BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Didik Generasi Muda Jadi Insan Baik, Jauhi Buli - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Didik Generasi Muda Jadi Insan Baik, Jauhi Buli - PM Anwar​

73e93ef3cd9f74c363a89649c96ca01d6a57406c297b4

0c4862fcccb179b91e780b87ada9b3026a574089a1cbf

eea10bcc258c798428afac23f28966376a57409e1a1e4

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) menyaksikan Pengasas ERM Foundation Xin Er (kiri) menyampaikan sumbangan kepada murid pada Majlis Sumbangan Khas Murid-Murid Wilayah Persekutuan, A Celebration Of Life and Peace oleh ERM Foundation hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kecemerlangan seseorang murid tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya mereka tidak dididik menjadi insan yang baik, menghormati guru, serta menyayangi ibu bapa.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada generasi muda supaya menjauhi sebarang perbuatan negatif termasuk gejala buli di sekolah yang boleh merosakkan masa depan mereka.

"Kita belajar untuk apa? Nak jadi baik, nak jadi pandai. Kalau belajar pandai, pergi sekolah kacau orang, buli orang, ... pukul orang, itu tidak baik.

"Jadi boleh tak semua janji dengan 'Atuk' (Perdana Menteri) ... kita semua akan belajar dengan rajin, hormat guru-guru, kasih dan doa kepada ibu bapa kita supaya jadi manusia yang berguna kepada masyarakat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis "Celebration of Life and Peace" anjuran Yayasan ERM, yang meraikan hari jadi 700 kanak-kanak dari 47 sekolah terpilih di Kuala Lumpur dan Putrajaya bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran pengasas yayasan itu,  Xin’er di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Azman ketika ditemui selepas acara itu berkata Pejabat Perdana Menteri menyambut baik inisiatif yayasan demi memastikan kebajikan murid golongan B40 di Wilayah Persekutuan terus terbela, sekali gus menyokong program berimpak tinggi untuk kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan.

Sementara itu, pengasas yayasan berkenaan, Xin’er berkata beliau sangat teruja dan gembira dapat berkongsi hari bermakna tersebut bersama kanak-kanak lain.

“Hari ini kita meraikan … terdapat ramai kanak-kanak yang tidak berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran sebaik ini, (mungkin) disebabkan menghidap penyakit atau mengalami masalah lain. Jadi, kami membawa mereka ke sini untuk membuktikan bahawa hari jadi boleh dipenuhi dengan kedamaian, kasih sayang dan kebahagiaan.

 
Back
Top
Log in Register