BTC USD 86,273.8 Gold USD 4,170.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ingin kepastian..

Aku boleh agak kenapa dia kata salah...


Allah swt Tuhan segala manusia.. bukan kita seorang sahaja. Aku rasa itu pendapat sahabat TT kita ni.

Macam ini.. bila doa 'Tuhanku'... kita seolah-olah menafikan bahawa Allah swt juga merupakan Tuhan kepada sekalian alam dan orang lain. (jangan salah faham.. aku cuma mengatakan.. tapi aku sendiri bukan menyokong sepenuhnya pandangan ini sebab tak ada dalil khusus dalam Al-Quran dan Hadis berkenaan perkara ini. Selalunya pandangan macam ini wujud daripada para ulama dahulu yang terlalu takut pada Allah swt sehingga berhati-hati hatta sebesar zarah pun kata-kata dalam doa).

Tapi aku pun doa macam itu juga... "Ya Allah Ya Tuhanku."

Kalau nak lihat perkara ini dari aspek di atas memang masuk akal.. tapi selalunya hanya mereka yang betul-betul zuhud dan hardcore nak follow cara Wali saja yang amalkan pandangan macam ini. Tak salah. Macam biasa... khilaf (aku tahu sebab sahabat aku lecturer Pendidikan Islam di UUM memang follow sufism.. banyak belajar perkara mcm ni dari dia).

Cumanya aku sendiri berpendapat tak salah nak berdoa macam itu. Selebihnya terpulanglah... nak bincang mendalam perkara ini memang kena tanya ulama-ulama khusus. Selalunya ustaz-ustaz biasa pun tak boleh nak explain perkara macam ini (ustaz-ustaz yang belajar secara 'mass'.. nak tanya perkara ini cari ustaz yang belajar ilmunya bukan secara 'mass' atau dalam dewan kuliah tapi cari ustaz yang belajar secara berhadapan dengan guru mereka lutut bertentang lutut. Ilmu mereka dan pendapat mereka lebih berhikmah... ini nasihat seseorang lain kepada aku tak lama dulu.)

Wallahu'alam.

ini jawapan dia tt..:)paid:)paid
 
terlalu takut pada Allah swt sehingga berhati-hati hatta sebesar zarah pun kata-kata dalam doa

ini jawapan dia tt..:)paid:)paid

kwn th cuma ,,,:-?

untuk kwn susah la nak nasihat org mcmne ,,

sebab org nya terlebih pandai,,,,,,
 
Ayat Quran Surah Assyura 15

Allahu Rabbuna Wa Robbukum....

"Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan-amalan kami dan bagi maku amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghimpunkan antara kita dan kepadaNyalah kita kembali"

Ni Quran ni....
 
yang penting NIAT..apa yg tersirat dlm hati..bukan kita niat yg xelok
 
Back
Top
Log in Register