diprivacy5275
Active Member
- Messages
- 2,001
- Joined
- Jan 30, 2009
- Messages
- 2,001
- Reaction score
- 35
- Points
- 30
Hari ini aku di datangi seorang peminta derma katanya dari Hydrabad di pejabat. Katanya satu ringgit pun tak mengapa. Entah kenapa hari ini aku berkeras tak nak memberi derma kepada orang itu. Mungkin kerana rimas atau bosan kerana aku dapati semakin banyak peminta derma berbuat perkara yang sama menjengah ke ofis. Dia si peminta derma terus ceramah kat aku dengan pelbagai ayat2 dari al-quran dan menceritakan kesusahan umat islam di dunia. Aku pun cakap kalau nak minta derma ikut saluran yang betul dan mengatakan ini salah di sisi undang2 kerajaan Malaysia. Akhirnya, dia pun mengalah dan beredar dari situ. Selepas itu, aku berfikir betulkah tindakan aku ini ? Apakah pandangan korang terhadap tindakan aku ini ?
