BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Ingat kacang hitam, rupanya ular dalam aiskrim

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201
Ingat kacang hitam, rupanya ular dalam aiskrim'

RATCHABURI – Seorang lelaki di wilayah Ratchaburi, Thailand, terkejut apabila menemui seekor ular berbisa di dalam aiskrim yang dibelinya.

Lelaki itu berkongsi penemuan pelik itu di Facebook pada 4 Mac dengan kapsyen, 'Ular bermata comel, kau dah mati ke belum? Aiskrim kacang hitam dari gerai tepi jalan. Ini gambar betul, bukan edit. Aku beli sendiri aiskrim ini'.

Dalam gambar yang dikongsinya, aiskrim itu memang nampak biasa dengan taburan kacang hitam di atasnya.

Tetapi kejutan sebenar berada di dalam ialah seekor ular hijau kehitaman yang ‘membeku’ di tengah-tengah aiskrim itu.

Bagaimanapun, spesies ular itu masih belum dikenal pasti.

Posting tersebut mendapat lebih 7,600 reaksi, 2,200 komen, dan 8,500 perkongsian.

Netizen di Thailand terus ‘menyerang’ ruangan komen dengan pelbagai reaksi terkejut dan teka-teki mengenai spesies ular berkenaan.

Ramai berpendapat bahawa ular itu mungkin chrysopelea ornata, atau ular pokok emas, yang dikatakan berbisa ringan.

Spesies ini biasa ditemui di Thailand serta negara lain seperti China, India, Sri Lanka, Myanmar, Indochina, Malaysia, dan Filipina.

Namun, ada juga netizen yang risau tentang kesan bisa ular itu jika termakan secara tidak sengaja.

Setakat ini, tiada pakar ular yang tampil memberikan jawapan sama ada bisa itu masih aktif selepas dibekukan.

Sebahagian netizen mencadangkan agar boikot aiskrim itu terus, kerana jika seekor ular boleh ‘terlepas’ dalam produk tersebut, tahap kebersihannya boleh dipersoalkan. - Agensi

Artikel Sinar Harian


6217422562548370213_121.jpg
 
Back
Top
Log in Register