BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INSEP - Industrial Automation (Engineer)

Kalau untuk Automation Engineer, belajar apa?
Is this only suitable to male only? as it
related to heavy machinery.

Based on the past experienced, lepasan
program ni diserap terus ke company
time OJT tu ke? :)

hopefully not for male only..
gurl also can work in heavy machinery..
hehehe :P
 
mungkin kursus jangka pendek berbayar tu sesuai utk candidate yg saya maksudkan tu...terutama masa cuti sekolah. boleh tak tt pm schedule kursus berbayar tu.

Dulu kami memang ada bercadang nak buat kursus untuk pelajar sekolah. Kursus untuk belajar sensor, programming dan motor. Pelajar dikehendaki buat satu projek lepas tu bertanding sesama mereka ala ala Robocon dekat Universiti. Tapi baru peringkat cadangan walau equipment semua dah beli...


Tapi untuk orang dewasa khususnya untuk Small and Medium Enterprise (SME), kami ada banyak kursus. Boleh check kat sini
 
huuu diploma holder xder ke?

hukhuk n gurl pun boleh kan

Ada. Degree holder untuk Engineer dan Diploma holder untuk Technician.

Untuk lepasan SPM pun ada,program ni untuk ambil SKM, sampai level berapa saya pun tak pasti.

Pelajar perempuan ramai jer dekat tempat kami ni. Tapi mengikut pemerhatian saya, mereka lebih ke PCB design atau Automated Product Design.....Untuk Industrial Automation pun ada tapi tak ramai la.
 
abang member aku cakap, kalau join program ni, leh kerja ngan government..betul ke TT.....training kat shah alam, kat sek berapa? kalau confirm hujung bulan ni leh x TT/..

Tidak betul. Kalau nak kerja dengan government setahu saya hanya boleh memohon melaui SPA. Biasanya, pelajar kami akan ke syarikat swasta.

Training kat seksyen 13 Shah Alam, sebelah Tesco....dari Federal Highway pun boleh nampak.

Kalau lepasan diploma atau degree boleh la cuba memohon di sini
 
Kalau untuk Automation Engineer, belajar apa?
Is this only suitable to male only? as it
related to heavy machinery.

Based on the past experienced, lepasan
program ni diserap terus ke company
time OJT tu ke? :)


Untuk Automation Engineer dia akan belajar apa yang technician belajar (Mungkin ada perubahan):

  • Orientation & Induction
  • Boot Camp
  • ICT Competencies
  • Presentation Skills
  • Technical Report Writing
  • 5S
  • Leading positive performance
  • 7 QC Tools
  • Electrical Systems
  • Basic Pneumatics
  • Basic Hydraulic
  • Electrical Sensor & DAQ
  • Mastering Programmable Controller
  • Electro Fluid Power Systems
  • Robotic Systems
  • Mechanical Drive System
  • Safety & Health

Tapi untuk Engineer akan belajar lebih mendalam. Contohnya technician cuma belajar Basic Hydraulic, tapi untuk Engineer ada Intermediate level dengan Advance level untuk hydraulic.

Untuk Industrial Automation. Kami punya machine tidak lah heavy sangat tapi kalau dekat industri ada pelbagai saiz la. Kebiasaanya Automation Engineer ni lebih kepada control system macam SCADA, design system macam mana nak jadikan mesin manual ke automatik guna PLC atau micro controller dan sebagainya.

Kalau tengok pada pelajar yang lepas-lepas (yang saya kenal la), kebanyakannya memang diserap terus. OJT dalam 2 ke 3 bulan terus confirm kerja. Ada juga yang tak nak OJT tapi terus kerja sebab dia dapat tawaran kerja ketika dah penghujung training. Yang penting kena habiskan 6 bulan training dekat Shah Alam dulu.

Tapi bergantung pada Syarikat tempat anda OJT juga, terpulang pada mereka nak ambil pelajar kerja ke tak.
 
Ape soalan biasa time interviu?
Saya dapat yang ni, interviu next week.
 
aku dah kerja..tapi berminat nak join.

takkan nak berhenti plak kan...

ada yang belajar sabtu ahad je ke
 
kena bagi info lagi nih ... elaun bukan terus dapat ... mungkin lepas 4-5 bulan belajar baru dapat ...
 
Back
Top
Log in Register