BTC USD 83,096.5 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri ingkar ajakan suami

jimiee

Fun Poster
Messages
431
Joined
Apr 19, 2011
Messages
431
Reaction score
0
Points
10
Apa hukumnya isteri menolak ajakan suami untuk bersama?
 
seluruh malaikat dibumi dan dilangit melaknat

kalau tak silap ada ayat surah apa entah menerangkan benda ni

:D:D:D

lain macam ja soklan ni ekekekkek
 
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.

(Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.
 
jangan dok wat naya suami la isteri woi ..
 
org zaman sekarang tahu semua ni, tp kebanyakkan buat juga sbb tak nampak@rasa kutukan malaikat@dosa..
 
cuba dari diri kita lebih takutkan intipati al-quran....dekatkn diri pada hadis2 sahih....nescaya perkara2 dan gejala2 sekarang boleh dielakkan....

sekian
 
Apa hukumnya isteri menolak ajakan suami untuk bersama?

pertama sekali nak tau dulu apa keadaan isteri sampai sanggup tolak tu?

contoh jika isteri dalam keadaan tidak bersuci (haid) memang patut tolak pun...
 
Back
Top
Log in Register