BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Pencemaran Perlu Diambil Kira Dalam Usaha Cegah Kanser - Sultan Nazrin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Isu Pencemaran Perlu Diambil Kira Dalam Usaha Cegah Kanser - Sultan Nazrin​

b26ef1a7287e4c5536f35944e65d8643685d534012885

Sultan Nazrin Shah

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegaskan terdapat keperluan mendesak untuk menangani isu pencemaran alam sekitar dan kaitannya dengan kadar penyakit kanser, sambil mengingatkan bahawa perkembangan industri tidak seharusnya mengatasi langkah perlindungan yang bertujuan menjaga kesihatan awam.

Baginda bertitah usaha pencegahan kanser tidak lagi boleh hanya tertumpu kepada tabiat merokok dan gaya hidup sebaliknya perlu turut mengambil kira secara serius isu pelepasan sisa sektor industri, asap ekzos kenderaan serta pencemaran air.

Sultan Nazrin bertitah pencemaran telah dikaitkan dengan beberapa jenis kanser termasuk leukemia dalam kalangan kanak-kanak serta kanser paru-paru, pundi kencing dan payudara dalam kalangan orang dewasa yang terdedah kepada bahan pencemar untuk tempoh yang panjang.

“Justeru, apabila berbicara mengenai pencegahan kanser, kita juga mesti secara jujur membincangkan sisa yang dilepaskan oleh kilang-kilang, apa yang kenderaan kita lepaskan di jalan-jalan raya dan apa yang kita benarkan mendap sehingga masuk ke dalam paru-paru seorang kanak-kanak yang sedang tidur,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Kongres Kanser Kebangsaan Malaysia 2026 bertemakan “Bridging Gaps, Building Hope, Empowering Lives” anjuran bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sunway di Bandar Sunway hari ini.

Sultan Nazrin bertitah Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kemunculan daerah yang digelar sebagai “cancer alleys” di beberapa kawasan di seluruh dunia di mana aktiviti perindustrian intensif berkembang lebih pesat berbanding langkah-langkah keselamatan bagi melindungi komuniti berhampiran.

Baginda bertitah kawasan berkenaan dikenal pasti di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan China, selain di sepanjang Delta Niger di Afrika Barat, sambil menambah isu itu bukan sesuatu yang unik kepada mana-mana negara atau sektor industri tertentu.

“Ini bukan masalah yang hanya berlaku di sesebuah negara atau industri tertentu, dan corak sedemikian wajar dijadikan iktibar oleh kita di Malaysia, yang mempunyai koridor perindustrian serta sungai yang mengalir berhampiran kilang dan ladang, sebagai satu peringatan dan bukannya sekadar tajuk berita dari jauh,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut merujuk Zon Pelepasan Ultra Rendah (ULEZ) di London sebagai contoh bagaimana campur tangan kerajaan mampu menyaksikan penambahbaikan ketara dalam kesihatan awam, dengan mengambil maklum bahawa kajian mendapati fungsi paru-paru kanak-kanak pulih dengan ketara susulan pengurangan pelepasan sisa toksik kenderaan.

 
Back
Top
Log in Register