BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inisiatif Sarapan Percuma Selangor Ringankan Beban Ibu Bapa, Tingkat Fokus Murid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1af9178defc2d2977872b57be69b31b369e2225ca3dd2

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media khas berhubung strategi persediaan Kerajaan Negeri Selangor mendepani krisis Asia Barat di Wisma Dewan Negeri Selangor. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Lau Weng San (kanan) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) Datuk Mohd Yazid Sairi (kiri). fb Amirudin Shari

Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan bantuan sarapan percuma kepada pelajar sekolah menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada Ogos ini, bukan sahaja meringankan beban ibu bapa tetapi turut membantu dalam tumbesaran anak-anak.

Kebanyakan ibu bapa berpendapat usaha berkenaan juga sebagai langkah tepat dalam menyokong keperluan pembelajaran anak-anak.

Pekerja swasta Siti Shamila Che Zahari, 41, berkata langkah ini dapat membantu ibu bapa khususnya golongan B40 dalam memastikan anak-anak memperoleh pemakanan seimbang walaupun berdepan kekangan masa kerana perlu keluar bekerja seawal pagi.

Ibu kepada seorang anak itu berkata program berkenaan amat membantu kerana dapat menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak, pada masa sama mengurangkan tekanan kepada ibu bapa untuk menyediakan sarapan di rumah.

“Saya setuju jika inisiatif ini dilaksanakan selain boleh ringankan beban golongan rentan, anak-anak pun dapat belajar dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Siti Noor Faezah Muda, 41, berkata program berkenaan juga dapat menjadi platform merapatkan jurang antara murid yang mempunyai latar belakang berbeza, kerana semua mendapat akses kepada makanan yang sama.

Menurutnya, makanan bernutrisi penting dalam meningkatkan kecerdasan murid, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

“Kita lihat Kerajaan Negeri Selangor sangat cakna dengan memastikan anak-anak ini mendapat pemakanan seimbang,” katanya.

Sementara itu, bagi suri rumah Hazalina Othman, 46 berkata inisiatif sarapan percuma ini turut dilihat mampu meningkatkan tahap fokus dan daya tumpuan murid ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

 
Back
Top
Log in Register