BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Peruntukan KKDW: Bincang Baik-baik - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Isu Peruntukan KKDW: Bincang Baik-baik - PM Anwar​

89e651cfe7fd00b8f206c4aef3e2c1af6a9a86fc69247

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MoF) berbincang secara baik bagi menyelesaikan isu peruntukan termasuk kelewatan pembayaran kepada kontraktor.

“Kita bincanglah secara baik-baik. Saya minta kedua-dua kementerian ini (berbincang) dengan baik,” katanya ringkas ketika diminta mengulas isu berkenaan.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya hari ini.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata tiada sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar dan keseluruhan peruntukan bagi projek itu telah disalurkan.

Beliau berkata kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan.

Isu itu timbul susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai masalah dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah KKDW.

 

KKDW BERBALAH SECARA TERBUKA DENGAN MOF? APA DAH JADI?​

Guys, pelik juga bila dua kementerian dalam kerajaan yang sama boleh berbalah secara terbuka tentang duit, sebab KKDW mendakwa masalah bayaran kontraktor berlaku akibat kekangan peruntukan, tetapi MOF pula menegaskan semua dana sudah disalurkan dan masalah sebenar ialah komitmen perbelanjaan yang melebihi bajet tahunan.

  • Jadi siapa sebenarnya betul?
  • Adakah peruntukan memang tak mencukupi, atau perancangan projek KKDW yang bermasalah?
  • Kenapa pertikaian ini tak diselesaikan dalam mesyuarat kerajaan sebelum masing masing mengeluarkan kenyataan terbuka?
  • Dan adakah perbalahan ini setakat salah faham mengenai angka, atau petanda wujudnya masalah lebih besar dalam penyelarasan kewangan kerajaan?

 
Back
Top
Log in Register