BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Insiden orang terjatuh ke landasan tren di stesen Hang Tuah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
INSIDEN PENUMPANG TERJATUH KE LANDASAN DI STESEN HANG TUAH

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 Rapid KL ingin memaklumkan satu insiden melibatkan seorang penumpang yang dipercayai pitam sebelum hilang imbangan dan terjatuh ke landasan di Stesen Hang Tuah Laluan Ampang/Sri Petaling pada jam 6.36 petang tadi.

Sejurus insiden berlaku, anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas di platform bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada penumpang tersebut. Pada masa yang sama, bekalan kuasa ke landasan dihentikan sementara sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan pasukan operasi melaksanakan kerja-kerja menyelamat.

Penumpang berkenaan berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan dengan selamat sebelum diberikan rawatan awal di bilik kecemasan stesen.

Selepas pemeriksaan keselamatan dijalankan dan landasan disahkan selamat untuk beroperasi, perkhidmatan tren di Laluan Ampang/Sri Petaling beroperasi semula seperti biasa pada jam 6.52 petang.

Rapid KL sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penumpang dan mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan keselamatan di stesen, termasuk berada di belakang garisan keselamatan ketika menunggu tren serta tidak memasuki kawasan landasan.

Rapid KL turut menasihatkan mana-mana penumpang yang berasa kurang sihat, pening atau tidak selesa ketika berada di stesen supaya segera mendapatkan bantuan daripada petugas stesen atau anggota Polis Bantuan yang bertugas bagi membolehkan bantuan diberikan dengan segera.

*TAMAT*


 
Back
Top
Log in Register