BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Institusi Agama Perlu Terus Angkat Pendekatan Sederhana, Berhikmah - Raja Muda Perlis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
6f9e921874a8f858e9f3118ec327dd6869760a44dbdad

0032b18cd5fbe845b5e4bc17a103d86369760a41ece78


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa institusi agama terus mengangkat pendekatan sederhana, berhikmah dan berpaksikan nilai rahmah dalam menghadapi dunia hari ini yang begitu mencabar.

Sehubungan itu, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah penganjuran program seperti Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Selatan Thailand wajar diteruskan dan diperkasakan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah program itu platform membina persefahaman, memupuk toleransi serta mengukuhkan imej Islam sebagai agama yang membawa kedamaian, kesejahteraan dan rahmat.

“Saya ingin tegaskan nilai dan semangat terhasil daripada Program Ziarah Mahabbah tidak seharusnya terhenti di sini sahaja. Ia perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan susulan yang berterusan, komunikasi yang konsisten dan kerjasama lebih tersusun.

“Mahabbah (kasih sayang) yang sejati ialah yang melahirkan manfaat, memperkukuh perpaduan dan memberi kesan positif terhadap masyarakat,” titah baginda semasa menyempurnakan penutupan program itu yang masuk edisi ke-11 tahun ini di Dewan Sekolah Adamee Suksa Vittaya di sini hari ini.

Wilayah Andaman merangkumi Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai rombongan ziarah itu di Krabi tahun ini yang berlangsung tiga hari bermula 23 Jan.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program ziarah yang disertai ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor antara lain memfokus kepada melestarikan kerjasama ATAM dengan kepakaran usahawan serta industri di Krabi.

 
Back
Top
Log in Register