BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri menangis, suami menggigil

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.

Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.

"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.

"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim. blogspot.com/.

Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas.

Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Sebaliknya jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata.

"Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.

"Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik," katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa bai'ah taat setia Pas itu tidak dibuat dalam bentuk lain seperti bersumpah laknat.

Dengan cara itu katanya, semua wakil rakyat diyakini akan berfikir banyak kali sebelum bercadang melompat parti.

"Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

"Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan," katanya.
 
hmm...aku ni dangkal agama...minta ulasan alim ulamak dalam ni...

manakah hadis yg menyatakan pekara ni wajar di laksanakan?

memang kalau kalau dilihat ada sumber menyatakan rasullulah dan sahabat ber baiah utk mengorbankan keluarga demi islam... tetapi adakah terlafaz perkataan 'akan jatuh talak' kalau belot?
 
Awat sekarang baru nak dedah? Kalau dedah dari awal mungkin aku respek...tapi sekarang baru nak dedah bagi aku pendedah itu bacul
 
hmm...aku ni dangkal agama...minta ulasan alim ulamak dalam ni...

manakah hadis yg menyatakan pekara ni wajar di laksanakan?

memang kalau kalau dilihat ada sumber menyatakan rasullulah dan sahabat ber baiah utk mengorbankan keluarga demi islam... tetapi adakah terlafaz perkataan 'akan jatuh talak' kalau belot?

pun tak berani nak komen
 
Awat sekarang baru nak dedah? Kalau dedah dari awal mungkin aku respek...tapi sekarang baru nak dedah bagi aku pendedah itu bacul

pendapat aku pon sama :-?
 
Awat sekarang baru nak dedah? Kalau dedah dari awal mungkin aku respek...tapi sekarang baru nak dedah bagi aku pendedah itu bacul

Camana nak dedah awal? Itu namanya khianat bila rahsia parti dibagitahu begitu. Lagi2 orang UMNO tak tahu benda ni, kalau tahupun takkan nak bagitahu sebab dengar cakap (hearsay) aja. So ia satu tuduhan yg akan makan tuan.

Sebaliknya bila didedah oleh Dr.Hassan, barulah timbul isu ini kerana dia dilihat sebagai tokoh PAS di Selangor, pejuang amal maaruf nahi mungkar.

Refer here - http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=107268
 
Bai'ah talak: PAS Pusat sedang siasat

KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS sedang menyiasat amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dari PAS Pusat untuk berbuat demikian.

"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan itu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarahkan beliau sebagai Setiausaha Agung PAS untuk menyiasat perkara itu.

Mustafa membuat kenyataan ini bagi mengulas laporan media sejak kebelakangan ini yang mendakwa PAS mewajibkan para calonnya untuk berbai'ah (ikrar) untuk taat setia kepada parti.

Antaranya dilaporkan, calon PAS berbai'ah jika beliau menyeleweng dan mengkhianati PAS, maka terjatuhlah talak ke atas isterinya.

Ia dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Laporan ini pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Menurut laporan, PAS menjadikan bai'ah sebegini untuk memastikan tidak ada calon atau wakil rakyatnya yang mengkhianati PAS dengan cara berpaling tadah dan menyokong parti lawan.

Sehingga kini, terbukti tidak ada satupun wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti itu dengan menyokong parti lawan.
 
mana satu ni yg betul ... ada ke tak ada ....

ada ke bai'ah mcm tu? ....

wabillahi, walillah hi, .......
 
Back
Top
Log in Register