BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Network School: Kementerian Digital, MDEC Digesa Ambil Tindakan Jika Langgar Syarat Malaysia Digital

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Isu Network School: Kementerian Digital, MDEC Digesa Ambil Tindakan Jika Langgar Syarat Malaysia Digital​

79e7ffe759a58098a3bc32c083b2bb486a5f6262aa303

Datuk Onn Hafiz Ghazi

Kerajaan Negeri Johor menggesa Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) supaya mengambil tindakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat atau prinsip yang ditetapkan menerusi status Malaysia Digital atau sebarang pengiktirafan yang diberikan kepada organisasi Network School.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi di bawahnya juga perlu meneruskan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat penyalahgunaan pasport kedua, salah nyata identiti, pelanggaran syarat kemasukan atau sebarang kesalahan di bawah undang-undang negara.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila Johor merupakan pintu masuk strategik negara yang bersempadan dengan Singapura.

"Sebarang kelemahan atau penyalahgunaan sistem imigresen mesti ditangani segera, tegas dan tanpa kompromi," katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata agensi berkaitan juga perlu memperketat proses "due diligence", termasuk semakan latar belakang, pemilikan, sumber pembiayaan, bentuk operasi serta naratif yang dibawa oleh mana-mana syarikat atau organisasi.

Penyelarasan antara agensi juga perlu  diperkukuh supaya setiap pelaburan atau inisiatif antarabangsa diteliti secara menyeluruh daripada aspek pelesenan, imigresen, keselamatan, penggunaan premis dan pematuhan undang-undang.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menjelaskan tindakan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membatalkan lesen perniagaan dan pemberhentian semua aktiviti NSO Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) di Forest City adalah berdasarkan proses dan peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata langkah itu juga dibuat hasil penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan oleh syarikat itu.

Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi yang memberikan manfaat kepada ekonomi, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pembangunan negeri.

 
perlu diperhalusi
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register