BTC USD 104,745 Gold USD 3,376.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami ditangkap khalwat, isteri perlu tenang sebelum buat keputusan – Zulkifli

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,680
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,680
Reaction score
6,967
Points
881
Awards
1
Suami ditangkap khalwat, isteri perlu tenang sebelum buat keputusan – Zulkifli

Mohammad Arif Nizam15 March 2024
Bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri bercakap pada media ketika Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim sempena Program Sinar Ramadan Gastrohub Nilai di Restoran Gastrohub, Nilai. Foto SYADILA AMARI, 15 MAC 2024.
NILAI – Golongan isteri yang berdepan isu rumah tangga apabila suami mereka ditangkap khalwat perlu banyak bersabar dan kekal bertenang sebelum membuat sebarang keputusan.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia kerana keputusan yang dibuat ketika sedang marah kebiasaannya kurang tepat.

Sebaliknya beliau menasihati golongan yang ditimpa ujian agar bersolat dan selepas keadaan menjadi sejuk sebelum berdamping dengan mereka yang berfahaman baik dan matang untuk meminta pandangan.

“Dalam isu yang pertama sekali sebagai orang isteri, beliau bersabar. Yang kedua, tenang sebab hukum buat keputusan ketika marah maka kurang tepat biasanya.

“Jadi untuk elak ini tenang dulu, bila hati sudah sejuk buat solat kepada tuhan, timbang tara untuk anak dan suami serta ambillah keputusan selepas ditanya orang-orang yang berpengalaman, berfahaman baik dan matang untuk boleh keputusan yang baik.

“Sebab yang pertama manusia tiada yang maksum, semua kita banyak salah silap, besar kecil depan belakang orang dan sebaik-baik bertaubat kepada Allah.



“Kita tidak perlu pertahan apa-apa, terangkan apa tetapi kembali kepada Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette pada Program Sinar Ramadan Gastrohub Nilai bersama 80 anak-anak yatim di sini malam ini.

MGF15032024_GASTOHUB-NILAI-15
Bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri beramah mesra bersama anak-anak yatim Baitul Barokah pada Majlis Berbuka Puasa sempena Program Sinar Ramadan Gastrohub Nilai di Restoran Gastrohub, Nilai. Foto SYADILA AMARI, 15 MAC 2024.
Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ditanya apa hukum isteri meminta cerai sekiranya suami mereka telah ditangkap berkhalwat.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pada pandangannya yang pertama apa yang berlaku dalam krisis rumah tangga itu perlu diperhalusi daripada segi hakikat apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut beliau, yang kedua, bagi dirinya perkara yang berlaku itu mengajar kita untuk bermunasabah.

“Boleh jadi kesilapan-kesilapan lalu itu apabila dibaiki lebih baik jauh daripada apa dengan syarat taubat sebenar kalau betul apa yang berlaku dan ubah, terangkan hakikat sebenar.

“Apa yang tidak baik itu dapat dijernihkan tapi jangan orang yang tidak tahu hendak ulas itu ini dan lebih kepada andaian dan sangkaan.

“Semua ini bahasa Arab kata tahmi, benda ada bukti yang kukuh. Yang ini kena bermunasabah,” katanya. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Dalam apa hal pun, isteri akan dipertanggungjawabkan. Laki dah sedap berkurung dengan perempuan lain pun, isteri kena kekal tenang. Isteri kena solat mintak petunjuk sebelum bertindak.

Kenapa tak ada pesanan untuk para suami? Dalam kes ni, mamat ni dah 2 kali kantoi dengan perempuan tak halal. Tak dak pulak pesanan untuk dia banyakkan solat supaya tidak berlaku kali ke 3. Dia muda lagi, kalau kekal berperangai macam tu, bukan setakat kali ke 3. Kali ke 30 pun boleh jadi
 
Dia pesan suruh bertenang dulu... bertenang hadapi situasi, buat keputusan

Bukan dia kata salah pompuan, lelaki xsalah

Dia bercerita pasal nak buat keputusan... bukan pasal sapa salah, sapa punca laki tu kena tangkap basah, sapa punca laki tu curang...

Dia tak kata pon salah tindakan fail cerai tu...

Keputusan yang dibuat bila mana dalam keadaan bertenang akan lebih puas hati... lebih matang... nnt hati tak waswas dah
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register