BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri menderita sering digigit suami

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
gigit01.transformed_0.jpg


Padang Besar: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang ditahan polis kerana mendera anak bongsunya berusia 12 bulan dikatakan turut berlaku kejam terhadap isterinya apabila bertindak memukul dan menggigit wanita terbabit akibat mengalami tekanan disebabkan tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu.

Isteri suspek yang mahu dikenali sebagai Wani, 30, berkata, dia kini dalam proses penceraian dengan suaminya dan kes mereka masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Syariah.

“Saya sudah memfailkan tuntutan cerai ke atas suami disebabkan kecewa kerana pernah dipukul dan digigit.

“Kejadian yang menimpa saya sudah lama berlaku dan tidak perlulah untuk saya bercerita secara terperinci. Buat masa ini, saya mahu memberi perhatian kepada anak bongsu daripada tiga beradik yang kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia yang menetap bersama kakaknya di Santan, di sini, hanya dimaklumkan bahawa anak perempuannya mengalami jangkitan kuman paru-paru pada Selasa lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34973#sthash.pxCskgMM.dpuf
 
Mungkin dia patut diletakkan bersama tikus2...supaya dia insap
 
adakah gigi suami nya besar hingga suka mengokak seseorang?
 
Baru-baru kawin tak pa lah main gigit-gigit.
 
ni tokak bengang bukan tokak geram..
 
Jangkitan sbb gigitan manusia lebih bahaya daripada biawak. Pelik ni, ada naluri vampire.
 
Back
Top
Log in Register