BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Peminta Derma

diprivacy5275

Active Member
Messages
2,001
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,001
Reaction score
35
Points
30
Hari ini aku di datangi seorang peminta derma katanya dari Hydrabad di pejabat. Katanya satu ringgit pun tak mengapa. Entah kenapa hari ini aku berkeras tak nak memberi derma kepada orang itu. Mungkin kerana rimas atau bosan kerana aku dapati semakin banyak peminta derma berbuat perkara yang sama menjengah ke ofis. Dia si peminta derma terus ceramah kat aku dengan pelbagai ayat2 dari al-quran dan menceritakan kesusahan umat islam di dunia. Aku pun cakap kalau nak minta derma ikut saluran yang betul dan mengatakan ini salah di sisi undang2 kerajaan Malaysia. Akhirnya, dia pun mengalah dan beredar dari situ. Selepas itu, aku berfikir betulkah tindakan aku ini ? Apakah pandangan korang terhadap tindakan aku ini ?
 
macam aku.. mmg ak x bg...kdang2 jer bg...tp tiap kali ak ke tempat tu ad jer mntak sedekah pokai la :))
 
Sekarang ni pengemis pun dah pandai ambik kesempatan...

Hari ini aku di datangi seorang peminta derma katanya dari Hydrabad di pejabat. Katanya satu ringgit pun tak mengapa. Entah kenapa hari ini aku berkeras tak nak memberi derma kepada orang itu. Mungkin kerana rimas atau bosan kerana aku dapati semakin banyak peminta derma berbuat perkara yang sama menjengah ke ofis. Dia si peminta derma terus ceramah kat aku dengan pelbagai ayat2 dari al-quran dan menceritakan kesusahan umat islam di dunia. Aku pun cakap kalau nak minta derma ikut saluran yang betul dan mengatakan ini salah di sisi undang2 kerajaan Malaysia. Akhirnya, dia pun mengalah dan beredar dari situ. Selepas itu, aku berfikir betulkah tindakan aku ini ? Apakah pandangan korang terhadap tindakan aku ini ?

Dah betul la tu diprivacy, cumanya jangan ditengking je...

Ko tak tengking dia kan?

Bagi aku, pengemis ni nak hidup senang...

Kalau aku la, aku hanya akan sedekah pada pengemis yang OKU sahaja... Yang cacat anggota... Buta ke... (contoh la), ini sebagai bukti bahawa dia memang tak boleh bekerja dan meminta sedekah sebagai satu2 nya cara untuk meneruskan kelangsungan hidup!

Tapi kalau sihat tubuh badan, tak pasal2 nak minta sedekah, walaupun orang tu tua ataupun perempuan, memang tak akan bagi!

Sebab itu Islam menyuruh bekerja dari meminta2 ni, sebab bekerja dapat menjaga maruah kita!

Apa yang aku perhatikan, zaman sekarang ni, seolah2 minta sedekah tu macam dah jadi satu profesion (pekerjaan...) Serious cakap, orang yang minta sedekah ni sebenarnya lebih kaya dari orang yang makan gaji...

Betul tak? Ko setuju tak aku cakap ni...?!

Dan lagi pulak, orang Malaysia ni memang cukup baik hati... Tengok orang (pengemis) datang, pakai baju buruk2, bukak cerita sedih dia, terus aje bagi duit.. Memang tak cakap banyak la~... Ko pun setuju kan...?!

Ini sebabnya aku percaya pengemis ni dah berani ambik kesempatan, ditambah lagi dengan skill memanipulasi ayat2 Al-Quran untuk mendapatkan simpati... Memang melampau betul bagi aku...

Dan bro, kalau sesekali ko tengking orang begini untuk mengelakkan mereka ambik kesempatan, seriously, aku tak salahkan ko...

Sebab itu Allah berfirman, "Tiap2 amal dibalas dengan niat"

Tak guna kita bermurah hati, sedekah ke apa tapi ngungkit belakang2, betul tak? Lebih baik sekolahkan aje orang2 begini dari mengelakkan mereka ambik kesempatan dan biadap dengan agama sendiri!

Sekian sahaja pendapat aku...!!:-?:-?:-?
 
selagi kita mampu,bg jer la...apa la sgt dgn rm1 tu jk nak dibandingkan dgn pahala yg akan kita dapat...

bagi aku la,klo korang x setuju jgn marah plak yer..hehhe:D:D
 
Salaam,..

Selagi eden tengok orang tu sempurna
fizikal, memang eden tak kasi sedekah.

Sedangkan yg cacat pun sekurg²nya jual tisu(berniaga)..
inikan pula dia yg sempurna sifat nak meminta²..
tobat aku tak bagi..
:D

Yg jadi wakil, eden akan pertimbang.
;)
 
Salaam,..

Selagi eden tengok orang tu sempurna
fizikal, memang eden tak kasi sedekah.

Sedangkan yg cacat pun sekurg²nya jual tisu(berniaga)..
inikan pula dia yg sempurna sifat nak meminta²..
tobat aku tak bagi..
:D

Yg jadi wakil, eden akan pertimbang.
;)

Betul tu faisal... Betul sangat la tu...

Sedangkan orang cacat pun sekurang2 nya jual tisu, napa pulak orang yang sempurna sifat nak meminta2...?!

Kat tempat aku, malam pasar lambak ada 2 orang buta, menyanyi mendendangkan lagu sambil letak tupperware kat depan... walaupun tak la berapa sedap, tapi kemampuan dia untuk berdikari sendiri membuatkan kita hormat dengan dia...

Dan kalo kita sedekah / derma pun, tiba-tiba wujud rasa ikhlas...
 
aku lagi suka sedekah ke masjid sebab at least aku tahu ke mana duit tu dibelanjakan. juga kalau ade berlaku bencana dan musibah (penjaga meninggal dan sebagainya). yg minta2 derma ni aku jarang bagi. kdg bg gak. terpulang kepada keikhlasan aku pada hari tersebut :). yg datang dengan usaha, contoh menjual sumthing, biasa aku derma jugak.
 
mcm ayah aku cakap,xkesah pengemis tu tipu ke hape ke,janji niat kite utk derme da setel.hal laen itu urusan dy dgn tuhan

tp dulu pernah ak soal budak2 ni,biasenye diorang ni sindiket.aku tnye mcm2 last2 diorang blah
 
bab ni mmg susah.
tambah kalo yg mintak derma tu bawa anak kecik skali..
mesti kita cair punya.
aku penah x bagi derma kat orang cam tu. tp lps balik rumah peristiwa tu menghantui aku. mcm aku pikir.. tah kan anak dia kebulur mlm tu.. nak susu bapak dia x mampu beli dan mcm lagi. sedih pun ada.

tapi bila aku bagi sedekah aku rasa dipermainkan plak. macam nak amik kesempatan terhadap kebaikan org je diorang ni. bila dah curigacam tu hilanglah ikhlas. habuk pun x dpt.

so skrg ni aku tetapkan kat mana nak bagi sumbangan. misalnya rumah anak yatim ke, masjid ke, mahad tahfiz ke...
lps buat sedikit sumbangan ke tempat2 cam tu baru lega. kalo ada org mintak derma secara individu dtg aku dah x layan lagi. kalo dia desak jugak aku suruh je pergi baitulmal.
 
Back
Top
Log in Register