan, remaja perempuan Rohingya pada mulanya akan ditawarkan untuk bekerja dengan gaji yang tinggi sebelum mereka dipaksa untuk menjadi pelacur.

Seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Anwara, 14 berkata, dia melarikam diri dari Myanmar selepas keluarganya dibunuh oleh tentera negara itu.

“Dalam perjalanan ke Bangladesh, saya didatangi seorang wanita dan mengajak saya untuk mengikutnya selain menjanjikan kehidupan yang selesa.

“Namun sangkaan saya meleset apabila saya dipaksa menjadi pelacur selepas saya dirogol oleh dua lelaki,” katanya. - AGENSI










sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nas...-jadi-mangsa-pelacuran-1.631805#ixzz5ALZLeAiL




.
 
Presiden Myanmar letak jawatan​

22letaks.transformed.jpg

PRESIDEN Myanmar, Htin Kyaw. - Foto EPA[/CENTER]
YANGON: Presiden Myanmar, Htin Kyaw meletak jawatan hari ini, sekali gus menyebabkan Kaunselor Kanan, Aung San Suu Kyi kehilangan sekutu rapat, bagi berdepan dengan tekanan antarabangsa berhubung krisis di Rakhine.

Htin Kyaw yang juga rakan lama Suu Kyi, dianggap sebagai proksinya bagi mentadbir Myanmar, selepas beliau dihalang daripada memegang jawatan itu mengikut Perlembagaan yang digubal junta tentera.

Justeru, peranannya lebih berbentuk istiadat selepas Suu Kyi melantik dirinya sebagai Kaunselor Negara dan sering terbabit dalam pentadbiran.

Namun, Htin Kyaw kekal sebagai ketua negara dan sekutu utama Suu Kyi dalam kepemimpinan partinya.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai tahap kesihatan Htin Kyaw, 72, yang baru-baru ini dilihat kehilangan berat badan dengan mendadak, selain dilapor pernah mengalami masalah jantung.

"Presiden Myanmar, U Htin Kyaw meletak jawatan pada 21 Mac 2018," kata satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi presiden.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai punca peletakan jawatan itu, sebaliknya berkata: "Beliau (Htin Kyaw) ingin berehat bersama keluarga daripada tugas yang disandang ketika ini".

Kenyataan itu juga menyebut, pemimpin baharu Myanmar akan dipilih dalam tempoh 'tujuh hari bekerja'.

Setakat ini, tiada calon terdekat dilatih bagi menyandang jawatan itu, tetapi beberapa nama pemimpin kanan parti pernah disebut untuk mengetuai pentadbiran Myanmar ketika Suu Kyi mengambil alih kuasa.

Menurut Perlembagaan, Naib Presiden Myanmar, Myint Swe, yang juga bekas jeneral akan mengisi kekosongan jawatan itu sehingga presiden baharu dilantik. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/03/401951/presiden-myanmar-letak-jawatan
 
Pagar berduri, periuk api halang Rohingya pulang

21hmhing3_1521567433.jpg
Cox’s Bazar (Bangladesh): Myanmar memperkukuh kawalan sempadannya dengan memasang pagar, menempatkan tentera dan memasang periuk api bagi menghalang pelarian Rohingya pulang ke negara itu.

Pagar kawat berduri itu yang ditanam dalam konkrit diselang seli dengan kubu dan pos tentera, kini sepanjang lebih 250 kilometer sepanjang sempadan dengan Bangladesh.

Menurut laporan Wall Street Journal, seorang profesor di Kolej Perang Kebangsaan di Washington, Zachary Abuza, berkata: “Mereka berasa sudah berjaya menghalau sejumlah besar Rohingya dan kini mahu menjadikan kepulangan etnik berkenaan amat sukar.”

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi, menyatakan pelarian Rohingya dibenar pulang jika dapat membuktikan mereka berasal dari negara itu.

Namun, ia menolak ratusan daripada 8,000 pemohon.

Di perkampungan Rohingya di Rakhine yang sebahagian besarnya sudah musnah, kerajaan Myanmar menyatakan ia sedang membina penempatan baru untuk Rohingya, namun agensi kemanusiaan menyatakan ia adalah kemudahan tentera.

Februari lalu, Parlimen Myanmar meluluskan AS$15 juta (RM59 juta) bagi membina pagar di sempadan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya dua Rohingya kehilangan kaki akibat terkena periuk api.

https://www.hmetro.com.my/global/2018/03/322972/pagar-berduri-periuk-api-halang-rohingya-pulang
 
Antarabangsa digesa segera bertindak selesaikan krisis Rohingya

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengadakan Program Persidangan Meja Bulat bagi menggerakkan usaha menyelesaikan krisis pelarian etnik Rohingya.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, rapat temu kali ini lebih menjurus kepada analisis strategi dengan mengetengahkan 12 resolusi untuk melobi segala tindakan mengekang keganasan Kerajaan Myanmar.

Katanya, nyawa etnik Rohingnya yang terbunuh akibat kekejaman Kerajaan Myanmar seolah-olah dibutakan daripada penglihatan dunia antarabangsa.

“Justeru, kita bersama-sama dalam perbincangan ini untuk melontarkan idea dan mencari jalan penyelesaian menghalang kejahatan tersebut daripada terus berlanjutan.

“Namun, kezaliman dilakukan bukan hanya membabitkan etnik Rohingya, malah etnik minoriti lain turut terkesan sama melalui penindasan hebat rejim berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini selepas Program Perbincangan Meja Bulat: Krisis Rohingya, di Hotel Carlton, di sini, semalam.

Tambahnya, di samping menghulurkan bantuan kemanusiaan seperti makanan, minuman dan pakaian, adalah menjadi tanggunjawab secara kolektif untuk menangani isu asas yang melibatkan kezaliman.

Menyedari hakikat itu, Mohd Azmi berkata, pihaknya memecahkan perbincangan kepada beberapa aspek supaya setiap resolusi digariskan dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.

“Umpamanya, strategi mengheret jeneral-jeneral tentera Myanmar ke mahkamah jenayah antarabangsa, mengenakan tindakan undang-undang penalti dan strategi menyekat kezaliman.

“Kita juga mahu kenal pasti dari mana mereka mendapatkan senjata dan kempen yang patut dilaksanakan bagi mempengaruhi China serta Rusia supaya tidak menghalang keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN),” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa pihak berwajib memberi perhatian sewajarnya terhadap isu pemerdagangan manusia melibatkan pelarian Rohingya yang semakin merebak kesan daripada sindiket pemerdagangan di sempadan Thailand dan Malaysia.
 
PBB kritik kenyataan ketua tentera Myanmar

000_LQ1X6HDF768-e1487417025543.jpg.transformed.jpg

ANTONIO Guterres. - Foto AFP​

NEW YORK : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengkritik kenyataan dibuat ketua tentera Myanmar yang berkata etnik Rohingya tidak memiliki sebarang persamaan dengan kumpulan etnik lain di negara itu.

Menurut beliau, kenyataan dibuat Jeneral U Min Aung Hlaing pada satu perhimpunan tentera itu amat mengejutkan, justeru semua pemimpin Myanmar digesa bersatu bagi menentang sebarang unsur kebencian dan mempromosikan kehidupan berbilang budaya yang harmoni.

Hlaing pada satu perhimpunan di utara negeri Kachin, semalam merujuk etnik Rohingya sebagai 'Benggali' iaitu istilah yang diguna pakai untuk menggambarkan mereka sebagai orang asing dan berkata, kaum berkenaan tidak memiliki sebarang persamaan dengan etnik lain di Myanmar.

"Ketegangan di Myanmar semakin bertambah kerana Benggali ini menuntut kerakyatan," kata jeneral itu seperti dilaporkan oleh Dhaka Tribune.

Guterres berkata, terdapat keperluan yang amat kritikal untuk memastikan semua pendatang Rohingya boleh pulang ke negara asal mereka dengan selamat, bermaruah dan sukarela.

Majlis Keselamatan PBB sedang menunggu lampu hijau dari pihak berkuasa Myanmar untuk melihat sendiri krisis pelarian etnik Rohingya tetapi sehingga kini masih belum beroleh sebarang jawapan.

Guterres sejak beberapa bulan lalu sedang menimbang kemungkinan untuk melantik wakil khas bagi Myanmar yang dipercayai mampu mengenengahkan masalah menyelubungi etnik Rohingya di peringkat antarabangsa. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/03/404243/pbb-kritik-kenyataan-ketua-tentera-myanmar
 
Bangladesh tanggung semua kos
image.jpg

Pelarian Rohingya membina tempat perlindungan mereka sendiri di kem Jamtoli di Cox's Bazar.​

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Bangladesh tidak menjangkakan bantuan yang banyak dari dana asing susulan rancangan penempatan semula 100,000 pelarian Rohingya di pulau tidak didiami.

Menteri Hal Ehwal Luar, Mohammed Shahriar Alam memberitahu Dhaka membayar kos keseluruhan kira-kira AS$280 juta (RM1.1 bilion) untuk membina rumah dan mengukuhkan pulau berlumpur di Teluk Bengal tersebut daripada ancaman siklon.

"Kami tidak mempunyai garis masa kerana ia menelan kos yang tinggi. Projek itu menggunakan kewangan kami sendiri dan tidak terlalu mengharapkan dana antarabangsa," kata Alam di pejabat PBB di New York.

Beliau turut menunjukkan pelan pembinaan di pulau seluas 30 kilometer dari tanah besar dan berkata satu pelan dijangka dapat menarik penderma.

"Sesetengah pihak bimbang dengan keadaan Bhasan Char. Tetapi, mereka tidak perlu bimbang kerana kami membina tambak di kawasan itu," katanya menjawab soalan kumpulan hak asasi kemanusiaan tentang keadaan pulau itu yang didakwa terdedah dengan banjir.

Menurutnya, Bangladesh turut berkongsi reka bentuk bangunan tersebut dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), namun mereka belum memutuskan perkara itu. - Reuters

http://www.sinarharian.com.my/global/bangladesh-tanggung-semua-kos-1.814926
 
Myanmar lulus kepulangan ratusan pelarian Rohingya
etnikrohin12mm.transformed_0.jpg

BANGLADESH dan Myanmar, bersetuju menghantar balik tiga perempat daripada sejuta pelarian Rohingya tetapi perjanjian itu tergantung, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain susulan kekurangan persediaan. - Foto fail AFP

DHAKA: Seorang pegawai Bangladesh, hari ini berkata Myanmar sudah meluluskan beberapa ratus pelarian Rohingya daripada ribuan yang berada dalam senarai untuk kembali negara asal mereka.

Namun beliau tidak memberikan petunjuk bila proses yang tertangguh sekian lama itu akan bermula.

Bangladesh dan Myanmar, November lalu bersetuju menghantar balik tiga perempat daripada sejuta pelarian Rohingya tetapi perjanjian itu tergantung, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain susulan kekurangan persediaan.

Myanmar setakat ini sudah meluluskan tidak sampai 600 nama daripada senarai lebih 8,000 pelarian yang disediakan Bangladesh.

Negara miskin di Asia Selatan itu menjadi hos kepada hampir sejuta pelarian Rohingya dalam kem di sepanjang sempadan tenggaranya dengan Myanmar.

Pegawai Bangladesh yang memantau perjanjian penghantaran balik itu, Mohammad Abdul Kalam, berkata Myanmar tidak memberikan butiran mengenai bila atau jika proses kontroversi itu dijangka bermula.

"Tiada tarikh ditetapkan lagi," katanya kepada wartawan.

Ditanya bila proses itu akan bermula, Kalam berkata beliau 'tidak tahu'. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...ar-lulus-kepulangan-ratusan-pelarian-rohingya
 
Back
Top
Log in Register