BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri PM Thailand Luang Masa Naik Cruise Tasik Putrajaya

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Isteri PM Thailand Luang Masa Naik Cruise Tasik Putrajaya​

349ce5ae9e6cc79929f7f4963cf963386a4f433f362f2

795a5d9e629b4cd94b3fdef062fefd246a4f431d88610

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan), bersama isteri Perdana Menteri Thailand, Thananon Charnvirakul, bergambar berlatarbelakangkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika mengadakan lawatan ke Cruise Tasik Putrajaya sempena kunjungan rasmi Perdana Menteri Thailand ke Malaysia hari ini.

Isteri Perdana Menteri Thailand Thananon Charnvirakul meluangkan masa menikmati pengalaman menaiki Cruise Tasik Putrajaya bagi menyaksikan panorama pusat pentadbiran Malaysia dan mercu tanda ikoniknya.

Ketibaan beliau pada 12.10 tengah hari disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

Semasa pelayaran selama 45 minit itu, Thananon dan Dr Wan Azizah dilihat berbual mesra sambil menikmati keindahan landskap Putrajaya.

Terdahulu, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan isteri yang tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia lawatan pertama Anutin ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac 2026, bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua negara dan mempererat kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

 
Back
Top
Log in Register