BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INSEP - Industrial Automation (Engineer)

mrzamri86

Junior Member
Messages
74
Joined
May 11, 2012
Messages
74
Reaction score
1
Points
11
Kalau ada siapa-siapa yang berminat atau ada adik, abang, kakak, anak saudara, anak jiran yang berminat dengan program INSEP - Industrial Automation (Engineer) di Selangor Human Resource Development Centre ini sila hantarkan resume kepada saya di [email protected]

Peserta terpilih akan melalui 6 bulan latihan di SHRDC (Shah Alam) dan kemudiannya On Job Training 6 bulan.

Kalau selepas 5 bulan latihan di SHRDC peserta menerima tawaran kerja dari mana-mana syarikat peserta boleh lah terus bekerja tanpa perlu menjalani On Job Training.

Elaun sebanyak RM 500 sebulan akan diberikan sepanjang tempoh latihan dan On Job Training

Kelas berkemungkinan akan bermula pada penghujung bulan October

Kalau ada apa-apa pertanyaan sila beritahu saya

Requirements:
Minimum CGPA 2.5 and above
DEGREE in Mechanical / Electrical / Electronics/Mechatronics
Fresh graduates are encouraged to apply.
Applicants should be Malaysian citizens
 
ape beza dgn pngambilan INSEP kt NSSDC ngeri sembilan??x silap smlm 23/9 dh start kursus..
 
NSSDC ialah Skill Centre untuk Negeri Sembilan manakala SHRDC pula ialah Skill Centre untuk Selangor.

Mungkin kusrsus yang ditawarkan oleh NSSDC tidak sama dengan kursus yang ditawarkan oleh SHRDC. Kalau sama pada nama kursus pun mungkin kandungan pembelajarannya berbeza.
 
sy ingt nk suggest pd kawan sy..tp tempoh mase y agk pnjg, tkut dorg xnk trima..
 
Ok. Cadangan tuan untuk memendekkan tempoh latihan akan dipertimbangkan, tapi bukan untuk masa terdekat ni.

Kalau berminat, boleh la emelkan resume kepada saya [email protected]
 
saya ada soalan.. boleh bgthu detail, scope pembelajaran selama 6bulan tu? utk anak jati selangor shj atau bagaimana? bayaran yuran apa2?.. Saya berminat dan akan cuba forwardkan utk member2 yg masih mencari kerja..terimakasih
 
saya ada soalan.. boleh bgthu detail, scope pembelajaran selama 6bulan tu? utk anak jati selangor shj atau bagaimana? bayaran yuran apa2?.. Saya berminat dan akan cuba forwardkan utk member2 yg masih mencari kerja..terimakasih


Detail:
Engineer: 6 bulan training /6 bulan On Job Training
Technician: 4 bulan training / 4 bulan On Job Training

Scope untuk Technician (Mungkin akan ada perubahan):
  • Orientation & Induction
  • Boot Camp
  • ICT Competencies
  • Presentation Skills
  • Technical Report Writing
  • 5S
  • Leading positive performance
  • 7 QC Tools
  • Electrical Systems
  • Basic Pneumatics
  • Basic Hydraulic
  • Electrical Sensor & DAQ
  • Mastering Programmable Controller
  • Electro Fluid Power Systems
  • Robotic Systems
  • Mechanical Drive System
  • Safety & Health

Terbuka untuk semua rakyat Malaysia
Tiada apa-apa yuran yang akan dikenakan
Kami akan beri elaun RM 500 sepanjang tempoh latihan dan on job training

Kalau berminat boleh la apply melalui jobstreet
http://www.jobstreet.com.my/jobs/2012/9/s/10/1760485.htm?fr=21&src=11
 
Back
Top
Log in Register