BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri maut ditetak suami

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
wanita2_1535518628.jpg

SEBILAH pisau pemotong daging digunakan seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai membunuh isterinya di sebuah rumah Taman Merbau Indah, Singai Dua.

wanita1_1535518623.jpg

SEORANG wanita berusia 25 tahun mati dipercayai dibunuh suaminya berusia 25 tahun dalam kejadian di sebuah rumah Taman Merbau Indah, Singai Dua.









BUTTERWORTH: Seorang wanita berusia 25 tahun maut ditetak dengan pisau pemotong daging oleh suaminya di sebuah rumah di Taman Merbau Indah, di sini, awal pagi semalam angkara didakwa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan suaminya berusia 25 tahun sebelum dia ditetak dengan senjata berkenaan sehingga mati.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suami mangsa mendakwa isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berdasarkan perbualan di laman sembang WhatsApp sejak tiga minggu lalu.

"Sejurus selepas itu mangsa ditolak sebelum dibunuh suspek dengan cara menetak mangsa dan mencekiknya sehingga mati.

"Suspek kemudian keluar dari rumah dengan membawa anak perempuannya berusia empat tahun sebelum pulang semula ke situ jam 10 malam tadi," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek mendapati isterinya sudah tidak bernyawa sebelum membuat laporan polis berhubung keadaan mayat isterinya itu.

Noorzainy berkata, polis kemudian menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan terdapat lima kesan luka di badan mangsa termasuk di bahu kanan, bahu kiri, leher dan tangan kanan.

Katanya, polis juga menemui tompokan darah pada pisau pemotong daging yang diletakkan di sinki rumah dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

"Susulan itu, pada jam 2 pagi tadi, polis memberkas suspek dan kes dianggap selesai," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/467340/isteri-maut-ditetak-suami#cxrecs_s





.
 
Polis akan panggil 'kekasih' isteri

SUNGAI DUA - Mangsa yang maut ditetak suami sendiri di Flat Taman Merbau Indah di sini kelmarin, turut dicekik sehingga mati.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat dicekik.

"Dalam pergelutan itu, mangsa bukan sahaja ditetak suspek, malah turut dicekik sehingga mati gara-gara cemburu.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut.

"Pada masa sama, polis juga akan mengambil keterangan daripada lelaki yang didakwa menjadi teman lelaki mangsa itu," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/jenayah/polis-sahkan-isteri-dicekik-sampai-mati-1.874083

suami pernah ada rekod jenayah? positif dadah?
 
boleh cerai je kalau rasa jijik nak bersama lagi...

x perlu bunuh...

dosa tu dia yg tanggung...

p/s: kalau org islam laa..
 
biasa kalau isteri dibunuh suami disebabkan cemburu, mensyakki isteri ada hubungan sulit

cemburu lelaki itu lebih teruk dari cemburu perempuan cek mek....

sbb bila lelaki cemburu...tindakan dia di luar batasan norma manusia biasa.....lebih2 lagi kalo ada pengaruh luar seperti alkohol atau dadah
 
Back
Top
Log in Register